“Sehidup semati, saya sendiri tidak menyangka suami isteri itu dipisahkan serentak,” kata Hamizura Osman, ibu saudara kepada Rosnah Ahmad, 44, yang maut bersama suami, Azranawi Radzi, 42, dalam kemalangan, petang Isnin (24 Oktober).

Pasangan suami isteri itu meninggal dunia selepas skuter Kymco ditunggangi Azranawi dan dibonceng Rosnah terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 2.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong, kira-kira 6.15 petang.

Hamizura berkata, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat anak yang masih bersekolah, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia 16, 14, 12 dan tujuh tahun.

“Kalau Boleh Kami Tak Nak Pisahkan Anak Arwah.” Empat Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

“Arwah meninggalkan empat anak dan sekarang menjadi persoalan siapa yang akan menjaga mereka.

Katanya, setakat ini belum ada perbincangan antara ahli keluarga mengenai penjagaan anak yang ditinggalkan pasangan itu.

“Mungkin antara kami ahli keluarga tiada masalah dan boleh menjaga mereka namun kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung tidak serupa.

“Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak,” katanya.

Kelihatan di pekarangan Unit Forensik Hospital Gerik adalah waris kedua-dua belah keluarga pasangan itu, namun tiada kelibat empat anak yang ditinggalkan pasangan itu di situ.

IKLAN

Menceritakan keakrabannya dengan suami isteri itu, Hamizura berkata, dia yang mempertemukan jodoh mereka berdua kira-kira 20 tahun lalu.

Menurutnya, selain pertalian darah dengan Rosnah, dia dan suaminya turut rapat dengan Azranawi yang bekerja sebagai penguat kuasa di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak sekian lama.

“Saya dan suami berkawan dengan arwah Azranawi sudah lama. Kami mempertemukan Azranawi dengan Rosnah yang juga anak saudara saya ketika usia Azranawi 24 tahun,” katanya.

“Kalau Boleh Kami Tak Nak Pisahkan Anak Arwah.” Empat Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Kedua-duanya sangat pemurah

IKLAN

Sementara itu, abang sulung Rosnah, Zamzuri Ahmad, 52, menyifatkan pasangan suami isteri itu pemurah dan mereka gemar membelanja saudara-mara.

“Malah, arwah Azranawi dan Rosnah sering memberi potongan harga kepada rakan yang bertandang di gerai makan diusahakan mereka di Manjoi, Ipoh. Mereka berdua memang bukan jenis orang yang terlalu berkira,” katanya.

Katanya, dia difahamkan kejadian berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari Gerik menghala Ipoh bersama konvoi motosikal dengan rakan lain.

Jenazah pasangan itu siap dikafan dan meninggalkan pekarangan Unit Forensik Hospital Gerik jam 11.43 pagi untuk dibawa ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh.

Kredit: Metro

IKLAN

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

“Kalau Boleh Kami Tak Nak Pisahkan Anak Arwah.” Empat Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI