Melahirkan bayi seberat 1.83kg pada minggu ke-36 kehamilan ialah pengalaman yang dilalui ibu ini. Tetap kuat semangat dan kini permata hatinya membesar dengan sihat dan ceria.
Puan Syadiyah Sajuddin berkongsi dengan Pa&Ma tentang bagaimana dia menambah berat badan anaknya yang lahir pramatang selepas kelahiran. Tip ini boleh juga digunakan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak lahir cukup bulan.
“Armel Mikayla lahir pada 36 minggu 3 hari iaitu pada 26 Disember 2016. Berat badannya ketika dilahirkan ialah 1.83kg. Punca saya bersalin ialah air ketuban bocor (leaking) secara tiba-tiba. Saya bersalin secara normal selepas 24 jam pecah air ketuban,” kata beliau.
SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Melalui proses kelahiran yang awal daripada tarikh jangkaan tidak membuatkan ibu ini down. Katanya reda dan bersangka baik dengan ujian yang Allah berikan. Anak pramatang sangat kuat semangat dan dia akan membesar seperti kanak-kanak lain. Cuma kata ibu ini, anak pramatang memerlukan sedikit pemerhatian dan jagaan rapi sehingga usia 2 tahun.
MAHU ANAK MEMBESAR DENGAN BAIK
Walau pun lahir pramatang, ibu ini mahu anaknya melalui kehidupan seperti anak-anak lain dan membesar dengan sihat. “Saya mahu anak saya sihat seperti kanak-kanak lain dan buktikan bahawa saya mampu membesarkan dia dengan baik walaupun dia tak membesar ketika didalam kandungan,” kata Syadiyah.
5 TIP MEMASTIKAN ANAK PRAMATANG CEPAT NAIK BERAT BADAN
Syadiyah turut berkongsi tips bagaimana untuk menaikkan berat badan Mikayla. Ia tentu boleh ditiru oleh ibu-ibu lain juga.
#1Pastikan anak menyusu dengan kerap dan mencukupi.
#2Jaga waktu tidur anak dan bedung. Kata Syadiyah, Mikayla tidur berbedung sehingga 9 bulan. Ia penting supaya dia boleh tidur dengan nyenyak.
#3 Jaga keselesaan dan kebersihan anak. Ia termasuk dari segi tempat tidur dan pakaian yang selesa supaya anak tidak senang jatuh sakit atau meragam.
#4Jaga emosi anak. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama. Stress akan membantutkan perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. “Seingat saya, Mikayla jarang menangis sejak dia lahir. Perut tak pernah kembung dan aktif macam biasa. Dia seorang anak yang ceria dan mudah tersenyum, ” kata ibu ini.
#5 Selain itu, Syadiyah memberikan anaknya vitamin doktor ada bekalkan . “Selepas dia lahir due to poor weight gain ketika lahir, doktor berikan vitamin. Boleh dapatkan di farmasi.”
SYUKUR KERANA MIKAYLA MEMBESAR KUAT DAN SIHAT
Kegembiraan menjadi milik ibu ini tatkala melihat cahaya mata yang dulu sekecil 1.83kg sudah pun membesar seperi kanak-kanak normal.
“Alhamdulillah Armel Mikayla baru menyambut ulangtahunnya yg ke -2 pada 26/12/18 lepas. Berat terkini Armel 13kg. Susu masih kuat , makan pun berselera. Soal makan, saya takpernah menghadkan pemakanan dia.
“Tapi saya langsung tak berikan dia makanan ringan atau makanan manis seperti coklat, minum bergas atau makanan segera. Mikayla lebih suka lauk seperti ayam, sayur-sayur hijau, telur rebus, kekacang , keju, biskut , mee , pasta dan udang!,” kata Syadiyah yang memohon doa semua berharap Armel Mikayla kekal sihat dan aktif macam kanak-kanak lain.
PESANAN KEPADA IBU-IBU HAMIL
Melalui kelahiran anak pramatang tidak mudah. Justeru ibu-ibu perlu kuat. Dia turut menyarankan agar ibu tidak terlalu penat dan stres.
“Untuk ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana , jangan pernah rasa menyesal atau terlalu bersedih jika melahirkan anak pramatang. Sesungguhnya hanya ibu-ibu yang kuat sahaja terpilih untnk merasai pengalaman manis sebegini.
“Jaga pemakanan ketika mengandung. Jangan skip ubat daripada doctor. Jangan terlalu penat / stress. Ingat! Anak ialah pemberian tuhan yang sangat-sangat bermakna. Hargai apa yg ada depan mata. Insya Allah , Dia gandakan pahala utk mu di sana nanti,” kata Syadiyah.
ANAK PRAMATANG TIDAK LEMAH & TIDAK SUSAH NAK BELAJAR.
Syadiyah juga turut berkongsi video telatah Mikayla. perkembangannnya sangat baik, lantas menangkis tanggapan sesetengah orang yang yg kata anak pramatang ni lemah dan susah untuk mempelajari sesuatu.
“Jd saya nak betulkan stigma masyarakat yang anak pramatang tetap boleh membesar dan belajar selaras dengan tumbesaran mereka. Buktinya, Mikayla boleh bercakap, menerima ,mendengar & memberi arahan dan memahami setiap apa yg kami sampaikan,” kata Syadiyah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan lalu kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi. Namun dalam keadaan kecemasan, episiotomi boleh dilakukan tanpa bius.
Sebelum meninggalkan wad bersalin, kebanyakan ibu yang bersalin secara normal tetapi menggunakan kaedah episiotomi bagi memudahkan kelahiran, pasti diberi penerangan tentang penjagaan luka tersebut.
Tip penjagaan luka episiotomi yang diberikan oleh doktor atau jururawat berkenaan seharusnya diikuti agar ia mudah sembuh tanpa sebarang risiko jangkitan. Dalam menjaga luka episiotomi, anda disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah penting untuk menggalakkan penyembuhan segera.
Kerap tukar tuala wanita
Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila ia sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas.
Cuci dengan sempurna
Cuci hingga bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
Luka bersih dan kering
Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih.
Gunakan larutan antiseptik
Menyapu larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari.
Ambil makanan berkhasiat
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dapat menggalakkan proses penyembuhan luka. Antaranya ialah mengambil sebiji buah oren sekali sehari.
Lakukan sitz bath
Ia memerlukan anda meredam bahagian intim di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.
Kebanyakan ibu lepas bersalin mengakui luka episiotomi pulih tanpa masalah berbangkit. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran. Perlu diingatkan agar anda mendapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh. Berkemungkinan berlaku jangkitan pada bahagian berkenaan.
Dalam pada itu, diakui anda mungkin mengalami kesakitan di bahagian berkenaan di samping berasa tidak selesa. Ada kalanya, ia boleh membataskan pergerakan. Berikut adalah apa yang boleh anda lakukan untuk melegakan kesakitan itu
1. Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt.
2. Meletakkan atau menuam pek ais pada tempat jahitan untuk meredakan bengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama.
3. Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan.
4. Mengambil makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya bagi mengelakkanmasalah sembelit yang akan memburukkan lagi keadaan.
5. Jika mengalami sembelit, anda digalakkan untuk mengambil pelembut najis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, YM Che Puan Khaleeda Bustamam mendedahkan suaminya tidak pernah menemaninya bersama-sama ketika beliau melahirkan ketiga-tiga anakanda mereka.
Menurut Che Puan Khaleeda, beliau sendiri tidak mahu TMJ ada bersamanya semasa bersalin kerana tahu suaminya akan gemuruh apabila melihat darah banyak dalam kuantiti yang banyak.
Katanya Che Puan Khaleeda, dia sangat mementingkan suasana yang tenang ketika proses bersalin. Namun beliau mendedahkan bahawa TMJ adalah seorang suami yang sangat baik, penyayang dan memahami.
GEMURUH LIHAT DARAH BANYAK
“Saya yang tak nak dia (TMJ) ada dalam bilik bersama semasa saya melahirkan anak-anak saya.
“Dia akan berasa sangat gemuruh dan tidak tenang apabila melihat darah yang banyak ketika proses bersalin.
CALM ENERGY SEMASA MELAHIRKAN ANAK
Che Puan Khaleeda mengakui dia sangat mementingkan suasana yang tenang dan persekitaran calm energy semasa proses bersalin berjalan.
“Saya sangat particular dengan ‘calm energy’ yang ada bersama saya ketika proses melahirkan anak-anak saya. Tapi saya boleh kata TMJ seorang suami yang sangat ‘supportive’, penyayang dan memahami,” katanya Che Puan Khaleeda menerusi ruangan Insta Story di Instagram.
Selain itu, Che Puan Khaleeda juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan.
MAKANAN YANG DIAMBIL SEMASA BERPANTAN
MEMILIH CARA BERPANTANG MODEN
LAKUKAN SENAMAN SEMASA HAMIL
BERSALIN SECARA NORMAL SELEPAS KELAHIRAN CAESAREAN SEBELUM INI
TIP MENAMBAH SUSU IBU
ALAMI MORNING SICKNESS SEMASA HAMIL ANAK PERTAMA & KEDUA
Walau melalui beberapa proses bersalin, anak kedua, ketiga dan seterusnya namun perjalanan kelahiran seseorang anak tidak sama. Begitu juga dengan darah nifas.
Walaupun sudah hampir habis berpantang namun darah nifas semakin banyak. Normalkah keadaan semacam ini?
Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan jawapannya untuk ibu hamil.
“Doktor, darah nifas masih banyak pada 37 hari berpantang. It is normal?”
Setiap mommy mengalami pattern darah nifas yang berbeza-beza. Nifas paling maksimum adalah 60 hari.
Tapi jika mommy rasa flow yang pada awalnya dah berkurangan, tiba-tiba pada hari ke-37 menjadi banyak.
Perlu tukar pada setiap sejam, saya syorkan puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Antara punca keadaan ini (dipanggil secondary PPH) jangkitan rahim atau tisu uri yang tertinggal.
Ini pula seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Tempoh darah nifas tidak normal bagi ibu melahirkan anak
Seorang ibu melahirkan anak berisiko mengalami abnormal puerperium. Ia melibatkan keadaan kesihatan seperti:
1. Hemorrhage
Ditakrifkan sebagai kehilangan darah yang berlebihan semasa atau selepas tahap ketiga bersalin.
2. Jangkitan
* Endometritis -Pembengkakan pada dinding rahim. Punca keadaan ini biasanya disebabkan oleh bakteria normal faraj atau bakteria enterik (enteric bacteria).
* Jangkitan saluran kencing
Urinary tract infection (UTI) ditakrifkan sebagai keradangan bakteria pada pundi kencing atau salurannya.
* Mastitis
Dalam tempoh darah nifas ini, masalah mastitis juga boleh berlaku. Ia didefinisikan sebagai keradangan kelenjar susu.
* Jangkitan luka
Jangkitan luka selepas bersalin merangkumi jangkitan pada perineum yang berkembang di tempat episiotomi serta jangkitan pada luka di perut selepas pembedahan C-Sec.
3. Septic Pelvic Thrombophlebitis
Merujuk kepada keradangan vena dengan pembentukan trombus bersama dengan demam yang tidak responsif terhadap terapi antibiotik.
4. Gangguan endokrin ketika tempoh darah nifas
Disfungsi tiroid selepas melahirkan anak boleh berlaku bila-bila masa pada tahun pertama selepas bersalin.
5. Gangguan psikiatrik
Tiga gangguan psikiatri mungkin timbul dalam tempoh nifas adalah kemurungan selepas bersalin, blues selepas bersalin dan psikosis selepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.