Jika tercari-cari menu pencuci mulut dengan kombinasi yang sempurna antara kelembutan tekstur dan keenakan rasa serta dipenuhi dengan warna warni buah-buahan segar yang memikat selera, Puding Buah Kuah Kastard adalah pilihan terbaik untuk disajikan kepada keluarga tercinta.
Rasanya yang manis dan segar sekaligus memberikan sensasi yang memuaskan di setiap suapan!
Jika tidak percaya, cuba lihat resipi Puding Buah Kuah Kastard yang dikongsikan oleh Mr Ali ini, melihatnya sahaja sudah mampu membuatkan kita berasa teruja untuk menikmatinya. Nampak cukup menyelerakan.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu yang istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Puding Buah Kuah Kastard by Mr.Ali
Bahan – bahan :
Bahagian Puding
– 5g serbuk agar agar
– 4 cawan air (1 liter air)
-1/2 cawan gula (100g)
– Bancuh 3 sudu makan tepung kastard ( tak perlu membukit) + sedikit air sejuk
– 1 tin susu cair
Ads
– sedikit garam dan sedikit essen vanila
– 1 biji telur yang sudah disebatikan
Bahagian Kuah Kastard
– 2 cawan air (500ml)
– 5 sudu makan gula
– 2 sudu makan tepung kastard bancuh dengan sedikit air sejuk
– sedikit garam
– 1 cawan susu cair (250 ml)
Ads
– 1 cawan dairy whipping cream (200ml)
Kalau takde pakai susu full cream. Sukatan sama
Cara – Cara
Bahagian Puding:
– masukan semua bahan dan kacau hingga mendidih dan matikan api
– tunggu adunan sejuk dulu baru masuk dalam bekas.
– sejukkan selama 1 jam di dalam peti
Ads
Bahagian Kuah Kastard :
– masukan semua bahan
– kacau hingga mendidih dan matikan api
– tunggu kuah sejuk dulu baru pindah dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti
Hias puding dengan buah buahan yang anda suka dan masukkan kuah kastard bila nak makan sahaja. Jangan tuang semua siap-siap . Nak makan baru tuang.
Ekstra info : Ketahanan : 2 -3 hari di dalam chiller / peti
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pepes ayam homemade #ARF3000. Saya bakar 155°C / 10 minit
RESEPI PEPES AYAM 🐔
Bahan-bahan
Isi ayam bahagian dada – dikisar
2 biji telur
2 sdb ketumbar**
2 sdb jintan manis**
2 sdb jintan putih**
3 btg serai**
5-6 ulas bawang merah**
3 ulas bwg putih**
4 biji buah keras**
1 inci halia**
1 inci kunyit**
10 tangkai cili kering**
2 kiub ayam
250 ml santan kara
Secukup rasa
Garam, gula
Daun pisang utk membungkus
Cara-caranya;
Blend semua bahan² bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata² isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas² manis.
Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.
Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas², sedapnya 😍
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mula makan, perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je, tapi anak orang lain beratnya ok. Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan. Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang berat badan sebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ni boleh juga di alami oleh anak yang dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu jumpa pakar pemakanan membuatkannya cipta beberapa resipi untuk pastikan berat anak seimbang.
Fydh ni masa kecik dulu pernah gak alami masalah kurang berat badan sampaikan perlu jumpa pakar pemakanan. Anak dahlah memang susah makan, baru dapat “kaki” lagi la berat badan susut. Dah beberapa bulan berat badan tak naik-naik. Graf garisan kuning pun semakin menghampiri merah. Pakar pemakanan sarankan bagi anak makanan yang tinggi lemak, tinggi karbo dan padat nutrisi.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Saya kerap masak berasaskan makanan-makanan ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu. Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak-mak yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..
Masa buat resipi ni dulu, saya tak amek gambar pun.. Kebetulan baru² ni ada mak² yang pm tanya resipi tambah berat badan anak. Hari ni saya buat bubur kacang hijau ni untuk menu snek/kudapan dak Fydh. Dah alang² tu amek ler gambar sekali
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
BAYI 8 BULAN++
–Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan –Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak. –Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon ✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar² ni rasanya lemak² masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma. ✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam & kacau. Masak sehingga lembut & hingga keluar jus cendawan. Tutup api & kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) & panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread ✳boleh tengok post resipi garlic spread saya yang lama ✳insyaAllah, kalau sempat saya akan upload resipi cheesy garlic spread dalam 2-3 hari ni..
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Ni antara menu dak Fydh ni suka makan dulu.. (sekarang dah masuk 3 tahun, citarasa pun dah berubah) Ummi nye pun dah jarang masak percik ni sekarang..Mak² yang ada anak cerewet/susah makan/tak cukup berat tu boleh lah cuba kot serasi dengan anak.. Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit jer)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam & semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih & ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik²kan & bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah ✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis & naikkan rasa kuah percik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadangkala, susah juga nak buat pilih makanan yang sesuai untuk bayi, lebih-lebih lagi yang kurang menunjukkan minat untuk makan. Tapi avokado sangat sesuai diberi kepada bayi seawal 6 bulan kerana ia memiliki tekstur yang lembut, berkrim dan rasa yang tak terlalu kuat.
Kombinasi Nutrisi Yang Sangat Baik. Di dalam kulitnya yang berwarna hijau gelap, tersimpan pelbagai jenis nutrisi berkhasiat seperti protein, serat, niacin, thiamin, riboflavin, asid folik serta zinc. Avokado juga terkenal sebagai sumber lemak baik yang penting untuk kesihatan jantung. Kombinasi nutrisi seperti ini amat sukar dijumpai dalam kebanyakan buah-buahan lain. Maka sebab itulah jika dibandingkan dengan kebanyakan buah-buahan lain yang sesuai dimakan oleh bayi, avokado boleh dikatakan paling championlah!
Membantu Menaikkan Berat Badan Bayi. kalori lemak dalam avokado tidak mengandungi kolesterol, sebaliknya mempunyai asid lemak omega-3 serta bebas sodium. Oleh kerana kualiti ini, avokado amat disyorkan kepada bayi dalam membantu perkembangannya, lebih-lebih lagi yang mengalami kurang berat badan.
makanan menaikkan berat badan
Mudah Disedia, Tak Perlu Kukus. Disebabkan teksturnya yang dah sedia lembut, ia boleh dijadikan puree dengan mudah tanpa perlu dimasak atau dikukus seperti carrot, keledekdan kebanyakan sayuran lain. (Tapi kena pilih yang dah masaklah, yang muda tu memanglah keras lagi) Dahlah cepat disediakan, khasiatnya pula tinggi. Memang praktikal sangat bagi ibu-ibu yang sering kesuntukan masa kan?
Jom cuba resipi yang berasaskan avocado ini.
Resepi Smoothie Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas, Bagus Untuk Naikkan Berat!
Again 😍
Smoothie Avocado but kali nie saya campurkan pisang… Masyaallahhh serious sedapp sangat-sangat. Dengan mak-maknyaa sekali makan. Buah Avocado nie memang bagus untuk naikkan berat badan.
Bahan-bahan:
3 biji avocado
1 biji pisang
1 kotak susu fc – #FULLCREAM (yang kecil)
Cara penyediaan:
Masukkan semua tuu dalam blender and blend lama sikit, supaya dia jadi creamy-creamy gituu 😘 Then bole laa bekukann
Make sure masa nak bagi baby tuu, keluarkan dari beku before 1hour ☺️ Mesti diaorg suka 🤗 Selamat mencuba semua…
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!