Sebagai ibu ayah, kita sanggup buat apa saja asalkan semuanya cukup untuk anak-anak. Kalau dahulu kita hidup susah, kita dah pasang niat untuk anak-anak tak melalui pengalaman itu. Kita hanya mahukan yang terbaik untuk anak, biarpun kita sendiri mungkin ‘tak cukup’.
Dalam kita berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, ada masanya mungkin akan merasa letih dan stres. Dek kerana terlalu memikirkan segala keperluan dan kemudahan untuk keluarga, ia sedikit-sebanyak mengganggu emosi seseorang.
Menurut penulisan Dr. Taufiq Razif, ada beberapa perkara yang wajib anak-anak tahu tentang ibu ayah mereka. Dalam sibuk menyediakan yang terbaik untuk anak, mungkin akan berlaku situasi di mana ibu ayah ‘terlepas’ marah pada mereka.
Kredit foto: Facebook Emy Haznida
Ikuti penjelasan lanjut ini;
Anak anak wajib tahu 10 hal ini
1. Seorang ayah yang sedang tertekan dengan masalah kewangan akan banyak mendiamkan diri.
2. Seorang ibu yang sedang tertekan dengan kepenatan akan banyak beremosi dan memarahi.
Ads
3. Walau sebanyak mana pun kelemahan dan kekurangan ibu dan ayahmu mereka tetap ibu dan ayah kamu sampai bila-bila.
4. Ayah dan ibumu tetap seorang manusia. Dia pun pernah dan akan melakukan kesalahan kerana fitrah manusia adalah insan yang penuh kesilapan dan kealpaan.
5. Kadangkala ayah dan ibu takkan bagitahu yang mereka cintakan kamu tapi percayalah bahawa pengorbanan dan penat lelah mereka itu lebih bernilai daripada kata kata di mulut semata-mata.
6. Tak semua ibu ayah pandai meluahkan kasih sayang mereka pada kamu. Kadang mereka marah, kadang mereka hukum, kadang mereka terlalu mengawal, kadang mereka terlalu memaksa . Itu semua adalah cara mereka tunjuk kasih sayang walaupun kadang-kadang ianya tak sesuai dan menyakitkan.
7. Kebanyakan cara mereka melayan dan mendidikmu datang daripada cara mereka dibesarkan dahulu. Jadi jangan marah mereka secara keterlaluan. Kadang mereka tak sengaja ataupun mereka tak ada contoh yang boleh mereka ikuti.
Kredit foto: Facebook Emy Haznida
8. Sehebat mana pun ibu ayah kamu, jika mereka meninggal nanti mereka tetap akan perlukan doa daripada kamu juga kerana doa dan perangai kamu di dunia boleh jadi penyelamat mereka di alam sana.
Ads
9. Ibu dan ayah ada ego yang tersendiri. Jika kamu mahu mencari damai bersama mereka maka mintalah maaf pada mereka dahulu walaupun kamu merasa dirimu tidak bersalah. Boleh jadi suatu hari nanti anak kamu pula yang akan melakukan hal baik tersebut pada kamu pula.
10. Kadangkala ibu ayah kamu tak bantu kamu kerana mereka sebenarnya sedang melatih kamu untuk berhadapan dengan realiti hidup. Hidup ini keras, hanya yang terlatih daripada awal usia sahaja akan mampu menghadapinya.
Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang sangat unik. Lelaki secara fizikalnya gagah dan kuat.
Sifat inilah yang menjadi pelindung kepada perempuan. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah berbanding lelaki. Sebab itulah Allah campakkan sifat lemah lembut dan penyayang kepada perempuan sesuai dengan nalurinya. Allah menjadikan mereka adalah untuk mencukupi antara satu sama lain.
Cuma yang menjadi halangan dalam perkahwinan adalah apabila berlaku ketidakpuasan hati antara pasangan, mulalah nak marah hingga masing-masing bermasam muka. Bukan setakat suami isteri je, anak pun turut mendapat tempiasnya.
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari alam rumah tangga. Biasakan dengan ayat yang romantik dan hargailah pasangan. Insya-Allah perkahwinan lebih bahagia.
Kenapa Nak Marah Pasangan?
Lupakah kita dulu waktu bujang atau anak dara, nak ada pasangan hidup sebab bila ada pasangan hidup rasa syok, rasa best. Jalan berdua, tidur berdua, ada teman bersembang, ada tempat nak bersandar, ada tukang picit kepala.
Setahun dua tahun mula rasa menyampah dengan pasangan, tengok muka dia rasa nak marah. Meluat, benci bila pasangan wasap kita.
Dulu sebelum kahwin bukan main tertunggu-tunggu wasap dari dia. Kalau tak wasap sehari rasa sesak nafas macam nak mati.
Sebab apa rasa nak marah? 1. Tak ada ilmu self-control 2. Tak sedar kita mempunyai low value egocentric.
Ubah 2 perkara di atas ni, kita akan rasa macam kita kahwin dengan pasangan kita setiap hari.
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak. Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih.
Buahan-buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.
Jadi perlulah dicuci terlebih dahulu sebelum beri anak-anak makan. Nak tahu caranya?
TIP BASUH BUAH ANGGUR Anggur ada wax atau lilin untuk bagi ia tahan lama. Jadinya salah satu cara nak basuh buah anggur dengan bersih ialah dengan mengunakan tepung gandum.
Caranya:
1. Ambil anggur, taburkan dengan tepung.
2. Biar direndam seketika, 5-10 minit.
3. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
4. Bilas dengan air bersih.Kemudian basuh dan toskan.
Masa basuh tu kena ambil masa sikit. Sebab tepung tu akan melekat kat lilin pada anggur tu.
Hasilnya, anggur jadi lebih bersih, berkilat dan manis tanpa rasa pahit atau kelat.
Dapatkan Al-Quran Al-Amin Tagging Premium Set dengan diskaun RM5. Gunakan kod ini PNMGSP5 di sini.
Mudahkan? Jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni, jangan terus basuh makan je tau.
Ibu-ibu bila dah ada anak, semua perkara akan dititikberatkan. Setiap hari kalau tak dengar suara ibu, pasti anak-anak atau suami akan pelik.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Wan Nur Syakira daripada ibu atau ayah membebel, baiklah kita selitkan dengan zikir agar anak-anak kita semua akan menjadi anak cemerlang dunia akhirat.
Sejak kita ada anak ni, memang banyak sangat mulut ni berzikir. Bila anak nak tidur, dodoikan dengan zikir. Kalau sejam, sejam lah keluar semua zikir yang yang kita tahu.
Mula-mula slow, lama-lama makin kuat sebab kenapa tak tidur lagi ni. Tak pun mula-mula kuat, lama-lama makin perlahan sebab mak ayahnya tidur sekali. 😂
Bila ajak anak masak sama-sama atau dia nak join sama-sama, sepanjang proses memasak tu, berzikir melihat telatah dia.
Tangan kecil dok rasa garam, gula, celup tu, celup ini. Bila anak meragam dan tengah menguji kita dengan kelakuan belum matang ni,
Lafaz istighfar dan ” ya Allah ” automatik keluar. Breath in breath out. Merayu betul dengan Allah bagi jiwa yang sabar.
Tak pun sekarang, bila rasa marah, teringat lagu Little Ammar, ” Bila rasa marah, tenang hati ‘. Nyanyilah ummi di depan anak. 😂
Bila anak terjatuh, ” Allahuakbar” terus terpacul. Bila bercakap dengan anak, sebab kita nak anak pun dibudayakan dengan perkataan yang baik, kita ajar anak sebut Alhamdulillah bila dapat sesuatu.
Kita ajar anak sebut Subhanallah, MasyaAllah kalau nampak benda yang Allah ciptakan tu cantik dan hebat.
Kita pun ajar sebut istiazah bila nak lindungi diri kita dari syaitan. Kita ajar sebelum mula , baca Bismillah.
Begitulah. Rupanya anak lahir nak bagi ibu ayah banyak berzikir, ingat pada Allah. 😊
Ibu ayah yang berusaha menjadi lebih baik dan baik untuk anak contohi. Yang sentiasa cuba mengingati Allah dalam tiap urusan.
Kerana perjalanan menjadi ibu ayah itu adalah perjalanan melatih, membentuk dan menjadi kita yang lebih baik.
Kehamilan adalah satu tempoh yang penuh dengan perubahan fizikal dan emosi. Namun, tekanan atau stres yang tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ibu, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.