
Ramai ibu menyusu pernah panik bila nampak susu ibu cair atau berubah warna daripada putih pekat jadi lebih cair, kekuningan atau nampak macam “berair”. Terus terfikir, “Eh, cukup ke khasiat susu ni untuk baby?” atau “Susu aku dah kurang ke?”
Sebenarnya, perubahan rupa dan tekstur susu ibu ni bukan tanda susu ‘rosak’ atau tak berkualiti. Malah, ia adalah sesuatu yang normal dan berlaku atas sebab semula jadi. Jom fahamkan dengan lebih jelas supaya tak risau lagi lepas ni.
1. Perbezaan Antara Foremilk dan Hindmilk

Susu ibu cair selalunya berkait dengan bahagian foremilk. Foremilk ialah susu yang keluar pada awal sesi penyusuan. Warnanya lebih cerah dan cair, sebab kandungannya lebih tinggi air dan laktosa. Fungsi utama foremilk ni adalah menghilangkan haus bayi.
Hindmilk pula keluar selepas beberapa minit menyusu. Teksturnya lebih pekat dan berlemak, mengandungi lebih banyak kalori untuk kenyangkan bayi lebih lama. Jadi kalau ibu nampak susu yang dipam atau disimpan nampak cair, mungkin itu lebih banyak foremilk dan bukan masalah pun.
Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong.
Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.
2. Pengaruh Masa Pam dan Kekerapan Menyusu

Susu juga boleh nampak berbeza mengikut masa pam. Contohnya:
- Pam pagi-pagi: susu cenderung nampak lebih cair sebab badan menghasilkan lebih banyak air waktu malam.
- Pam waktu petang atau malam: susu nampak lebih pekat dan kekuningan sebab kandungan lemaknya meningkat.
Selain tu, kalau ibu jarang menyusu atau pam tak konsisten, lemak dalam susu boleh ‘melekat’ pada dinding salur susu. Hasilnya, susu yang keluar akan nampak lebih jernih.
3. Pengambilan Air dan Pemakanan Ibu

Tahap penghidratan ibu memainkan peranan penting. Bila ibu minum air dengan banyak, susu ibu cair sedikit kerana kandungan air dalam badan tinggi. Tapi itu bukan bermaksud susu tu kurang berkhasiat sebaliknya ia membantu bayi kekal terhidrat juga.
Pemakanan seimbang pun penting. Ibu yang kurang ambil makanan berlemak sihat seperti avokado, ikan salmon, kekacang atau minyak zaitun mungkin hasilkan susu yang kurang pekat. Tapi jangan risau, khasiat asas tetap ada cuma tekstur dan warna saja berubah.
4. Badan Sedang Sesuaikan Diri
Kadang-kadang, susu berubah kerana badan ibu sedang sesuaikan penghasilan susu dengan keperluan bayi. Contohnya bila bayi baru lepas tempoh ‘growth spurt’ (pertumbuhan mendadak), atau bila ibu baru lepas haid, hormon boleh mempengaruhi kandungan lemak dalam susu.
Ini semua sebahagian daripada mekanisme semula jadi tubuh ibu yang sangat bijak menyesuaikan komposisi susu ikut apa yang bayi perlukan pada waktu itu.
5. Susu Nampak Berlapis Bila Disimpan

Bila susu dipam dan disimpan dalam botol atau beg susu, ramai ibu panik bila nampak lapisan air di bawah dan lapisan putih di atas. Hakikatnya, itu normal! Lapisan atas tu ialah lemak susu (hindmilk), manakala lapisan bawah ialah bahagian yang lebih cair (foremilk). Sebelum bagi pada bayi, cuma goncang perlahan supaya dua lapisan tu sebati semula.
6. Bukan Cair yang Penting, Tapi Bayi Cukup Kenyang

Yang paling penting perhatikan bayi, bukan susu. Kalau bayi nampak puas menyusu, kencing kerap (6–8 kali sehari), berat badan naik ikut carta pertumbuhan, dan nampak aktif itu tanda susu ibu cukup dan berfungsi dengan baik.
Susu ibu cair bukan masalah, yang jadi isu cuma bila bayi tak cukup menyusu atau jarang melekap dengan betul.
Jangan Panik, Percayalah Pada Badan Sendiri
Susu ibu memang unik. Setiap kali menyusu, warnanya, teksturnya, dan rasanya boleh berubah ikut masa, keperluan bayi, serta keadaan badan ibu.
Jadi kalau nampak susu ibu cair, jangan terus anggap susu tu “kurang power”. Ia mungkin cuma fasa biasa, malah menunjukkan badan ibu tengah berfungsi dengan sempurna untuk hasilkan susu mengikut kehendak bayi.
Teruskan menyusu dengan yakin, jaga pemakanan dan cukupkan rehat. Kerana setiap titisan susu walaupun nampak cair tetap penuh dengan kasih sayang dan keajaiban yang tak ternilai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





2- Jika bekerja, jaga jadual pam. Dekatkan jarak pam kepada 2-2.5jam atau jangan lebih dari 3 jam. Jika ada masa ikhtiar juga dengan Power Pumping.
8- Jika stres, tenangkan diri. Zikir dan istighfar banyak-banyak.


