Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini.
Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah sebelum terlihat asap di bahagian atas.
“Ketika itu, bayi sedang tidur dan saya segera keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa pakaian atau dokumen pengenalan.
“Keadaan ketika itu api sedang marak (di tingkat atas) dan asap banyak tetapi saya nekad untuk selamatkan diri dan bayi yang saya asuh sejak tiga bulan lalu.
“Ketika kejadian, ibu bapa bayi itu sedang bekerja,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Ads
Robiah masih trauma namun bersyukur kerana bertindak pantas menyelamatkan dirinya dan bayi itu.
Abdul Rahman Maarif, 65, pula berkata, rumah miliknya di premis itu menempatkan sembilan pekerja beliau yang bekerja di sebuah kedai makan berhampiran.
Beliau mendakwa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas susulan keadaan rumah yang sudah berusia 60 tahun.
Ads
“Sebelum ini, pekerja ada beritahu ada masalah wayar dan saya sudah baiki tetapi kali ini, jadi sekali lagi sebelum berlaku kebakaran malam ini,” katanya.
Dalam kejadian pada 8.19 malam itu, sebuah premis kediaman yang mempunyai lima pintu rumah musnah dalam kebakaran.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bulan lalu adalah satu langkah yang bijak bagi memutuskan rantaian Covid-19. Ia bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat oleh kerajaan.
Ramai pengusaha diarah untuk menutup operasi, tadika, sekolah dan universiti diarahkan tutup sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya Covid-19. Ramai yang meminta agar yang berada dikampung boleh pulang ke rumah di Kuala lumpur kerana tempoh PKP dilanjutkan. Namun isunya, jika masih ada pergerakan keluar masuk adakah kita mampu memutuskan rantaian Covid-19. Mahukah kita tetap berada dalam tempoh PKP sehingga akhir tahun ini? Jika tidak mahu, renungkan perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini.
Ibu-ibu mula merindukan anak yang keseorangan terperangkap di asrama di IPTA/IPTS. Isteri mula gelisah, sudah hampir sebulan terpisah dengan suami dan anak-anak. Suami balik ke kampung dengan anak sebelum PKP bermula dan sebaik nak pulang semula PKP dikuat kuasa.
Bahkan ramai ibubapa terpisah dengan anak-anak yang dihantar ke kampung masa awal cuti sekolah mula tidak senang duduk.
Keluhan kesedihan, keluhan kerinduan, keluhan tidak selesa tinggal di rumah mertua yang sempit dengan perlu menjaga aurat dengan adik-adik ipar mula kedengaran.
Ramai mereka meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk bergerak pulang. Isteri mahu disatukan dengan suami. Anak mahu bertemu ibu dan ayah. Yang berkeluarga mohon pulang ke rumah sendiri setelah lama terperangkap di rumah mertua.
Dan pengumuman dari PM hari ini menambah gusar mereka. Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020.
Tempoh itu sudah masuk bulan Ramadan. Bagaimana suami nak makan sahur? Bagaimana dengan anak-anak? Bagaimana nak hadapi kesesakan dalam rumah mertua yang kecil?
Ramai sangat memohon agar diberi kelonggaran kembali pulang bersatu dengan keluarga di rumah sendiri. Mereka sanggup berkurung di rumah. Mereka sanggup patuhi semua perintah PKP.
Cuma mereka mohon diberi SEKALI sahaja kebenaran bergerak pulang ke rumah sendiri dan berkumpul bersama keluarga mereka. Setelah itu mereka akan diam-diam di rumah.
Tapi itu lah. Ia akan melibatkan pergerakan yang sangat besar hingga akan merosakkan semua rancangan dari kerajaan.
Negara kita semakin hari semakin memulih. Sebab itu kerajaan strict sangat tetap tidak membenarkan pergerakan sebegini.
Semua usaha dan pengorbanan barisan frontliners akan menjadi sia-sia jika kebenaran diberi.
Berpuluh ribu pelajar yang terperangkap, beribu lagi keluarga yang terpisah bergerak pulang dan berkumpul bersama akan membuat risiko serangan COVID-19 bermula kembali.
Bukan mereka tidak faham tentang suara hati semua orang. Tapi tiada satu jalan penyelesaian yang membolehkan semua yang terpisah kembali bertemu saat sukar seperti ini melainkan pergerakan besar-besaran.
Kepada yang terpisah, bersabarlah. Bertahanlah. Keadaan bertambah baik, dan kita akan menang perang melawan musuh halimunan ini jika kita terus berdisiplin dan patuh pada arahan kerajaan.
Sudah jauh perjuangan kita menentang musuh ini. Hanya sedikit sahaja lagi kesabaran diperlukan untuk kita mencapai kejayaan.
Boleh lihat statistik serangan COVID-19 peringkat Antarabangsa. Setiap hari kita menuruni tangga. Setiap hari banyak berita gembira.
Kadar kematian makin rendah, kadar jangkitan baru makin sedikit dan kadar sembuh 100% makin banyak.
Itu petanda kita sedang menghampiri kejayaan. Maka kawan-kawan, tolong bertahan. 🙏
Daerah Nueces di Texas, telah melaporkan bahawa 85 bayi di bawah usia 1 tahun disahkan positif coronavirus, kata pegawai kesihatan.
“Ketika ini kami mempunyai 85 bayi di bawah usia satu tahun di Nueces County yang semuanya diuji positif Covid-19,” kata Annette Rodriguez, pengarah kesihatan awam, Corpus Christi Nueces County, menurut CNN.
Dalam tujuh hari terakhir, Nueces County mengalami 2.499 kes baru dan 40 kematian – “pertumbuhan terpantas dalam kes baru rata-rata tujuh hari daripada daerah metropolitan lain di negeri ini,” kata Pengurus Bandar Corpus Christi Peter Zanoni kepada CNN.
“Anda dapat melihat garis tren relatif rata hingga bulan Julai, dan di sinilah kita mengalami lonjakan besar dalam kes-kes, dan inilah sebabnya mengapa ia menjadi masalah besar bagi Nueces County,” kata Zanoni.
Berita dari Rodriguez menunjukkan salah satu pengumuman pertama mengenai sebilangan besar jangkitan bayi di satu kawasan. Pada masa lalu, laporan yang diterbitkan terhad menunjukkan bahawa “sebilangan kecil bayi” diuji positif untuk virus sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak berisiko lebih tinggi daripada orang dewasa dan kebanyakan kes setakat ini adalah orang dewasa, menurut CDC.
Walaupun kes bayi ini melibatkan negara luar, namun ianya satu perkara yang perlu kita ambil serius. Baru-baru ini tular gambar individu-individu yang sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin tetapi mereka ingkar dan tetap berada di tempat awam tanpa rasa bersalah walaupun memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19.
Golongan seperti inilah yang akhirnya akan merebakkan virus dan akhirnya kanak-kanak, golongan berisiko dijangkiti virus Covid-19.
Cara membesarkan anak pasca COVID-19 sudah tentu berbeza dengan dahulu. Banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak. Apakah langkah pencegahan yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak?
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik COVID-19. Kalau dilihat secara positif, banyak juga kebaikan yang diperolehi semasa di awal perlaksanaan PKP, umpamanya ibubapa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Pada masa ini, kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memerlukan kerjasama semua termasuk ibubapa dan juga masyarakat untuk memainkan peranan sebagai frontliner, menjadi benteng untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Oleh itu adalah wajar ibubapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak untuk memberi nasihat, didikan dan tunjuk ajar untuk mengelak jangkitan COVID-19.
Antara langkah–langkah pencegahan secara spesifik yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak adalah:
i. Tidak membawa anak-anak ke tempat awam dan sesak;
ii. Tidak membawa anak-anak ke hospital;
iii. Sekiranya perlu menghantar anak-anak ke Taska/tadika, sila patuhi peraturan
dan arahan daripada pihak yang berkenaan;
iv. Sekiranya ibubapa perlu keluar membeli makanan, selepas balik ke rumah,
perlu terus tukar pakaian dan membersihkan diri sebelum berjumpa anakanak;
v. Amalkan pembayaran secara atas talian;
vi. Sekiranya ibubapa ke tempat awam , perlu memakai pelitup muka;
vii. Selalu amalkan pembersihan dan disinfeksi di kawasan –kawasan yang kerap
disentuh;
viii. Amalan membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi
tangan;
ix. Ajar anak-anak cara cara membasuh tangan dengan teknik yang betul
x. Hadkan pelawat datang ke rumah; dan
xi. Sentiasa pantau status kesihatan anak anak
Sumber: PEOPLE.COM, Temuramah eksklusif Pa&Ma bersama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Datin Sri Zizie Ezette menerusi laman instagramnya berkongsi sebuah video berkenaan anak kembar Adam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini sudah berusia 4 tahun.
Video yang dimuatnaik di laman instagram Datin Zizie mendapatkan tontonan sebanyak 100K lebih dan yang menariknya dia perlu meneka kembarnya dengan betul. Mana satu Aaleph, mana satu Adam?
Rata-rata yang mempunyai anak kembar seiras mengakui kadang-kadang mereka turut tertukar antara anak kembar mereka. Sukar untuk melihat perbezaan secara seimbas lalu pada kembar seiras.
Sama seperti Datin Zizie, dia mengakui bukan mudah untuk mengenalpasti kembar dengan betul.
“Hahaha berdebar nak kena teka. Well, mother knows best! 😅😬😆 Actually, kalau tak letak diaorg kat sebelah-sebelah tu mommy pun boleh goyang. Sama sgt!”
Namun yang menarik perhatian warga maya adal kecomelan si kembar ini. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman memiliki anak kembar.
Macam mana nak beza tu?
Cutenya
Hari-hari pun rasa tak boleh beza
Pelakon itu berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar yang juga ahli politik pada tahun 2009.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!