Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak-kanak. Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan, penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan kupang disiang dan dimasak dengan betul.
Kupang Kaya Dengan Nutrisi & Bermanfaat Untuk Kanak-kanak
Ia bertujuan bagi menghindari risiko keracunan makanan, seperti keracunan dari bakteria Vibrio yang boleh terdapat pada makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna. Selalu pastikan sumber makanan laut yang bersih dan segar, serta masak dengan suhu yang cukup untuk membunuh kuman berbahaya.
Berikut adalah beberapa khasiat kupang untuk kanak-kanak:
1.Sumber Protein yang Baik: Kupang merupakan sumber protein yang sangat baik, yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dalam badan kanak-kanak. Protein juga penting untuk pembangunan otot dan jaringan lain.
2.Kaya dengan Zat Besi: Kupang tinggi kandungan zat besi, yang penting untuk mencegah anemia. Zat besi memainkan peranan penting dalam pembentukan hemoglobin, yang mengangkut oksigen dalam darah.
3.Sumber Omega-3: Omega-3 adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan harus diperolehi melalui diet. Omega-3 penting untuk perkembangan otak dan mata pada kanak-kanak.
4. Vitamin dan Mineral Penting: Kupang mengandungi berbagai vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, magnesium, dan potassium. Vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah dan fungsi saraf. Magnesium dan potassium penting untuk fungsi otot dan saraf.
5. Baik untuk Sistem Imun: Kupang mengandungi nutrien seperti seng dan selenium yang penting untuk sistem imun yang kuat, membantu badan melawan infeksi dan penyakit.
“Kupang hijau atau green mussel adalah sejenis haiwan bercengkerang yang sangat sedap bila dimakan. Terdapat banyak jenis kupang ini di seluruh dunia. Dan ia boleh hidup di sesetengah kawasan perairan laut.
“Di Malaysia, kupang sangat popular di selatan tanah air. Jenis kupang banyak di sini adalah kupang hijau. Kupang hijau terbahagi kepada 2 jenis tempat pembiakannya iaitu pusat ternakan (kelong); dan hidup secara liar (batu-batu atau tiang-tiang).
“Kupang sangat unik. Sebab itu kita kena siang kupang secara betul sehingga benar-benar bersih, tidak seperti kerang yang boleh terus dimasak dan dimakan.”
Tip Pilih Dan Siang Kupang
1-Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.
Hendak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.
Ini rupa kupang segar yang masih ada rambut (lihat anak panah)
Ads
Tarik dan buang gumpalan rambut daripada kupang.
2-BASUH KULIT KUPANG HINGGA BERSIH DARIPADA SEBARANG BENDA ASING. DAN YANG PALING PENTING, GUMPALAN RAMBUT YANG ADA PADA KUPANG TERSEBUT HARUSLAH DIBUANG.
CARANYA MUDAH SAHAJA. KITA HANYA PERLU TARIK SAHAJA RAMBUT TERSEBUT. RAMBUT INI KALAU TIDAK DIBUANG BOLEH MENYEBABKAN KITA SAKIT PERUT SETELAH MEMAKANNYA.
KALAU NAK LEBIH MUDAH, SAMPAI SAHAJA DI RUMAH, TERUS MASUKKAN KUPANG KE DALAM FREEZER SELAMA 15 HINGGA 20 MINIT. BIARKAN KUPANG MATI DALAM FREEZER.
KEMUDIAN BASUH KUPANG TERSEBUT. RAMBUT AKAN MUDAH TANGGAL BILA DITARIK SEBAB KUPANG ITU TELAH MATI.
3-Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.
Menu Kupang
Kita boleh pilih samada nak masak sekali dengan kulit atau hanya masak guna isi kupang. Jika mahu masak kupang dengan kulitnya sekali, kita boleh terus sahaja masak. Jika kita mahu masak tanpa kulit, apa yang boleh dibuat adalah rebus kupang separuh masak, kemudian barulah kopek isi daripada kulitnya.
Ads
Berikut adalah antara menu yang boleh kita buat dengan kupang. Pelbagai menu boleh dimasak menggunakan kupang.
1-Kupang rebus cicah sos kicap cili.
2-Kupang tumis cili bawang serai.
3-Kupang masak lemak cili padi.
4-Sambal kupang (nasi lemak)
5-Rendang kupang.
Sepanjang tempoh PKP, naik buntu kaum ibu nak memasak buat keluarga. Sampai kekeringan idea hidangan bagaimana yang mahu dimasak. Pada waktu inilah paling sesuai kalau ibu nak mencuba pelbagai resipi baharu untuk menambat selera seisi keluarga.
Salah satu resipi yang patut dicuba adalah sup filamen ketam yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Bahan-bahannya tidaklah sukar dan mahu membuatnya juga mudah. Resipi yang ringkas tetapi rasanya sangat umphhhhh!
RESIPI SUP FILAMEN KETAM
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Bahan utama: ✓ Bawang putih (cincang halus) ✓ Halia (cincang halus) ✓ Kiub pati ayam (tiada MSG) ✓ Filamen ketam (dihiris nipis) ✓ Telur ayam (dibancuh) ✓ Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak: 1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih. 2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak. 3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal. 5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba. Zurina Zulkefli, Melaka.
Bolehlah cuba resepi ni, confirm sedap! Anak-anak mesti suka, rasanya tak pedas dan ada rasa lemak telur. Kalau mahu pedas sikit, bolehlah campurkan sedikit lada hitam di dalamnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang merindui laksa yang seringkali di jual di kiosk Pusat Membeli Belah, Aeon, jangan gusar kerana anda kini boleh mencubanya sendiri di rumah dengan rasa yang sama. Resipi yang dikongsikan oleh Sharifah Zuhaiza ini anda boleh cuba.
Resipinya ringkas malah tanpa disangka hanya menggunakan bahan yang mudah dan tidaklah terlalu banyak. Mudah dicari. Jom cuba!
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nangis bucu meja punya. Suami aku yang tak makan laksa pun makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
RESEPI ALA-ALA LAKSA AEON
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
Bawang holland setengah biji
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Bebola ikan
Laksa basah
Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit).
Campak semua bahan dalam periuk. Letak air. Masak le ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
Sos/kuah sardin tu letak sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat letak semua pun tak apa. Tapi better letak sikit-sikit sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
Last sekali letak bebola ikan. Petis udang terpulang nak letak ke tak. Nak masuk nenas pun boleh. Daun pudina pun boleh. Anak-anak aku tak makan jadi aku tak letak pun. Olah ikut selera masing-masing.
Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
Pisang adalah antara buah yang paling mudah didapati di negara kita Malaysia. Ia juga sangat murah dan sedap.
Rasanya yang lemak manis menjadikan pisang antara buah-buahan yang amat digemari bayi, anak kecil mahupun orang dewasa.
Kandungan mineral dan karbohidratnya yang mudah dicerna menjadikannya sumber tenaga yang sangat baik untuk terutamanya sebagai snek bagi kanak-kanak yang aktif dan cergas.
Pelbagai resepi yang boleh dibuat menggunakan pisang. Ikuti perkongsian dari ibu ini.
Menu sesuai 7bulan keatas (Snack/Hi-tea)
DONUT PISANG
Disebabkan bila lenyek pisang dia sangat la lembik, so penambahan tepung pun macam banyak.. So Mami sarankan letak tepung kat tapak tangan dan bentukkan terus and goreng hehe.. So kalini kerak luar yanang keras sikit tu Mami makan, yg alisha makan hat dalam.
Bahan-bahan:
📜1 biji pisang berangan (tak kisah pisang apa)
📜10sb tepung gandum (kurangkan macam Mami cakap tadi letak je tepung kat tapak tangan and bentukkan terus)
📜Minyak masak (untuk menggoreng)
📜1sudu susu, susu tepung (Mami pakai FM Alisha, dutch baby)
Cara penyediaan:
🥣 Lenyek pisang kemudian tambah tepung sesudu demi sesudu
🥣 Bentukkan dan letak di penggoreng dengan api sederhana
🥣 Tunggu donut sejuk sedikit dan golek dengan susu, siap
PISANG NUGGET
Rasa macam goreng pisang tapi ranggup krapp krupp.. Breadcrumbs ni ingredients dia roti so boleh je okay.. Tapi alisha makan kekadang nak tcekik hahaha sebab dia tak sesuai lagi dengan kasar tu.. hahaha tapi lelama okay
Bahan-bahan:
📜Pisang
📜1biji telur
📜1oz susu full cream
📜Breadcrumbs
Cara penyediaan:
🥣Telur dan susu di kocang sampai sebati
🥣Pisang dipotong ikut anak senang pegang
🥣Salut telur kemudian breadcrumbs kemudian goreng
🥣Sedia dihidangkan
MURTABAK PISANG
Sekali sekala makan ala-ala dekat Thailand tu.. Hehehe Aishh Mami rindu nak pergi Thailand hahaha.. Tapi di Thai panggil Roti Gulay (Banana Thai Pancake) Dan pakai telur susu pekat so Mami olah jadi mesra baby gittuw heheh .. ohh alisha marah suap lambat tu heheeh.
Cara penyediaan:
🥣 Potong pisang dan susun dlm bekas
🥣 Masukkan telur yg dh dipukul td
🥣 Dan letak cheese
🥣 Mommy pkai air fryer so 180°c 14mins (sbb pizza mommy kecik jerr)
🥣 Dan siap sedia dihidangkan
✨Kalau anak lulus telur kuning je, takpe pakai je telur kuning okay
✨Kalau oven depends, suhu 180°c cuba bakar dalam 10mins dulu dan tengok kejadiannya dulu macam mana okay.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.