Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Ads
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
Ads
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
Menjadi ibu bekerja bukan sekadar keluar mencari rezeki. Ia hadir bersama tanggungjawab berganda mengurus kerjaya, rumah tangga dan dalam masa yang sama memastikan anak-anak terjaga dengan baik. Antara cabaran terbesar yang sering membebankan fikiran ibu bapa ialah kos penjagaan anak yang semakin meningkat, terutamanya bagi keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
Namun, di Selangor, kelegaan itu sedikit demi sedikit dirasai apabila Kerajaan Negeri tampil dengan pelbagai inisiatif bersasar bagi membantu ibu bekerja mengurus dilema harian antara kerjaya dan tanggungjawab menjaga anak. Antara yang paling mendapat perhatian ialah Program MamaKerja Selangor yang diperkenalkan khusus untuk menyokong golongan ibu bekerjaya.
Tidak dinafikan, kos menghantar anak ke taska atau pusat jagaan boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Bagi ibu yang bekerja sepenuh masa, perkhidmatan penjagaan anak bukan pilihan, tetapi keperluan. Inilah realiti yang dihadapi ramai ibu setiap hari — bekerja demi keluarga, namun terpaksa berdepan tekanan kewangan yang berterusan.
Keadaan ini sering memaksa ibu membuat pilihan sukar, sama ada meneruskan kerjaya atau berhenti kerja demi menjaga anak sendiri. Tanpa sokongan yang mencukupi, ramai ibu akhirnya tertekan dari segi emosi dan kewangan.
Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program MamaKerja Selangor sebagai salah satu bentuk bantuan penjagaan anak yang lebih praktikal dan dekat dengan keperluan sebenar keluarga.
Melalui program ini, ibu yang layak boleh menerima bantuan sehingga RM100 sebulan, bersamaan RM1,200 setahun, bagi membantu menampung bayaran pengasuh, taska atau pusat jagaan kanak-kanak. Bantuan ini memberi ruang kepada ibu untuk terus bekerja dengan lebih tenang tanpa terlalu dibebani kos penjagaan anak.
Walaupun jumlahnya tidak besar, Program MamaKerja Selangor sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kewangan bulanan, khususnya bagi ibu yang perlu menghantar anak ke pusat jagaan sepanjang waktu bekerja. Sekurang-kurangnya, ada sokongan yang membantu ibu bernafas lega dalam merancang perbelanjaan keluarga.
Permohonan Program MamaKerja Selangor biasanya dibuat melalui platform rasmi Kerajaan Negeri Selangor dan tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan. Antaranya termasuk status pekerjaan ibu, pendapatan isi rumah serta had kuota tahunan.
Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk sentiasa menyemak maklumat terkini melalui saluran rasmi dan berhati-hati terhadap sebarang tawaran yang mencurigakan. Perancangan awal dan penyediaan dokumen lengkap amat penting bagi meningkatkan peluang permohonan diluluskan.
Selain fokus kepada penjagaan anak, Selangor turut memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui Program TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor.
Program ini menyediakan subsidi RM50 sebulan untuk yuran tadika bagi kanak-kanak berumur lima dan enam tahun daripada keluarga berpendapatan rendah. Menariknya, subsidi ini disalurkan terus kepada tadika berdaftar bagi memastikan bantuan digunakan sepenuhnya untuk pendidikan awal anak-anak.
Pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibu bapa, malah memastikan kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti, selamat dan teratur.
Gabungan inisiatif seperti Program MamaKerja Selangor dan TUNAS jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam menyokong golongan ibu bekerjaya. Walaupun setiap program mempunyai syarat tersendiri, matlamatnya tetap sama iaitu membantu ibu terus kekal produktif dalam kerjaya tanpa mengabaikan kebajikan dan pendidikan anak-anak.
Bagi ibu bapa yang berminat, pastikan anda mendapatkan maklumat hanya melalui saluran rasmi dan membuat perancangan sebaiknya agar peluang bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Pa&Ma percaya, apabila ibu diberi sokongan yang mencukupi, anak-anak akan membesar dengan lebih bahagia, seimbang dan terjaga.
Ikhtiar hamil, Janna Nick minum susu, usaha nak dapatkan zuriat. Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Janna Nick berkongsi momen membuat kejutan hari jadi buat suaminya, Dini Schatzmann yang ke-30.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, Janna dan Dini turut berkongsi hafalan surah Al-Mulk. Ketika giliran Dini, Janna membuat kejutan membawa kek hari jadi buat suaminya.
Janna turut berharap tahun hadapan mereka akan bertiga serta mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah.
Dalam perkongsian tersebut juga, ramai warga maya perasan Janna sedang membancuh susu yang diformula khas bagi membantu wanita memulihkan kesihatan dalaman sebagai ikhtiar untuk hamil.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Komen-komen daripada warga maya juga turut mendapat reaksi daripada Janna. Pelakon, penyanyi dan pengacara itu memberitahu dia sedang berusaha untuk hamil. Ramai yang mendoakan agar Janna dikurniakan zuriat tidak lama lagi.
Sekumpulan murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) telah mencipta sejarah tersendiri apabila inovasi pendidikan yang dibangunkan mereka, Kit Binujar 4.0, berjaya meraih Anugerah Emas di pertandingan berprestij peringkat antarabangsa, World Invention Creativity Olympics (WICO) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, pada Sabtu lalu.
Menurut Guru Pembimbing, Muhammad Shahrol Harun, ini merupakan penyertaan pertama mereka di pentas dunia dan kemenangan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha gigih pasukan tersebut yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru.
“Kami tidak jangka memperoleh Anugerah Emas ini kerana persaingan sangat sengit dengan pelbagai inovasi dari seluruh dunia. Ia adalah satu pengiktirafan kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak,” ujar beliau.
Kit Binujar 4.0 dibangunkan kira-kira tiga tahun lalu selepas mendapati ramai murid mengalami kesukaran untuk menulis huruf berekor seperti g, j, y, p dan q. Berdasarkan pemerhatian itu, guru-guru SK Putrajaya Presint 18(1) membangunkan satu inovasi pendidikan untuk membantu murid memperbaiki kemahiran tulisan mereka.
“Idea ini tercetus apabila melihat ramai murid menghadapi kesukaran untuk menulis huruf berekor, jadi kami bangunkan Kit Binujar dengan beberapa peringkat sebelum ia diguna pakai di sekolah,” kata Muhammad Shahrol.
Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini membuahkan hasil apabila murid-murid dapat menulis dengan lebih baik dan kemas menggunakan inovasi berkenaan. Kit Binujar kemudiannya diperluas secara digital sejajar dengan Dasar Pendidikan Digital yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selain Muhammad Shahrol yang juga merupakan Guru Digital KPM, turut serta dalam rombongan ke Seoul ialah guru Asa’adatul Jannah Kamaruddin yang terlibat dalam pertandingan selama tiga hari bermula 17 Julai di Seoul National University of Education.
Penyertaan kali ini disertai oleh tiga orang murid Darjah Enam:
Muhammad Ammar Ziqry Mohd Iskandar
Puteri Nur Shaheera Muhammad Rafique
Rania El Zara Shazan Kamarul Ariffin (murid PPKI – penglihatan)
Turut serta ialah murid Darjah Lima:
Hadif Sufyyan Mohd Hirman
Raja Auni Safiyya Raja Mohd Zulfadli
Sumayyah Budi Mawardi
Muhammad Shahrol turut memuji keberanian anak-anak muridnya yang yakin dan mampu mempersembahkan Kit Binujar di hadapan juri dan delegasi asing dengan baik.
“Mereka sangat lancar menceritakan keistimewaan inovasi kami kepada juri. Ini merupakan langkah pertama yang sangat penting untuk memperkukuh keyakinan mereka dalam kemahiran berkomunikasi,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.