Bosan dengan bubur, cubalah berkreatif dengan roti pula untuk bayi kecil kita. Potongan kecil tetapi penuh rasa asli adakalanya buat bayi tertarik untuk mencuba kesemua jenis makanan.

Salah satu menu yang ringkas tetapi sihat dan mengenyangkan buat si comel kita ada Roti Bungkus Telur Cheese Dengan Bayam yang dikongsikan oleh Anne Jalil. Resipinya ringkas tetapi nampak cukup menyelerakan. Malah penambahan kepingan daun bayam juga menambahkan lagi khasiat. Potong sahaja kecil dan jadikan hidangan pelengkap menu anak anda. Jom cuba.

Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama-Scha Alyahya Akui Cepat Penat Tapi Emosi Lebih Relaks!

Lagi Suka Roti Dari Nasi, Buatkan Roti Bungkus Telur Cheese Bayam Ni, Kenyang!

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 sudu makan yougurt
1 st unsalted butter
2 keping cheese Beqa
1 keping roti
Sedikit fresh milk
Kepingan bayam

Lagi Suka Roti Dari Nasi, Buatkan Roti Bungkus Telur Cheese Bayam Ni, Kenyang!

Pukul 2 biji telur dengan 1 sudu makan yogurt dan susu fresh milk.

IKLAN

Atas kuali leper, letak 1 tsp unsalted butter dan tuang bancuhan telur.

Letak 2 keping cheese slice (ibu pakai Bega Hijau), letak sekeping roti dan balut roti.

Lagi Suka Roti Dari Nasi, Buatkan Roti Bungkus Telur Cheese Bayam Ni, Kenyang!

Kali ni dalam telur tu ibu susun baby bayam atas telur, terbalikkan dan baru bungkus roti tu.

IKLAN

Lagi Suka Roti Dari Nasi, Buatkan Roti Bungkus Telur Cheese Bayam Ni, Kenyang!

Roti bungkus boleh potong 9 kepingan kecil yang mudah untuk baby pegang.


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

IKLAN

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Lagi Suka Roti Dari Nasi, Buatkan Roti Bungkus Telur Cheese Bayam Ni, Kenyang!

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Menarik: Roti Pizza Tuna Dari Kepingan Dadu Roti Gardenia Mudahnya Patutlah Sampai 5K Share!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI