Kek kayangan yang sedang viral ini selalu menghantui kita dengan warnanya yang cukup cantik. Bagi yang teringin tetapi tak tahu di mana harus dibeli, apa kata anda cuba sendiri hasilkan kek kayangan ini buat keluarga di rumah.

Resipi hebat perkongsian air tangan cikgu di media sosial yang sentiasa berkongsi beraneka kek dan biskut, Azlina Ina Fans ini tidak perlu bimbang, kek kayangan anda pasti menjadi. Bukan hanya anak teruja, mak ayah pun ikut suka sekali. Rasanya memang padu. Sedap!

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!


Ramai yang dah buat dan jual. Viral sungguh tahniah ya. Mak is happy!

Kek Paddle Pop Viral (Kek vanila-untuk 10 bekas sekali)

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1 sb creamy vanila (perisa ikut selera korang lah ya)
Mix sebati sampai gebu

Bahan Ayak:
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1sk soda bikarbonat
Masukkan dalam adunan telur tadi sikit-sikit sampai habis. Matikan mixer dan tambah 1/2 cawan minyak jagung. Kacau rata.
Kukus bekas sq 450 8-10 minit.

Siap belahkan 3 kek untuk letak di layer bekas yang kita akan transfer nanti.

Warna pulak jangan lebih 4 nanti jadi carca merba. Samada korang nak letak dalam adunan cheese tu creamy vanila 1 sebab blend sekali atau korang bahagikan warna baru letak perisa berbeza-beza.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

IKLAN

Contoh ungu yam atau blubery, pink strawbery, kuning pisang, biru laici/plain cheese. Boleh juga ikut kreativiti korang. Ingat masa letak colour biar setitis-setitis sebab tak nak colour heavy sangat tak cantik.

Resepi cheese:
500g cream cheese
1 cawan susu pekat/1/2 tin
1 cawan 1/2 whipping dairy
1 cawan susu segar (ikut cawan jadi korang tambah 1/2 cawan dulu blend kalau pekat baru tambah lagi)
Mix sebati/blender sebati. Kalau blend tercair sikit korang boleh masuk chiller 1 jam nanti dia pekat.

Atau kalau terpekat sangat korang boleh tambah susu segar. Maklum lah cawan kita kan tak sama. Tapi tak ada hal la mesti jadi.

Nota: Kalau nak sama mak bagi bahan-bahan yang sama mak guna ya nanti cari.

cheese-dairyland/royal victoria/tatura
susu pekat-dairy champ
susu segar-dutch lady
whipping-royal victoria atau emborg

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!
Bila kek dah siap kukus, biar sejuk dulu. Lepas tu potong kepada 3 bahagian.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

IKLAN

Kat bahagian bawah, letak satu layer cakes dan 1 layer cheese yang ada colour paling dan agak soft di bawah.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

Tambah kek lagi dan colour lain yang korang rasa contra.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

Kek lagi dan cheese colour yang agak kuat. 

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

IKLAN

Last tu kalau korang nak buat corak pastikan base tanah dia colour yang soft jadi masa korang lorek nanti colour lain akan timbul.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

Ambik lidi korang buat corak dengan cara tarik dan pusing S atau O.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

Tabur springkle. Jangan korang parut cheddar nanti messy dan akan merosak kan corak cantik kek paddle pop korang tu.

Kek Paddle Pop Cheese Leleh Viral, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Simple Tapi Padu!

Selamat mencuba!

Artikel menarik: Chocolate Heaven Muffin, Tak Perlu Pakai Mixer, Hanya Gaul & Bakar, Coklat Chip Melimpah!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI