Ads

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, “Moga Jadi Anak Solehah”

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, "Moga Jadi Anak Solehah"

Tahniah diucapkan kepada penyampai radio, Kai Hassan dan isteri tersayang, Azna Anowar yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka, semalam.

Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur. Kehadiran puteri sulung ini menjadi detik paling bermakna buat pasangan berkenaan selepas menantikan kehadirannya.

Kai yang sudah pun menamakan bayi sulungnya sebagai Ellara Hawra meluahkan rasa syukur atas kurniaan dan rezeki yang cukup bermakna dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, “Moga Jadi Anak Solehah”

“Alhamdulillah syukur ya Allah untuk kamu Ellara Hawra.

Semalam pukul 4.30 petang wife saya selamat melahirkan baby pertama kami.

Tapi baby masih bergantung dengan tube pernafasan lagi. Takpelah semoga cepat sihat Ellara.

Dada nak balik rumah ni. Penat dah & moga jadi anak solehah tau,” tulisnya.

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, “Moga Jadi Anak Solehah”

Ads

Ellara Hawra di NICU Selepas Dilahirkan Lebih Awal

Berkongsi mengenai kelahiran bayi sulungnya itu, Kai memaklumkan bahawa Ellara Hawra di NICU selepas dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan kerana berada dalam kedudukan songsang.

Menurut Kai, bayinya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi menjalani pemantauan rapi oleh doktor. Walaupun berada dalam keadaan stabil, bayi mereka masih memerlukan bantuan pernafasan sebelum dibenarkan pulang bersama keluarga.

“Semalam jantung dia masih tak kuat, jadi kami tak boleh buat skin to skin. Lepas lahir dia terus dibawa ke bilik khas untuk bantuan pernafasan.

Pagi tadi baru dia keluar tapi masih pakai wayar di hidung dan jantungnya belum kuat lagi. Jadi saya tak dapat pegang dia lagi,” ujarnya.

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, “Moga Jadi Anak Solehah”

Ads

Kai Hassan Sebak Saksikan Pengorbanan Isteri

Pada masa sama, Kai mengakui pengalaman menemani isterinya di dalam dewan bedah telah membuka matanya mengenai besarnya pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anak.

Katanya, dia tidak dapat menahan air mata selepas menyaksikan sendiri keseluruhan proses pembedahan yang dilalui isterinya.

“Bila masuk dewan bedah dan tengok sendiri dari awal sampai akhir proses pembedahan baru kita faham macam mana pengorbanan seorang ibu.

Isteri saya tenang sepanjang proses itu tapi saya pula menangis sebab tak pernah tengok depan mata. Satu pengalaman yang sangat memberi kesan pada saya.”

Pengalaman tersebut disifatkan Kai sebagai satu detik yang akan dikenang sepanjang hayat dan menjadikan dirinya lebih menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan seorang ibu demi melahirkan zuriat.

Ads

Kai Hassan & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, “Moga Jadi Anak Solehah”

Ucapan Penghargaan Buat Isteri

Kai turut menitipkan penghargaan kepada isterinya atas segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang proses kehamilan dan kelahiran anak sulung mereka.

“For wife thanks untuk pengorbanan ini ya. Semoga you pun cepat baik. Tak senang duduk tau tengok you beranak czer nih,” kongsinya.

Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!

Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil 

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: @kaihassan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Morning wood

Morning Wood! Anak Lelaki Tanya Kenapa ‘Burung’ Mengeras Waktu Pagi, Mak...

Morning erection ialah keadaan normal yang dialami oleh lelaki ketika bangun tidur. Ketahui punca, penjelasan saintifik serta cara ibu ayah menjawab soalan anak dengan tenang dan sesuai mengikut usia.