Sungguh pantas perkembangan seorang bayi. Ibu ayah kena ambil tahu bagaimana perkembangan emosi bayi umur setahun ke bawah supaya mudah memahami si kecil yang membesar.

PERKEMBANGAN EMOSI BAYI PADA SETAHUN PERTAMA

Sepanjang setahun pertama kelahirannya, seorang bayi berkembang dari hanya tidur sepanjang hari menjadi kanak-kanak yang semakin aktif. Perkembangan si kecil tidak terbatas pada perkembangan fizikal sahaja tetapi juga termasuk perkembangan emosinya yang semakin kompleks.

Jom kita fahamkan bagaimana tahap perkembangan emosi si kecil selama setahun pertama mengikut usiannya bulan demi bulan.

Sebulan

* Membuat hubungan mata
* Menangis bila memerlukan sesuatu
* Memberi tindak balas pada suara dan senyuman ibu ayah

2 bulan

Kalau Nak Tahu Inilah Perkembangan Emosi Bayi Umur Setahun Ke Bawah

* Seronok bila orang lain bermain dengannya dan menangis bila masa bermain selesai
* Memerhatikan wajah orang lain
* Mengeluarkan bunyi suara untuk memberi tindak balas pada suara di sekelilingnya
* Mulai menunjukkan ekspresi marah

3 bulan 

* Memulakan ‘perbualan’ dengan tersenyum pada ibu dan mengeluarkan  suara untuk menarik perhatian
* Membalas balik senyuman bila ibu tersenyum kepadanya
* Boleh meniru balik beberapa gerakan dan ekspresi wajah orang lain

4 bulan 

IKLAN

Kalau Nak Tahu Inilah Perkembangan Emosi Bayi Umur Setahun Ke Bawah

* Tertarik pada golongan kanak-kanak dan akan berpaling pada suara mereka
* Ketawa ketika digeletek dan ketika berinteraksi dengan orang lain
* Menangis bila diganggu ketika bermain

5 bulan 

* Menjadi lebih tegas
* Boleh membezakan antara keluarga (ibu ayah) dengan orang luar
* Suka bermain ketika waktu makan

6 bulan 

Kalau Nak Tahu Inilah Perkembangan Emosi Bayi Umur Setahun Ke Bawah

* Karektornya semakin menyerlah. Ibu boleh melihat adakah si kecil bersikap relaks atau mudah marah, aktif atau lemah lembut
* Mengenali namanya sendiri
* Boleh mengeluarkan suara dengan mulut dan lidahnya

IKLAN

7 bulan 

* Mula faham perkataan “jangan”
* Suka bersosial
* Cuba meniru suara orang dewasa

8 bulan 

Kalau Nak Tahu Inilah Perkembangan Emosi Bayi Umur Setahun Ke Bawah

* Berasa kekok dengan orang yang tak dikenali
* Menangis bila tidak dapat melakukan sesuatu hal, contohnya tidak boleh mengambil mainan kesayangannya

9 bulan 

* Meniru pergerakan yang dilakukan orang lain
* Tersenyum pada bayang sendiri di cermin
* Suka bermain berhampiran ibu ayah, contohnya bermain di dapur ketika ibu  sedang memasak

IKLAN

10 bulan 

* Mulai merasa cemas bila terpisah dari ibu ayah
* Mengembangkan rasa keyakinan diri
* Bertindak balas pada pujian seperti bertepuk tangan
* Berhati-hati dengan ketinggian
* Menunjukkan perasaan seperti sedih, gembira, dan marah

11 bulan

* Mula pandai melawan atau tidak mahu menurut arahan ibu ayah

12 bulan 

Kalau Nak Tahu Inilah Perkembangan Emosi Bayi Umur Setahun Ke Bawah

* Mula pandai menunjukkan temper tantrum
* Mula bijak berjenaka
* Mula bergantung pada ibu bapa atau salah seorang sama ada ibu atau ayah

Perkembangan tersebut adalah garis panduan perkembangan normal yang dilalui oleh bayi secara umum. Namun setiap bayi mempunyai perkembangan berbeza antara satu sama lain.

Tak perlu rasa panik bila perkembangan si manja anda tidak sama seperti berikut.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI