Mama yang nak kurus boleh cuba resipi kurus cara Rozita Che Wan atau Che Ta ini. Ia mengunakan bahan semula jadi iaitu buah-buahan. Nak tahu cara penyediaannya?
Siapa tidak kenal selebriti mama ini yang kini meniti usia 40-an tapi masih kekal anggun dan langsing. Che Ta yang sudah mempunyai dua anak remaja dan seorang anak kecil mendedahkan resipi kurus beliau.
Ibu kepada Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19 dan Aaisyah Dhia Rana, 4 ini cukup menjaga penampilannya dan dikenali sebagai selebriti yang sentiasa tampil anggun.
Ads
KONGSI RESIPI JUS
Ads
Che Ta dalam video yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi cara penyediaan jus buah-buahan yang dikatakan sebagai rahsia kurus beliau. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Ads
Antara bahan yang digunakan oleh Che Ta ialah;
Epal hijau
Beri hitam
Kurma
Delima
Asam keping
Sedikit air
Cara-cara
Asam keping direbus bersama sedikit air.
Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar bersama air dan kisarkan.
Kemudian masukkan air rebusan asam keping.
Sambung kisarkan semua bahan sehingga halus dan sedia untuk di minum.
Menurut Che Ta dalam video tersebut, kurma memberikan tenaga manakala asam keping membuang lemak. Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Katanya lagi, jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Ibu lepas bersalin jika mahu badan pulih dengan cepat dan susu ibu yang berkualiti, amalan pantang yang menyekat makanan berkhasiat perlu dielakkan. Dr Hamid Arshat juga kongsikan kepentingan vitamin kepada kesihatan ibu dan anak.
Menurut Datuk Dr Hamid Arshat dari videonya, amalan ‘pantang’ perlu dibasmikan sebaliknya ibu-ibu perlu makan dari sumber-sumber yang berzat dan berkhasiat khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan selepas pembedahan/ bersalin agar cepat pulih luka dan juga susu ibu lebih banyak dan berkhasiat.
JANGAN AMAL PANTANG YANG TIADA ASAS ILMUNYA
Jangan amalkan amalan pantang yang tidak mempunyai asas ilmunya. Beliau menggalakkan wanita selepas bersalin untuk makan makanan yang berzat, di mana 70% terdiri daripada buah-buahan segar yang mentah.
PASTIKAN ADA SAJIAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Banyak buah-buahan tempatan yang dimomokkan tidak boleh dimakan semasa pantang seperti;
Semua buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin. Vitamin A, B, C yang sangat penting untuk kesihatan. Ia amat penting khususnya kepada ibu yang dalam pemulihan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan.
KENAPA VITAMIN C SANGAT PENTING?
Bagi ibu bersalin yang menyusukan anak perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Vitamin sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan, sebagai antioksidan, pemulihan luka dan pendinding atau penahan daripada serangan kuman.
Beliau amat menggalakkan wanita-wanita selepas bersalin atau pembedahan untuk makan banyak buah-buahan.
KISAR BUAH-BUAHAN SUPAYA MUDAH DIAMBIL & DIHADAM
Buatkan minuman dengan mengisar buah-buahan tersebut sama ada nanas, papaya atau tembikai. Bila dikisar kita tidak kehilangan seratnya. Ia sangat penting untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.
Memang sukar untuk makan dalam jumlah yang besar tetapi bila mengisarnya ia jadi pekat dan mudah dihadam.
AIR LIMAU NIPIS/ LIMAU KASTURI
Air limau nipis misalnya mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan dan ia patut diamalkan sebagai minuman pertama diminum di waktu sarapan pagi. Kerana limau yang terlalu banyak di pasaran ialah limau nipis atau limau kasturi. Memang sudah dikaji yang limau kasturi mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
Selain dibuat minuman, buah-buahan ini perlu diambil pada setiap kali waktu makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan petang.
Ini akan mempercepatkan proses pemulihan pada luka pembedahan dan luka kelahiran.
PEMAKANAN BAIK MEMPERCEPATKAN PEMULIHAN
Orang-orang dulu mungkin mengamalkan berpantang badan kerana zaman dahulu tiada antibiotik. Zaman sekarang sudah ada antibiotik sekiranya berlaku jangkitan kuman.
Sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik, pemulihan akan berlaku dengan cepat dan penyusuan tidak tersekat. Ini adalah punca kebanyakan mengalami masalah susu tidak lancar atau berkurangan. Amalan pantang yang menyekat makanan yang berkhasiat disekat sedangkan pada waktu menyusukan ibu-ibu memerlukan banyak makanan berzat akan menjadikan susu yang dihasilkan baik.
IKAN AMAT DISARANKAN
Susu ibu di samping mengandungi zat, vitamin dan logam, ia juga mengandungi omega 3 dan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
Makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan yang berminyak seperti ikan kembung, tenggiri dan lain-lain sangat baik untuk dimakan sewaktu menyusukan anak. Ini sangat penting kerana melalui penyusuan ibu memindahkan antibodinya kepada bayi.
Jadi bayi akan lebih kuat antibodi dan tahan daripada penyakit, di samping menguatkan hubungan (bonding) antara ibu dan anak.
Datuk Dr Hamid amat menyarankan kaum wanita untuk membasmi amalan berpantang makan sebaliknya mengamalkan ambil makanan segar, yang mentah berkhasiat dan berzat sewaktu pemulihan selepas bersalin.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod ke-5 minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Komplikasi Awal Kehamilan. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 9 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama. Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja. Ikuti penerangan daripada kaunselor laktasi ini.
Menurut Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang susu pekat mengenyangkan bayi lebih lama adalah sesuatu yang tidak benar.
Semua ibu mahukan susu PEKAT kerana terlalu dibayangi dgn fizikal susu formula yg biasanya mmg pekat. Ini kerana, susu lembu memang mengandungi % protein dan lemak yg jauh lebih tinggi dr susu ibu kerana anak lembu sememangnya perlukan lebih protien untuk pertumbuhan yang lebih cepat.
Kebanyakan ibu bayangkan susu yang fizikalnya pekat pasti mengandungi LEMAK yg banyak berbanding susu yg npk cair..!!!
Sebagai penjual tak kire supplement, produk, ubat apa sekali pun anda sepatutnya bertanggungjawab dan punya pengetahuan yg cukup sblm ambil kesempatan!!! Terangkan pd semua ibu perkara sebenar tentang kelainan warna susu jika mengambil vitamin tersebut.
Ianya bukan disebabkan kandungan lemak dalam susu meningkat dan jauh lebih tinggi dari ibu yg dietnya tanpa supplement sebaliknya itu semua merupakan kesan RIVOFLAVIN dalam vitamin yg mereka ambil. Kesan ini bukan hanya memberi kelainan warna pada susu tapi juga pada air kencing si ibu yg memakannya. Sebagai seorang ibu bekerjaya yg punya impian menyusukan anak dgn susu ibu, anda perlu belajar dan ambil tau tentang semua ini.
Anda sepatutnya perlu tahu dan faham tentang komponen dlm susu ibu yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Untuk pengetahuan anda kepekatan susu dan kandungan lemak dalam susu ibu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya keperluan anak itu sendiri dan faktor iklim / cuaca.
Untuk kita yang tinggal di kawasan iklim Khatulistiwa yang agak panas sememangnya susu yang terhasil tidak sepekat ibu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk kerana anak mereka memerlukan lemak yg lebih untuk menstabilkan suhu badan.
Sebab itu jika anda peka, susu yang dipam waktu siang jauh lebih cair dari susu di waktu malam. Kerana suhu waktu siang lebih panas dan manusia perlukan lebih air untuk menghilangkan haus. Sebab itulah, sebelum melatah melihat susu yang kurang pekat, hayatilah hikmah yang Allah swt sampaikan terlebih dahulu.
AMARAN!!!!
JANGAN SESEKALI BANDINGKAN HASIL / KUALITI DAN KUANTITI susu anda dengan ibu lain kerana ajaibnya susu ibu ALLAH cipta kandungannya tersangat sempurna dgn nisbah nutrien, lemak, antibodi, sel Limfosit, Makrofaj, Prostaglandin PGE1, PGE2, Lisozim juga mengandungi lebih dari 100 jenis ‘Oligosacharides’.
Susu ibu juga mengandungi sel-sel hidup yang mampu melawan segala jenis penyakit dan mengandungi enzim (Kolesistokinin, Kortisol, Leptin, Amilase, ) Selain itu, susu ibu juga mengandungi Lactoferin yang hebat..semua ini Allah swt cipta seimbang mengikut keperluan anak..ALLAH beri berapa banyak yang kita perlukan bukan berapa banyak yang kita mahukan..
Gambar yang saya share merupakan gambar hasil perahan saya sewaktu outstation..ini bkn satu penipuan sebaliknya kebenaran..susu sy masih nampak pekat dan syukur dengan jumlah kuantitinya walaupun TANPA SEBARANG SUPPLEMENT atau apa saja jenis UBAT..
Ini hasil kerana saya komited pam mengikut jadual, bangun tengah malam untuk mengepam kerana tiada anak di sisi..so utk ibu yang tak mampu beli supplement jgn risau lagi. Kalau saya mampu menyusukan anak selama 40 bulan tanpa SUPPLEMENT kenapa tidak anda??
Nak susu pekat mudah saja kerapkan mengepam..bile kerap pam jumlah susu cair (foremilk) menjadi sedikit membuatkan jumlah hindmilk (susu yg tinggi dgn lemak) jadi lebih banyak..barulah susu akan jadi pekat..
Untuk yang mampu teruskan lah jika anda rasa memang anda perlukan makanan tambahan sepanjang anda menyusukan anak..tahap kemampuan setiap orang berbeza dan keperluan setiap orang juga berbeza..tepuk dada tanya iman!
Kejayaan dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU bukanlah bergantung pada supplement, ubat-ubatan, coklat, minuman atau apa saja milk booster semata-mata. Hanya dengan komitmen, disiplin, keyakinan, sifat positif, semangat yang sentiasa membara dengan izin dr Allah swt semua ibu mampu menjayakannya. Teruskan berdoa bukan hanya untuk mendapatkan susu yang cukup tetapi berdoalah semoga perjalanan penyusuan anak anda hingga cukup tempoh yang disyariatkan dimudahkan Allah swt.
Apa saja bentuk fizikal susu ibu tidak perlu lah dipertikaikan kerana mempertikaikan kualiti SUSU IBU sama semerti mempertikaikan tugas Tuhan kerana sesungguhnya susu ibu merupakan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat yang perlu disampaikan kepada anak anda. Ambil dan gunakanlah peluang yg diberi untuk melahir dan membesarkan anak anda dengan memberikan sepenuh khasiat susu ibu kepada mereka sepanjang 2 tahun pertama kehidupan mereka!
Ada yang sudi bantu? Jika anda mempunyai darah jenis O atau B, dialu-alukan untuk menderma kepada adik Muhammad Aliff Mahdi bin Rosli yang berusia 3 tahun 8 bulan yang menghidap Thalasemia Major. (rujukan rawatan ttc Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas Kota Kinabalu.)
Menurut ibunya, Agnes Anjilus Nis, hari demi hari Aliff Mahdi semakin pucat. Seluruh badan dah menjadi kuning pucat sangat. Ya Allah saya merayu buat anda semua tolong viralkan untuk mencari penderma darah untuk Muhammad Aliff. Tolong sangat-sangat.
Dah 3 minggu menunggu bekalan darah sampai ke minggu ini masih belum mendapat penderma yang sepadan.
Di perlukan darah B atau O yang memiliki cod jk3 r1r1. Untuk pengetahuan ramai HB terkini Muhammad Aliff 6.2 sangat-sangat rendah. Kepada sesiapa yang melihat perkongsian ini mohon ada yang sudi bantu. Semoga ia menjadi amal kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat.
Dalam perkongsian ibu adik Muhammad Aliff juga, dia memberitahu status kesihatan terkini anaknya juga adalah denyutan nadi yang laju dan sentiasa pucat kepenatan.
Sekarang masih dalam pantauan doktor dan bila-bila masa sahaja akan masuk ke emergency. Dengan ini saya menyeru orang ramai untuk menderma darah. Pihak hospital mengalami sedikit kesulitan bekalan darah. Harap keprihatinan membantu Muhammad Aliff meneruskan hidup dengan sihat.
Saya ucapakan terima kasih buat yang sudi kongsikan perkongsian ini dan yang sudi dermakan darah dan doa buat Muhammad Aliff. Insya-Allah niat baik Allah balas pasti yg terbaik.
Sebarang pertanyaan boleh terus tinggalkan pesanan di FB Agnes Anjilus Nis
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!