Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak. Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang bagus bagi anak kecil jika tiada pengawasan daripada ibu bapa.

Ini kerana kanak-kanak yang main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau. Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.

Bagi ibu bapa yang mempunyai dilema untuk mengurangkan penggunaan gajet dalam kalangan anak, boleh cuba lakukan tip ini. Mungkin dari awal rasa sukar tapi bila dah dibiasakan dari awal, pasti boleh. Berikut perkongsian daripada Puan Zuraida Shahime

Anak kecil ketagih handphone (HP)? Ini bukan umur 10 atau 6 tahun. Tapi baru umur 2 tahun. Cuba 6 cara ini. Dan sebenarnya ia berkesan juga walaupun anak dah umur 12 tahun.

Cuma, memang rumah kita riuh rendah sikit sebab anak-anak seronok bermain dan bukan ‘dalam dunianya’ dengan HP atau gajet sahaja.

6 tip untuk ubah

1) Walaupun HP sekarang dah mampu dimiliki semua, jangan bagi anak miliki terlalu awal. Kalau dia rasa itu dia punya, mainan dia, itu yang dia akan terasa nak HP tu.

IKLAN

2) Kenalkan fungsi HP ni bukan sebagai mainan. Tapi kita guna untuk buat kerja, baca buku, call orang dan bukan untuk main game.

3) Hilangkan handphone dari pandangannya terutama anak kecil. Pagi-pagi tak ada HP, kita pun tak pegang HP. Kalau perlu call orang sorok-soroklah untuk bagitau anak masa tu tak ada HP.

4) Hilangkan game yang ada dalam tu. Kalau dia tengok kita pegang HP pun, tapi bila dia tengok youtube dah tak ada, game dah tak ada lama-lama anak akan ok dan faham.

Kalau Anak Sentiasa Nak HP, Tak Dapat Menangis, Elak Buat Perkara Ini Dari Awal!

IKLAN

5) Kenalkan anak dengan aktiviti lain. Contohnya bermain, baca buku cerita dan macam-macam lagi. Ada banyak mainan tanpa gajet yang boleh kita bagi anak main terutamanya anak 2 tahun lebih. Jangan kesian atau rasa bersalah kalau dia menangis nak HP juga.

Bila ada benda penting nak ubah anak, kita kena selalu ingatkan diri, suatu hari nanti anak akan cakap mama terima kasih sebab daripada kecil tak bagi HP dan main bukan-bukan dan terima kasih sebab main sama-sama dengan saya

6) Kita yang decide kita nak buat macam mana, sebab anak usia ini (2 tahun) dia akan menurut apa yang kita buat dan apa yang kita suruh buat.

Semoga perkongsian ini boleh membantu mama papa yang dalam fasa untuk mendidik dan membesarkan anak.

IKLAN

Kredit: Zuraida Shahime

Kalau Anak Sentiasa Nak HP, Tak Dapat Menangis, Elak Buat Perkara Ini Dari Awal!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI