Juadah kek antara menu yang sering dinantikan oleh anak-anak setiap hujung minggu. Sajian kek enak buat keluarga sudah semestinya disediakan dari air tangan sendiri. Juadah kek apa di hujung minggu ini? Jika masih tercari-cari, Kek Pandan Cheese Leleh ini mama wajib cuba. Sedap yang teramat. Anak pasti berebut-rebut!
Resipi yang dikongsikan oleh Ika Zul ini merupakan resipi turun temurun keluarga. Jadi pastinya cukup istimewa. Paling menarik cheese yang digunakan cukup banyak, jadi rasanya pastinya cukup hebat. Wajib cuba!
Kek Pandan gebu gebas gais. Topping Cheese je dah sekilo lebih. Apa lagi nak? Ni resepi dari mak Ina tau. Saya tiru sebijik-sebijik untuk buat niaga. Siapa nak boleh la guna resepi ni. Tak akan menyesal punya sebab sedap sangat. Laku keras Insya-Allah. Semoga mak Ina diluaskan rezekinya lagi. Aamin Ya Mujib.
KEK PANDAN CHEESE LELEH GEBUS
BAHAN A
220 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
Ayak semua bahan A. Ketepikan.
BAHAN B
5 biji telur gred A
1 sudu makan ovalatte
200 gram gula halus
1 sudu makan coconut pandan emulco
1 sudu makan pewarna hijau epal
Semua bahan B diputar sehingga gebu
Ads
BAHAN C
150 gram minyak
Masukkan bahan A ke dalam adunan B tadi berselang seli dengan bahan C sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000.
Kukus 40 minit.
CHEESE TOPPING SEDAP MELELEH
BAHAN
750g cream cheese
500g (1 tin) susu pekat
500 gram (1 cawan) whipping cream dairy
562 gram susu penuh krim dutch lady
Putar semua bahan hingga sebati. Crumble hijau ambik sedikit dari kek yang kita pecah-pecahkan.
Ads
Cucuk kek menggunakan garfu. Kemudian tuang topping cheese ke atas kek.
Kemudian parut keju cheddar. Akhir sekali tabur crumble hijau di tepi kek. Siap.
Ads
Bahan topping boleh dapat 2 bekas 3000, 1 bekas 1500.
Selamat mencuba!
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Duduk rumah, dah tak tahu nak buat apa lagi untuk dihidangkan pada anak-anak, ibu boleh cuba buat resipi popia berintikan jejari ketam. Tak susah pun, hanya rebus sekejap jejari ketam, gaul dengan mayonis, siap!
Bila dah goreng, cicah pula dengan sos, sedap sangat. Mesti berebut anak makan sebab tak pedas dan kena selera mereka. Nak tahu penyediaannya macam mana, ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Masliana Ibrahim.
RESEPI POPIA KETAM SALJU
Haa resepi ni saya dapat lebih 20 tahun dulu semasa belajar di Nebraska dari seorang sahabat Vietnam, Huong Le namanya.
Popia ini saya lupa dah dia panggil apa. Crab roll kot naa masa tu. Bila saya makan ni dulu, teringat kampung halaman. Waktu tu kan jauh beribu batu, ada kawan se Asia dengan makanan ringan camni sebenarnya sangat membantu ubat kerinduan hati.
Tapi paling penting, saya happy waktu tu. Sebab crab roll dia sedap. Sekarang saya ubahlah nama yang lebih sinonim sikit dengan ambien Malaysia kita.
Dek bahannya mudah, maka sampai sekarang saya ingat cara buatnya. Ni musim PKP ni layan dengan anak-anak seronok sangat. Memang keriangan bergandalah kata orang.
Sekejap jer habis makan waktu petang. Jom buat sesama, bahan mudah jer.
Bahan-bahan
– 1 paket isi ketam (rasa saya beli paket besar hari tu)
– 3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga
– 3 pokok daun ketumbar
– Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni
– Sehiris lemon
– Secubit garam
– 1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
– Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia
Caranya pun mudah
✅ Rebus isi ketam sampai masak
✅ Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur. Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
✅ Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
✅ Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
✅ Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
✅ Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati-hati untuk dapatkan gorengan cantik. Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya. Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.
Haha ralit duk tulis ni tiba rasa cam nak buat lagi today. Uols selamat mencuba tau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Anak-anak memang seronok kalau ajak makan sarapan seperti bijirin dan juga susu. tapi kadang bosan juga makan bijirin yang sama. Apa kata tukarkan bijirin dengan mini pancake seperti yang dikongsikan oleh Super Daddy, Encik Khairul Abdullah.
Comel-comel mini pancakenya memang sesuai dijadikan cereal dan dimakan bersama maple syrup atau chocolate syrup, Si kecil mesti teruja nak rasa.
Anak-anak mintak cereal untuk breakfast tadi. Memandangkan cereal dah habis dan aku pun lupa beli maka aku buat Cereal Pancake. Best jugak weh, comel kemain. Makan pun sedap, rangup-rangup lembut. Bagi yang dah boring makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Nah resepi Cereal Pancake mudah oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum.
1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja.
1 sudu gula.
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu butter yang telah dicairkan.
1 sude kecil esen vanilla jika ada.
Cara nak buat dia: 1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil. 2. Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil. 3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga. Siap.
Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.
Tapi kan, bercinta jugaklah nak dapat semangkuk cereal tu. Empat round baru dapat semangkuk kecil. Kalau kau sejenis orang tak gigih, maka tak payah buat lah.
Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.
Jarang-jarang kita menikmati Kek Indulgence apatah lagi cuba membuatnya sendiri di rumah. Namun rupanya menyediakan kek ini tidaklah sesukar mana. Boleh cuba hasilkan sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Pn Ariana Sofia Ahmad.
Resipi langkah demi langkahnya yang lengkap buat kita merasa yakin untuk mencuba. Memang terbaik!
Kek Indulgence ni bila makan sejuk lagi sedap. Kek coklat ni dari resepi asal kek coklat moist yang ariana pernah share sebelum ni cuma diubah sikit supaya tekstur kek lebih sesuai bila diletak cream. Cara setiap orang mungkin berbeza.
Resipi Kek Indulgence – sedap macam aiskrim.
Bahan Kek:
3 biji telur gred B
1 sudu besar ovallete
2 cawan @ 220g tepung gandum
3/4 cawan @ 60g serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk esen vanila
3/4 cawan @ 135g gula halus
3/4 cawan @ 180g susu pekat manis
3/4 cawan @ 135ml minyak
3/4 cawan @ 150ml air panas
Bahan Cream putih:
150g cream cheese
300ml non dairy whipping cream@ fresh cream
2 sudu besar gula aising
Bahan Cream coklat
180g dark compound coins (beryl’s)
350g non dairy whipping cream @ fresh cream
Untuk kek, mula-mula mix gula, ovallete Dan telur hingga sebati. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Sambung mix hinggalah sebati. Tak perlu mix lama.
Lepas tu ayak serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Mix hingga sebati. Adunan memang pekat. Lepas tu masukkan minyak masak dan mix bagi sebati je. Sampai adunan jadi licin. Lepas tu masukkan air panas dan kacau guna spatula sahaja.
Bila adunan dah sebati ambil loyang 8 inci dan lapik baking paper di bawah dan letak tepi loyang. Kalau taknak letak baking paper tepi loyang, sapu butter atau marjerin. Wrap loyang dulu sebelum dikukus supaya air kukusan tak menitik.
Kukus selama 50-60 minit @ sehingga masak.
Sementara tunggu kek masak, buat cream coklat. Cairkan dark compound coins dengan cara double boil. Bila dah cair biarkan sejuk sekejap.
Lepas tu masukkan non dairy whipping cream yang masih sejuk. Mix hingga bila diterbalikkan tak jatuh tapi jangan terlebih mix nanti keluar air @ada bubble.
Lepas tu masukkan coklat yang sejuk tadi. Kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan dalam pipping bag supaya senang nak letak atas kek. Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit supaya tak mudah cair dan senang nak lepa atas kek.
Bila kek dah masak, terbalikkan terus kek supaya kek tak mendap. Tanggalkan baking paper dan biarkan dalam 10-15 minit sebelum diterbalikkan pada kedudukan asal.
Sementara tunggu kek sejuk, buat mousse putih pulak. Mix cream cheese dan gula aising hingga sebati. Masukkan non dairy whipping cream yang sejuk dan mix hingga pekat. Sampai tekstur jadi macam ni. Lepas tu masukkan dalam pipping bag dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak. Letak dalam peti ais 10-15 minit.
Kek tadi potong pada 4 bahagian. Permukaan atas kek kalau ada yang tak rata bolehlah potong nipis supaya sekata. Boleh tengok video cara nak potong. Untuk susunan, mula-mula ambil 1 potongan kek, Lepas tu letak 1 pipping bag cream putih. Ratakan cream ni hingga sekata. Dalam video boleh tengok lebih jelas cara ratakan.
Ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas. Lepas tu letak cream coklat yang beratnya sama 1 pipping bag cream putih atau sama layer. Ratakan hingga sekata.
Lapisan kek yang ketiga, ulang semula letak cream putih 1 pipping bag lagi. Lepas dah ratakan, letak kek yang terakhir@kek yang ke 4 macam dalam gambar ni.
Lapisan terakhir letak cream coklat yang ada dan sapukan nipis di bahagian atas sekali termasuklah di sekeliling kek. Tebal cream coklat bahagian atas tak perlu sama tebal dengan lapisan lain, nanti cream coklat tak cukup. Hanya sapu nipis diatas kek dan sekeliling kek.
Ratakan cream coklat ni hinggalah licin. Nak senang ratakan, celup pisau dalam air panas dan lap pisau, guna pisau panas tu untuk ratakan cream coklat ni. Dah siap masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi cream lebih kemas dan tak cair bila nak tuang coklat ganache nanti.
Untuk buat coklat ganache cairkan dark compound coins dan butter dengan cara double boil. Bila coklat dah cair, masukkan dairy whipping cream dan kacau sebati. Biarkan coklat sejuk Dalam 35-36°c sebelum curah atau tuang atas kek.
Keluarkan kek dari peti ais dan tuangkan coklat atas kek ketika coklat masih cair. Nak ratakan coklat pun kena buat ketika coklat masih cair. Jika tengah ratakan coklat dan coklat macam dah nak keras, guna pisau panas untuk ratakan. Supaya permukaan jadi licin dan kemas.
Atas kek ni saja letak white coklat yang dicairkan. Tak letak pun takpe. Sapu atau lap keliling papan dengan tisu atau Kain supaya nampak kek lebih bersih dan kemas. Masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi coklat keras.