Waktu minum petang bersama anak-anak tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa menikmati sepinggan kuih kegemaran anak-anak bersama minuman pilihan. Raikan hari yang panjang bersama anak-anak dengan menyediakan minuman ala koktail yang sarat dengan buah-buahan terpilih ini.
Bukan koktail biasa tetapi resipi istimewa ini cukup sedap malah rasanya kaw-kaw, hasil gabungan buah-buahan terpilih. Resipi tuan punya, Zaky Mat Ali ini bukan biasa-biasa. Nak tahu macam mana rasa enaknya, jom kita cuba. Memang terbaik!
Saya rasa bersalah kalau tak share resepi ni dengan tuan puan kerana air ni teramat sedap!!
Ads
Bahan- bahan:
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin buah laici
1 biji buah naga
2 biji buah mangga
Cincau
Ais secukupnya
Laksa mee Pangkor merupakan antara hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, anak-anak boleh makan ulang-ulang.
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk.
Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Bila anak makan berselera, ibu-ibu mana pun pasti rasa teruja nak sediakan beraneka menu untuk anak. Makin anak suka, makin mak suka mencuba itu dan ini. Lagi-lagi hubung minggu. Kalau boleh nak sediakan macam-macam menu untuk anak.
Resipi finger food yang dihasilkan oleh Puan Mishalie Daniel ini boleh juga anda cuba dalam menu harian anak. Paling menarik nugget yang disediakan ini rangupnya lain macam dengan hanya menggunakan serbuk oat yang unik dan sedap.
Macam mana rasanya? Jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
Done… Finger food for cik ruby❤️. Nugget Ayam Bersalut Serbuk Oat. Mami jadikan serbuk oat ni sebagai pengganti bread crumbs. Disebabkan rushing nak keluar so tak sempat nak snap pic masa menggoreng. Yang penting baby dapat makan makanan yang sihat jugak kan.
Bahan-bahan:
1 keping dada ayam
Brokoli
Cauliflower
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar air ( air tak perlu banyak, sekadar untuk sebatikan tepung dengan ayam)
Bahan Untuk Serbuk Oat
Oat
Sedikit serbuk kunyit
Parsley flakes
1 biji telur ( untuk celup nugget )
Cara-cara:
Kisar lumat ayam, brokoli dan cauliflower. Masukkan ke dalam bekas.
Masukkan pula tepung gandum, telur, lada sulah dan sedikit air.
Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga nugget masak.
Sejukkkan sekejap dan boleh potong ikut pilihan masing-masing.
Panaskan minyak, amik potongan nugget yang telah di potong dan celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk oat.
Goreng sehingga kekuningan.
Siap.
Senangkan? Jom cuba. Rasanya pun lain dari yang lain, sihat pulak tu untuk anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!