Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang berkongsikan perkhabaran gembira bila mana mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya semalam, ibu kepada Raees Zander ini berkongsi cerita bahagia itu. Malah menurut Tasha, usia kandungannya kini sudah masuk tujuh minggu.
Tasha berkata dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi apatah lagi anak sulungnya, Raess Zander baru berusia 10 bulan.
“Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah.
“Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat .
Ads
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT. Aaaminnn Yaa Rabbal Alaminnn,” tulisnya.
Tak sedar hamil
Malah Tasha yang berehat lama selepas kelahiran anak sulungnya berkata dia sendiri tidak menyedari yang dirinya hamil.
“Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’.
“Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.
Ads
“Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” katanya.
“Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki. Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.
Semoga kehamilan kedua Tasha ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander kini berusia 10 bulan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tonsil yang sakit sememangnya buat anak tak selesa. Muhammad Rayyan Khalaf, anak sulung pelakon, Elfira Loy turut sama mengalami masalah tonsil tahap tiga dan kini terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Semuanya kerana masalah batuk, selesema dan demam yang dihadapi Rayyan sejak dua minggu yang lalu.
Enggan terus berlarutan, Elfira turut sahaja mendapatkan rawatan sebaiknya buat anak kesayangannya itu.
Menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi cerita.
“Hari pertama di hospital. Saya masih ingat kali terakhir kita di sini dan sekarang kita kembali lagi. MashaAllah.
“Disebabkan dah dua minggu batuk, selesema tak reda dan kerap demam. Kami lakukan ujian darah dan keputusannya sel darah putih anak saya sangat tinggi 16.1 kot, normal adalah 11.
“Doktor beritahu yang Rayyan ada microplasma bacteria yang beri kesan pada tekak dia. Sebab tu tonsil Rayyan besar sangat. Dah stage 3,” katanya berkongsi.
Malah melalui perkongsian yang sama, Elfira juga turut memuat naik beberapa keping gambar Rayyan yang cukup ceria bermain ketika berada di hospital. Langsung tidak menampakkan kesakitan yang dialaminya. Memang anak yang kuat.
Dalam pada itu Elfira turut memohon doa dari semua agar Rayyan segera pulih dari sakitnya.
“So now tunggu result x ray pulak to see ada pneumonia ke tak . Hopefully not pneumonia again. Doakan ye.
“Mommy memang takut hospital teruks. Im scared for him. Tapi tengoklah dia . So happy and cheerful. Bila Dr nak check je dia dah tau dah the routine and will cooperate. Dia yang tunjuk apa nak buat next next. Such a strong boy,” katanya lagi berkongsi.
Semoga Rayyan cepat-cepat sembuh dan ceria seperti selalu.
Penat dan keletihan yang keterlaluan semasa hamil, susah untuk bernafas, rasa pening dan sering kelihatan pucat mungkin tanda-tanda ibu alami anemia. Ibu dan keluarga tolong jangan pandang mudah kerana ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.
Ikuti penerangan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan mengenai anemia. Rupa-rupanya anemia mempunyai kaitan dengan pemakanan iaitu kekurangan zat besi. Berikut ialah perkongsian beliau;
Penat atau keletihan masa mengandung -perkara biasa atau anaemia?
Iron deficiency anemia / anemia disebabkan kurangnya zat besi adalah masalah pada darah menyebabkan Hemoglobin Hb dalam badan menjadi rendah. Sel darah merah mengandungi hemoglobin , di mana fungsi Hb ini adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Untuk nak membentuk Hb ini, perlukan zat besi yang cukup untuk pastikan Hb berada dalam paras normal. Jika kurangnya zat besi, paras Hb akan menjadi rendah, tu yang kita namakan keadaan ini sebagai anemia.
Anemia / kurang darah / Low Hb – memana pun sama je, bermaksud paras Hb dalam badan rendah dan tak mencapai lah tujuannya mengangkut oksigen yang cukup ke seluruh badan. Kalau orang tu mengandung, oksigen ini bukan saja diperlukan oleh mak, bayi dalam kandungan pun perlukan oksigen. Dari mana datangnya oksigen? Itulah fungsinya Hemoglobin Hb
Kebiasaannya, anemia masa mengandung ni tak lain tak bukan disebabkan oleh kurangnya zat besi – 75-95 % dalam kebanyakan kes. Walaubagaimanapun, ini bukan sahaja punca ibu boleh dapat anemia.
Kalau tak cukup asid folik / vitamin B12, atau tetiba ibu hilang darah, ibu ada masalah darah seperti thalassaemia ataupun ada penyakit sickle cell. Ingat ye, sebab utama ibu ada anemia adalah kurangnya zat besi. Ada juga sebab-sebab lain si ibu boleh dapat anemia.
Mengandung sendiri meningkatkan peluang untuk mendapat anemia. Kenapa ?
Semasa hamil, keperluan zat besi meningkat dari 18mg sehari kepada 27mg sehari. Peningkatkan keperluan zat besi ini berlaku kerana zat besi tambahan diperlukan untuk menampung pembentukan sel darah merah yang banyak, plasenta (uri) , dan juga diperlukan untuk bayi yang membesar.
Lagi besar kehamilan tu, lagi banyak zat besi diperlukan. Pada 3rd trimester ibu dah perlukan 30mg zat besi sehari.Satu lagi, zat besi tambahan ini diperlukan oleh badan ibu untuk sediakan badan ibu jika berlaku pendarahan masa bersalin ataupun masa berpantang.
Selain mengandung itu sendiri, beberapa faktor lain meningkatkan peluang untuk mendapat anemia:
1) Pernah ada period yang terlampau banyak.
2) Pemakanan yang kurang zat besi.
3) Pemakanan yang kurang vitamin C ( vitamin C ni bantu penyerapan zat besi ).
4) Makan terlalu banyak makanan yang menganggu penyerapan zat besi seperti susu/produk tenusu, kopi, teh.
5) Jarak antara kelahiran rapat-rapat.
6) Muda sangat masa mengandung – umur kurang dari 20 tahun.
7) Ada masalah pada usus yang menganggu penyerapan nutrien.
8)Pernah buat pembedahan gastric bypass yang menganggu penyerapan nutrien.
9) Pengambilan ubat-ubatan yang menganggu penyerapan zat besi.
10) Ibu pernah mengalami kehilangan darah yang banyak masa kelahiran terdahulu, dan paras Hb ibu tidak dioptimum kan sebelum mengandung lagi.
11) Ibu mengandung kembar dua atau lebih
Ibu yang ada anemia kadang-kadang tak menunjukkan apa-apa masalah, lebih-lebih lagi jika anemia tu jenis yang ringan. Ibu mungkin mengadu penat. Tapi penat tu sendiri adalah disebabkan mengandung itu sendiri, maka ibu mungkin mengabaikan symptom penat yang berlebihan tu, tanpa menyedari sebenarnya dia ada anemia atau kurang darah.
Gejala-gejala lain termasuklah :
1) Susah nak nafas
2) Pening-pening
3) Pucat
4) Berdebar-debar
5) Sakit dada
6) Susah nak fokus
7) Kejang-kejang kaki
8) Kuku berbentuk sudu
9) Lidah berkilat
10) Pada tepi bibir ada pecah-pecah
Bila buka buku pink tu, doktor akan buat pemeriksaan kemudian akan ambil darah sedikit untuk check ada anemia ke tak. Mereka akan tulis dalam buku pink tu paras Hb anda.
Ujian darah akan diulang semula pada 28 minggu kehamilan.
Kalau anda mengandung kembar, ujian darah akan dilakukan lagi awal pada 20 dan 24 minggu.
Adalah NORMAL untuk Hb ini berubah-ubah sepanjang proses kehamilan. Kalau pada awal kehamilan, simpanan zat besi dalam badan dah cukup, paras Hb akan NAIK dan kemudian paras Hb akan berkurangan menjadi separuh paras Hb masa sebelum mengandung, pada bulan pertama trimester ketiga kehamilan. Hal yang demikian berlaku disebabkan lebih banyak bendalir dalam badan menyebabkan pencairan sel darah merah berlaku, juga terdapat penggunaan zat besi yang banyak untuk kehamilan itu sendiri.
Pada penghujung kehamilan, paras Hb akan perlahan-lahan naik. Sebab tu susah sikit doktor nak tentukan sama ada ibu tu ada anemia disebabkan kurangnya zat besi ataupun paras Hb itu adalah sebenarnya normal untuk ibu itu.
Macam mana dikatakan seseorang itu ada anemia ?
Jika paras Hb jatuh dari paras yang dianggap normal pada umur kehamilan itu, doktor baru mulakan suplemen zat besi. Doktor juga akan jalankan penyiasatan darah untuk tengok sama ada anda benar-benar kekurangan zat besi atau ada sebab lain menyebabkan ibu ada anemia.
Komplikasi-komplikasi anemia teruk yang tak dirawat :
Bagaimana anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dirawat ?
Doktor akan melihat bagaimana seimbangnya pemakanan anda – nak tengok sejauh mana pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi.
Kemudian doktor akan berikan pil tambahan zat besi. Ibu dinasihatkan ambil pil zat besi ini beberapa kali sehari dengan perut kosong. Paling bagus ambil pil zat besi 1 jam SEBELUM makan dan dalam masa yang sama minum minuman yang kaya dengan Vitamin C – jus oren kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi.
Sungguh pun zat besi bertujuan untuk tambah zat besi dalam badan, perlu tahu zat besi ada beberapa kesan sampingan yang tak menyenangkan seperti :
Najis ibu yang memakan pil zat besi tambahan akan jadi lebih hitam dari biasa, dan kadang-kadang menjadi sehitam warna rambut. Semua kesan sampingan zat besi ini akan berkurangan perlahan lahan dan ibu-ibu perlu BANYAK BERSABAR. Kalau tak boleh tahan gak, silalah bercakap pada doktor, mungkin boleh ubah cara pengambilan zat besi.
Sebaik-baiknya pil zat besi tambahan diambil dengan perut kosong, tapi kalau kesan sampingan menyebabkan perut tak selesa tu teruk sangat, boleh la ambil pil zat besi dengan makanan atau SELEPAS makan.
Jika ada sembelit dengan pengambilan zat besi, sila makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran. Kalau perlu doktor akan berikan ubat lawas berak, kalau sembelit tak jalan jugak dengan makanan berserat.
Ada ibu yang memberikan respons kepada pil zat besi tambahan ini. Tapi jika tiada respons atau ibu tak boleh makan langsung pil zat besi disebabkan kesan sampingan yang saya cakap tadi dan anemia makin hari makin teruk, ibu perlukan zat besi yang diberikan dalam bentuk drip melalui salur darah. ( mengikut kes dan penilaian doktor )
Anemia teruk yang dibiarkan dan tak dirawat boleh menyebabkan si ibu mengalami kemurungan semasa berpantang ( postpartum depression ).
Tu dia cerita saya pasai anemia masa mengandung. Anda mesti ada cerita sendiri kan? Jom share, mana tahu boleh bermanfaat kat orang lain
Tidak mengalami alahan dan mengidam yang pelik-pelik, namun penyanyi Nabila Razali yang kini sedang hamil di trimester keduanya berkongsi teringin untuk makan burger Ramly.
Bahkan pelantun lagu Peluang Kedua ini juga turut mengidam untuk menikmati Victoria Sandwich Cake.
Menerusi satu temubual, bakal ibu berkongsi kisah perjalanan kehamilannya.
“Alahan dan mengidam pelik-pelik tak ada tapi tiba-tiba tadi rasa macam teringin nak makan burger Ramly dan kek.
“Setakat ni alhamdulillah sihat, tak ada alahan apa-apa. Harap okaylah,” akuinya.
Persiapan di hujung kehamilan
Ketika ditanya persiapannya bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya nanti, tambah Bella lagi dia dan suami masih lagi tidak mempersiapkan apa-apa peralatan bayi.
“Jujurnya Bella masih lagi aktif, so tak banyak preparation yang Bella sempat buat cukuplah sekadar benda penting.
“Baju baby dan peralatan lain itu belum lagi. Nanti dah nak hujung-hujung nanti baru start shopping,” katanya.
Terdahulu Bella dan suami dijangka bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada Januari tahun depan.
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?