
Selalu sangat dah makan kek chip chocolate moist beli dekat kedai kan? Apa kata cuba buat di rumah je. Tapi buat dalam saiz mini je, senang nak bungkus dan comel je. Kalau jual mesti laris, sebab lain daripada yang lain saiznya.
Zaman sekarangkan ramai orang yang suka akan kelainan. Mesti cepat habis kalau jual dekat mana- mana je. Saiznya yang menarik mesti akan buat ramai tergoda dengan hasilnya. Nak hidangkan untuk minum petang dengan air teh pada waktu petang pun boleh. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hairi di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI KEK CHIP CHOCOLATE MOIST MINI

Bahan- bahan:
– 1 cawan minyak masak*
– 3 biji telur*
– 1 cawan susu cair*
– 1 cawan susu pekat manis*
– 1 cawan serbuk koko
– 3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
– 1 sudu makan baking powder
– 1 sudu kecil soda berkarbonat
– 1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda ya. rasa tawar tambah gula, rasa manis kurangkan gula)*
– 1 sudu teh chocolate Emulco (optional)
– Chip chocolate secukupnya
– Sedikit esen vanilla*

Cara- cara:
1. Kisarkan semua bahan bertanda (*).
2. Kemudian ayak tepung gandum Bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
3. Setelah itu, masukkan bahan yang kita dah kisar tadi ke dalam besen tepung gandum. Kacau mesra.
4. Masukkan serbuk koko dan chocolate Emulco.
5. Untuk dapatkan warna yang gelap, boleh masukkan sedikit pewarna hitam.
6. Sapukan minyak masak pada acuan.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan. Letakkan chip chocolate atas permukaan kek. Nak letak sedikit dalam adunan pun boleh.
8. Pasang api dan panaskan kukusan. Tunggu sampai air mendidih. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.
9. Nurul kukus selama 13 minit dengan api yang sederhana.
Baca Juga:
Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Senang sahaja resipi kek chip chocolate yang dikongsikan. Boleh buat manisan untuk tetamu, boleh jadikan sebagai jualan juga. Dengan saiz yang comel dan rasa yang sedap mesti laris lah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
















-Ikan merah grill dengan sayuran
-Ikan tenggiri singgang (tanpa kunyit)

-Nasi putih + serunding halia
-Nasi putih + serunding halia
-Bubur ayam
– Set Nasi Ayam (homemade)
-Aglio Olio Ikan bilis
-Ayam grill dengan serunding halia dalam roti tortilla
Buah-buahan ni memang sentiasa ada stock dalam peti ais. Kalau craving nak benda manis biasanya saya akan potong buah sendiri dan snacking petang / lepas maghrib… saya memang tak ada pantang buah ke apa…ibu nenek dan family saya semua supportive, mereka yang topup stock kalau dah habis.

