Semasa anak masih kecil, kebanyakan ibu ayah akan membenarkan mereka untuk tidur sekali bersama kita. Sehinggalah mereka sudah besar sedikit, baharulah kita melatih mereka untuk tidur dan mempunyai ruang privasi sendiri.
Sekiranya ibu ayah mengambil masa yang lama membenarkan anak-anak tidur bersama, agak sukar untuk melatih mereka untuk berdikari dan tidur di bilik sendiri. Berikut adalah kaedah yang dikongsikan oleh Ameera, bagaimana dia mendidik anak-anaknya untuk tidur di bilik sendiri.
Ikuti perkongsian ini yang mungkin dapat membantu kita untuk melatih anak-anak:
Ajar dan didik anak untuk tido berasingan dari kita seawal 4 tahun. Ini yang ibu buat dan praktik kan, Alhamdullillah berhasil.
Dengar dan sabar dulu, ibu terangkan. Jangan terus cakap “ ishhh kecil lagi tu, mana boleh tido asing “ Jawapannya Boleh! dah diasuh perlahan lahan, anak anak akan terbiasa. Buat pon belom dah complain.
Permulaan anak anak memang akan menangis, mereka tidak boleh terima hakikat kena tido asing dari ibu. Sorang 4 tahun, sorang 6 tahun. Apa yang ibu buat, tido kan anak teman kan dia dulu, tepok tepok sambil bercerita atau nyanyi lagu, Nyanyi lagu paling femes ok, kalau tak , pasti taknak tido. Gurau.
Alhamdullillah, anak anak tido dengan jaya nya, tapi tak berjaya lagi tau, jangan sangka anak anak akan lena sampai esok, hahaha, anak anak akan sedar dan ketuk pintu bilik kita sambil nangis, ( buka lah pintu bu, buka lah pintu ) ibu ingat hantu weh, rupa nya suara halus tu anak aku. Hahaha
Benarkan anak kita masok dalam bilik kita, biarkan tido semula dengan kita. Tidak mengapa , beberapa jam sudah berlalu untuk permulaan dah cukup baik, Esok dan seterusnya buat lagi dan lagi, Ini yang ibu buat selama sebulan. Sebulan tau, bukan Seminggu.
Ads
Anak akan terjaga tu normal, jangan di marah. Ibu ni garang orang nya, Jika dibandingkan dengan suami , anak anak jawab “ibu garang macam lion” kata nya. Ermmmmm lion weh! Lantak kan.
Sekarang ni terbaik dah , tepat pukul 9.00 malam anak anak dah tahu dah masok bilik masing masing, tak perlu nak beritahu berulang kali lagi, tidak perlu nak tepok dan bernyanyi mengalahkan buat konsert. 4 lagu kot.
Siap salam, cium pipi. “ Assalammualaikum ibu, good night ibu, love u ibu , satu pelukan dulu ibu “ Happy nya daku. Yahooo tak ganggu dah tido malam kita nak buat acara apa apa pon. Ingat, anak anak ni suka ikot apa kita buat. Suka tiru apa kita buat.
Bahaya sebenarnya bila kita tak ajar anak anak tido berasingan. Budak budak sekarang terlebih bijak. Semua benda dia nak tanya, Awas ye ibu bapa di luar sana. Macam macam soalan nanti anak tanya. Berpeluh kita nak jawab.
Ads
Asingkan tempat tido mereka dengan kita. Jika tak buat sekarang bila lagi?
1- Terangkan pada anak anak yang mereka dah besar, dah jadi kakak atau abang. Tak boleh tido lagi dengan kita.
2- Bedikari supaya mereka tahu untuk kemas katil sendiri dan susun bantal . Nanti belikan cadar gambar apa yang mereka suka.
3- Sediakan tempat tido mereka cantik dan bersih. Tidak perlu perabot ribuan ringgit, Janji bersih dan kemas . Anak anak dah cukup happy.
Ads
4- Letak Lampu kecil supaya bilik mereka tidak terlalu gelap, kita yang gelap pon takot apatah lagi anak anak kecil. Bagi cerah sikit ala ala romantik gitu.
5- Janji bila berjaya bagi reward pada mereka. Reward jangan melampau, takat gula gula dan aiskrim dah cukup. Bukan hari hari.
6- Sebelum tido baca ayat 3 Qul, latih dan biar mereka ikot kita baca sama.
7- Pimpin tangan anak anak bawa masok ke bilik, mereka rasa sangat selamat. Nampak kecil tapi impak bagi mereka sangat besar.
8- Sentiasa puji mereka. Tahniah berjaya tido bilik sendiri, berani, cantik. macam ni lah anak ibu. Contoh.
9- Anak anak juga pandai hormat dan jaga adab. Sebelum masuk bilik mereka mengetuk pintu dan meminta izin terlebih dahulu untuk masuk. ( ibu, boleh masok? )
10- Permulaan nak didik perlukan kesabaran, Buat sahaja, Insyaallah pasti berjaya. Ibu dah buktikan dengan cara ini anak anak tido di bilik mereka masing masing .
Semoga bermanfaat Sharing ikhlas dari ibu. Seorang surirumah sepenuh masa.
#ibucantik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi penyanyi lelaki popular, Shah Indrawan atau dikenali dengan nama glamor Tomok dan isterinya Rahayu Abbas, mengakui sama seperti ibu bapa yang lain, mereka sentiasa memastikan kesihatan anak kekal sihat semasa meraikan hari raya.
“Sudah tentu sebagai ibu bapa kesihatan anak menjadi perkara no 1 yang perlu dititik beratkan terutamanya bila tiba musim perayaan.
“Maklumlah pada masa itu kita tidak dapat mengawal dari bersama-sama dengan sanak saudara serta orang ramai yang datang berkunjung ditambah pula makanan-makanan yang pelbagai.
“Oleh itu apabila tiba musim perayaan sebegini saya dan tomok sebagai ibu bapa akan lebih bersedia bagi mengelakkan daripada anak terkena jangkitan penyakit, demam dan sebagainya,” jelas Ayu.
Kredit foto: Instagram tomokofficialKredit foto: Instagram tomokofficial
8 tip cara Tomok dan Ayu jaga kesihatan anak masa raya
1.Mengelakkan anak-nak minum ais dan makan makanan yang boleh menjadi pemangkin untuk batuk atau selsema.
2.Sentiasa menbawa kelengkapan ubat basic seperti ubat demam & batuk
3.Membawa hand senitizer & wet tissue dan memastikan mereka serta kami sendiri memakainya setiap kali sebelum turun dari kenderaan dan selepas menaiki kenderaan
4.Elakkan pergi ke tempat awam yang ramai orang.
5.Jaga kebersihan setelah pulang ke rumah, pastikan anak bersihkan diri (mandi) dan tukar pakaian setelah seharian berada diluar sebelum tidur.
6.Pastikan anak-anak minum air suam sebanyak yang mungkin. Jadi,sediakan air walau ke mana saja kami pergi sekurang-kurangnya 1 botol mineral besar.
7.Anak-anak juga perlu rehat dan tidur yang cukup supaya mereka tidak mudah dijangkiti selsema.
8.Dan yang penting adalah kesihatan ibu dan ayah yang juga boleh menjadi penyebab penyakit berjangkit kerana kanak-kanak masih lemah antibodinya
Sebagai ibu bapa, Ayu dan Tomok berharap kesihatan anaknya terjamin semasa hari raya.
“InsyaAllah kita dapat membantu mengelak anak-anak terkena jangkitan virus semasa pulang ke kampung atau kemana sahaja,” ujar Ayu semasa ditanya oleh wartawan Pa&Ma mengenai tip menjaga kesihatan anak-anak semasa hari raya tahun ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpisah dengan suami tercinta demi kerjaya suami yang bertugas untuk negara membuatkan pengacara, Dayah Bakar tetap kuat dalam membesarkan anak yang baru dilahirkan empat bulan yang lalu.
Hamil dan bersalin tanpa suami di sisi selama hampir setahun kerana suaminya Kapten Hanif Hamidi yang bertugas di Australia tidak sedikitpun mengurangkan rasa kasih dan sayang antara mereka.
Teknologi hari ini nyata memberikan kebaikan kerana untuk mereka sekeluarga apabila panggilan video menjadi penghubung antara benua untuk mereka.
Dayah sering berkongsi perkembangan anaknya yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang kini sudah berusia 4 bulan di Instagram miliknya. Baru-baru ini dia ada memuat naik video si kecilnya itu sedang berbual menerusi panggilan video bersama babanya.
Menerusia video tersebut, suasana sebak menyelubungi apabila kedua-dua suami isteri itu teruja melihat anak sulung mereka sudah pandai berguling. Kedengaran suara si ayah kuat memberikan sokongan dari jauh kepada Achbar walaupun Cuma melalui video call.
“Counting days to 4 months , Fahri dah boleh roll over dengan jayanya , over and over again ! Masha Allah, yayy !
“Another milestone for Baby Achbar Muhammad Fahri .
“Sebenarnya dari haritu Fahri dah cuba nak pusing , tapi harini dia mcm buat show la , n we get to record it,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut sama terkesan dengan video tersebut. Di samping itu ramai yang memuji ketabahan Dayah dan juga suami selain mendoakan mereka sekeluarga dapat bersatu semula tidak lama lagi.
Dayah dan suaminya Hanif berkahwin pada Julai 2018 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel pada Ogos yang lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak anak pintar dan emosi stabil, perlu lakukan aktiviti sensori ini dulu, barulah ajar anak membaca. Jika tak lakukan akan jejas pembelajaran anak.
Perkongsian oleh Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Carakerja yang kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah (Terapis Carakerja) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Pendidikan Khas Putrajaya.
Pentingnya Sensori dalam Mempengaruhi Pembelajaran Anak
Sensori merupakan perkara yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya kita terlalu berfokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori kanak-kanak. Sebenarnya kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori, perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik. Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.
Terdapat 7 deria sensori yang perlu diberi perhatian.
Visual
Auditori
Sentuhan
Rasa dengan lidah
Hidu
Pergerakan (Proprioception)
Keseimbangan (Vestibular)
Aktiviti sensori motor lebih berbentuk aktiviti fizikal atau kemahiran motor kasar.
Aktiviti sensori persepsi pula adalah berbentuk daya tumpuan dan keamatan yang diperlukan dalam aktiviti persediaan ke alam persekolahan formal.
Latihan aktiviti sensori perlu selari dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, biarkan kanak-kanak bermain dalam situasi yang membolehkan pembelajaran berbentuk kepelbagaian sensori!
Bermain permainan interaktif di iPad atau Tablet hanya melibatkan deria sensori visual, sentuhan dan pergerakan yang minimum. Seeloknya dedahkan mereka kepada permainan alam yang lebih banyak penerokaan deria
Selamat bermain! Dan kemudian kanak-kanak boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran formal setelah keperluan sensori dipenuhi. Sama analoginya seperti apabila kita belum makan, kita belum pasti boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti harian bukan?!!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.