Kanak-kanak perempuanaustime 5 tahun lemas di taman tema Air. Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lima tahun lemas di sebuah taman tema air di Bertam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkeflee Sulaiman, berkata ibu mangsa memberitahu anaknya hilang daripada pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira jam 3.30 petang.
Kanak-kanak Perempuan Austime 5 Tahun Lemas Di Taman Tema Air
Kredit foto: Pexels
“Ibunya terus memaklumkan kepada pekerja di taman tema tersebut bagi mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan tidak lama kemudian dalam sebuah kolam yang sedang dalam pembinaan,” katanya.
Beliau berkata, terdapat air sedalam kira-kira satu meter dalam kolam berkenaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke Selangor.
Tip Elak Anak Lemas di Taman Tema Air:
Taman tema air adalah destinasi kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Namun begitu, keselamatan anak-anak perlu diutamakan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti lemas. Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan anak anda selamat semasa berada di taman tema air:
1. Pengawasan Berterusan
Sentiasa awasi anak-anak anda tanpa henti. Jangan biarkan mereka bermain air tanpa pengawasan orang dewasa. Pastikan anda sentiasa berada dalam jarak yang dekat dengan mereka, terutama jika mereka masih kecil atau belum mahir berenang.
2. Pakai Jaket Keselamatan
Pastikan anak-anak anda memakai jaket keselamatan yang sesuai dengan saiz dan berat badan mereka. Jaket keselamatan dapat membantu anak-anak terapung di permukaan air dan mengelakkan risiko lemas.
Ads
3. Ajarkan Kemahiran Berenang
Ajarkan anak-anak anda kemahiran berenang sejak kecil. Daftarkan mereka dalam kelas renang untuk memastikan mereka mempunyai asas berenang yang kukuh. Kemahiran ini bukan sahaja penting di taman tema air, malah di mana-mana sahaja yang melibatkan aktiviti air.
4. Kenalpasti Kawasan Selamat
Sebelum membenarkan anak-anak bermain air, pastikan anda telah mengenalpasti kawasan yang selamat dan sesuai untuk mereka. Elakkan kawasan yang dalam dan mempunyai arus kuat. Ikuti papan tanda amaran dan arahan keselamatan yang disediakan oleh pihak taman tema.
5. Pantau Tanda-tanda Kepenatan
Kanak-kanak cenderung untuk terus bermain tanpa menghiraukan keletihan. Pantau tanda-tanda kepenatan seperti kelihatan letih, pergerakan yang lambat atau nafas yang tercungap-cungap. Berikan mereka masa untuk berehat dan minum air secukupnya.
Cuaca yang buruk seperti ribut atau hujan lebat boleh meningkatkan risiko kemalangan di taman tema air. Perhatikan ramalan cuaca dan elakkan membawa anak-anak ke taman tema air jika cuaca tidak mengizinkan.
7. Tetapkan Peraturan dan Batasan
Sebelum memasuki taman tema air, tetapkan peraturan dan batasan kepada anak-anak anda. Beritahu mereka untuk tidak berlari di sekitar kolam, tidak menolak atau menjerit kepada rakan-rakan, dan sentiasa mendengar arahan daripada penjaga atau pengawal keselamatan.
8. Kenalpasti Pengawal Keselamatan
Pastikan anda mengenalpasti lokasi pengawal keselamatan dan stesen pertolongan cemas. Ini penting agar anda tahu ke mana harus pergi sekiranya berlaku kecemasan.
Dengan mengamalkan tips-tips di atas, anda dapat memastikan keselamatan anak-anak anda semasa menikmati keseronokan di taman tema air. Keselamatan adalah tanggungjawab semua, dan langkah berjaga-jaga yang diambil dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Selamat bercuti!
“bila anak korang minta makanan tak sihat ataupun terlebih makan, jangan ikut, dia orang tak tahu, dia orang nak makan je, anak kita tak tahu benda ini bermanfaat atau tidak.”
Itulah luahan ikhlas dan tegas daripada seorang bapa yang kini tular di Instagram melalui video yang telah dimuat naik oleh seorang jurulatih kecergasan, @tareqfit91.
Dalam video itu, beliau menyeru ibu bapa untuk muhasabah diri dan sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan anak adalah tanggungjawab kita bukan anak.
Jika anak sentiasa minta makanan manis dan jajan, itu atas dasar kita yang beri. Kalau anak tak suka sayur, kita yang tak ajar. Kalau anak melekat dengan skrin dari pagi sampai malam, kita yang tak hadkan.
Bila semua ini berlaku tanpa kawalan, badan anak yang menderita. Dan bila mereka jatuh sakit, kitalah yang akan menanggung segala sesal dan tangisan.
Reaksi Netizen,
Klip video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai menyokong mesej Tareq dan menyatakan perkara ini sudah lama patut ditegur.
“Terbaik bang… nasihat yang betul 👏👏👏👏👏”
“Anak dia comel and it is true… kita kena jaga kesihatan anak-anak”
“Kalau tengok video adik ni, terus skip. Sebab kesian kat dia, seolah jadi bahan content mak pak. Kesian kat anak tu… usaha cara hidup sihat. Anak-anak kecil terdedah dengan diabetes sekarang ni 😢”
“At last ada orang yang tegur. Sebab memang tak cute langsung, kesian lagi ada 😢”
“Chubby lain, obese tu lain… tolong la bezakan. Obese tu merosakkan badan. Bayangkan sendi-sendinya yang lembut terpaksa tampung berat berlebihan. Tu belum lagi organ lain yang terpaksa overworked. Budak, apa lah dia tahu 😔”
Teguran ini bukan untuk menghina, tetapi menyedarkan. Netizen bersuara kerana mereka sayangkan anak-anak ini.
Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat Hari Ini?
Lima langkah penting:
Kawal pengambilan makanan anak – Elak makanan proses, minuman bergula dan jajan harian.
Jadi contoh – Anak tengok cara kita makan dan hidup, bukan apa yang kita cakap.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal – Bawa berjalan, main di taman, bersukan.
Didik dari kecil – Bagi mereka faham beza makanan sihat dan tidak.
Kurangkan skrin, tambah gerak badan – 20 minit bergerak lebih baik dari 2 jam duduk.
Sayang Bukan Dengan Suap, Tapi Dengan Jaga
Kalau kita sayang anak, kita tak biar mereka sakit baru nak berubah. Kita ubah sekarang walaupun susah, walaupun kena paksa diri. Sebab anak tu amanah, bukan alat content, bukan boneka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah Rizman Ruzaini, sudah jumpa ‘future model’ pakaian rekaannya, Rizqaa anak kesayangan pandai bergaya. Selalu jadi perhatian. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau sudah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Rizman Ruzaini Sudah Jumpa ‘Future Model’ Pakaian Rekaannya
Keletah Rizqaa anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ini memang membuatkan sesiapa yang melihatnya berasa ‘geram.’ Meskipun baru berusia 4 tahun tetapi si kecil yang berwajah comel ini langsung tidak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut ibu bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Rizqaa Anak Kesayangan Pandai Bergaya
Rizman dan juga Nurida Suraya gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera. Rizqaa pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Sekadar info, Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini dikurniakan anak sulung iaitu Rizqaa pada 2 September 2020. Pasangan ini juga baru sahaja dikurniakan cahaya kata kedua pada 22 Mac 2024. Anak kedua mereka juga seorang puteri yang diberi nama Rainaa.
Fasa ‘Terrible Two’: Fahami Emosi Anak & Elak Tantrum Berulang
Masuk je umur 2 tahun, ramai mak ayah mula risau bila anak jadi drama kingatau drama queen—menangis tanpa sebab, mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, guling-guling tengah mall, jerit macam kena dera. Jangan risau, ini semua normalya! Ini yang kita panggil sebagai fasa ‘Terrible Two’, satu fasa perkembangan emosi yang penting dalam kehidupan anak kecil.
Apa Itu ‘Terrible Two’?
Fasa ni biasanya berlaku sekitar umur 18 bulan hingga 3 tahun. Anak waktu ni tengah belajar kenal emosi sendiri, nak berdikari, tapi belum mampu nak kawal emosi atau luah dengan cara yang betul. Bayangkan badan kecik tapi emosi macam gunung berapi, bila meletup… BOOM! Jadi lah tantrum tu.
Kenapa Anak Suka Mengamuk?
Ni antara sebab kenapa anak jadi ‘mudah meletup’:
Tak dapat apa yang dia nak.Masa ni dia baru nak belajar konsep sabar.
Susah nak luah dengan kata-kata.Anak umur 2 tahun belum fasih cakap, jadi dia guna badan – jerit, tendang, gigit.
Penat, lapar atau overstimulated.Kadang bukan sebab mainan rosak pun, tapi sebab dia dah letih sangat.
Perubahan rutin.Contoh: pindah rumah, dapat adik baru, atau mak ayah sibuk dan tak beri perhatian macam biasa.
Cara Nak Bantu Anak Atasi Tantrum
Jangan panik bila anak tantrum. Yang penting, kita kenal punca, respon dengan bijak, dan bantu anak regulate emosi dia. Antara cara yang boleh bantu:
Tunjuk contoh tenang. Anak belajar dari kita. Kalau kita terus marah atau jerit balik, dia tak belajar apa-apa pasal kawal emosi.
Beri pilihan. Contoh: “Adik nak pakai baju warna biru ke merah?” – Bila anak rasa ada kuasa memilih, dia kurang memberontak.
Peluk & tenangkan. Bukan semua tantrum perlu hukuman. Kadang, anak cuma nak dipeluk dan diberitahu “Mama faham, adik marah…”
Guna bahasa emosi. Contoh: “Adik rasa sedih sebab tak dapat aiskrim ya?” – Bila kita bantu dia kenal emosi dia, dia lebih cepat belajar kawal diri.
Buat jadual tetap & rutin. Anak suka predict apa akan jadi. Bila ada rutin harian, dia rasa lebih selamat dan kurang stres.
Bila Perlu Risau?
Kalau anak sering mencederakan diri atau orang lain, atau tantrum berlarutan sampai umur 4-5 tahun, ada baiknya mak ayah bincang dengan pakar kanak-kanak atau kaunselor anak.
Fasa ‘Terrible Two’ bukan fasa yang buruk—ia fasa penting perkembangan emosi anak. Ia memang mencabar, tapi kalau mak ayah tenang dan sabar bantu anak kenal emosi dan kawal diri, insyaAllah anak akan membesar jadi lebih kuat dan bijak kawal perasaan.
Mak ayah bukan nak jadi sempurna, cukup jadi tempat anak rasa difahami & disayangi. Peluk dia kuat-kuat bila dia lemah. Satu hari nanti, dia akan peluk kita semula dengan penuh penghargaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.