
Luahan isteri Kapten Zainol Afiq selepas kehilangan suami tercinta dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara atau Flying Doctor Service (FDS) berhampiran Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September lalu cukup meruntun hati.
Berita nahas tersebut masih meninggalkan kesan mendalam, khususnya buat keluarga lima mangsa yang terkorban ketika menjalankan amanah mereka.
Di sebalik berita mengenai nahas itu, ada keluarga yang kini perlu belajar meneruskan kehidupan tanpa insan tersayang. Ada ibu bapa yang kehilangan anak, pasangan yang kehilangan tempat bergantung dan anak-anak kecil yang mungkin masih belum benar-benar memahami mengapa ayah mereka tidak lagi pulang ke rumah.
Antara yang paling meruntun hati tentunya luahan isteri kepada juruterbang Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Izzati Syamimi, yang sejak tragedi berlaku beberapa kali berkongsi rasa kehilangan terhadap suaminya menerusi Threads.
Luahan Isteri Kapten Zainol Afiq: “Tolong Jap Settlekan Anak You Daddy…”

Lewat malam semalam, Izzati sekali lagi mencoretkan luahan yang cukup memilukan. Kali ini bukan sekadar mengenai kerinduannya sebagai seorang isteri, tetapi realiti seorang ibu yang dalam masa sama perlu memeluk dan menenangkan dua anak mereka yang turut merindui ayah.
Dalam perkongsian itu, Izzati menulis:
“Anak you memang tak kasi i peluang untuk nangis langsung eh? Tolong jap settlekan anak you daddy, kolam air mata i dah penuh ni. I nak take turn pulak.”
Katanya, malam itu kedua-dua anak mereka turut menangis.
“Malam ni both of them meraung. Sabar jap i tengah amik turn harap you kuat tengok i nangis mendonia.
We love you daddy!”
Ayatnya mungkin kedengaran seperti seorang isteri sedang berbual seperti biasa dengan suaminya, tetapi hakikat bahawa insan yang dipanggil “daddy” itu sudah tiada membuatkan luahan tersebut terasa begitu berat.
Sebagai seorang ibu, Izzati bukan sahaja sedang melalui kesedihannya sendiri. Dalam keadaan hati masih belum sempat menerima kehilangan, dia juga perlu menjadi tempat anak-anak berpaut, memujuk mereka ketika menangis dan berdepan dengan kerinduan dua anak kecil terhadap ayah mereka.
Ada waktunya seorang ibu terpaksa menahan air mata kerana anak sedang menangis terlebih dahulu. Hanya selepas anak sedikit reda, barulah dia mempunyai ruang untuk melepaskan kesedihan sendiri.
Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”
Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Kapten Zainol Afiq Dalam Kenangan: “7 Tahun Yang Singkat Dan Terlalu Cepat”

Dalam satu lagi perkongsian sekitar waktu yang sama, Izzati mengenang tujuh tahun kehidupannya bersama Allahyarham Kapten Zainol Afiq.
“So weird. I baca semua pasal you sana sini. 7 tahun yang singkat dan terlalu cepat. So proud to be your wife. Your forever wife.”
Dia turut meluahkan rasa syukur kerana pernah dipertemukan dengan seorang suami yang disifatkannya begitu baik.

“Terima kasih Allah pinjamkan saya suami sebaik Zainol Afiq. Tunggu I and anak-anak kat syurga tau.”
Ungkapan “terima kasih Allah pinjamkan saya suami sebaik Zainol Afiq” cukup menggambarkan bagaimana seorang isteri cuba menerima bahawa pertemuan, kehidupan berumah tangga dan masa bersama insan yang dicintainya merupakan satu pinjaman.
Tujuh tahun mungkin terasa singkat buat Izzati, namun dalam tempoh itulah mereka membina keluarga, mencipta kenangan dan dikurniakan dua orang anak yang kini menjadi sebahagian daripada peninggalan paling berharga Allahyarham.
Lebih menyentuh hati apabila dia masih menyebut dirinya sebagai “your forever wife” dan meminta suaminya menunggu dirinya bersama anak-anak di syurga.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Luahan Isteri Kapten Zainol Afiq Undang Rasa Sebak

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa sebak ramai. Rata-rata meninggalkan kata-kata semangat serta mendoakan agar Izzati dan anak-anak diberikan kekuatan untuk melalui kehilangan yang begitu besar.
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi apabila kehidupan sebuah keluarga berubah dalam sekelip mata. Dalam setiap luahan Izzati, jelas tersimpan kerinduan seorang isteri terhadap suami dan pada masa sama tanggungjawab seorang ibu untuk terus kuat di hadapan anak-anak.
Kenangan tujuh tahun bersama, kata-kata yang pernah dikongsi dan kehidupan yang dibina sebagai sebuah keluarga tentunya akan terus menjadi sesuatu yang sangat bermakna buat Izzati serta anak-anak.
Semoga Allahyarham Kapten Zainol Afiq ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga isteri, anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Sumber: izzatisyamimi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

