Lala yang segar dengan dimasak tumis pedas memang buat nasi bertambah. Namun selera jadi terhenti bila mana termakan lala berpasir atau berbau busuk.
Semuanya kerana lala tidak dibersihkan dengan tepat dan berulang kali. Lala dan jenis bercengkerang ini sebenarnya cukup mudah dibersihkan jika tahu caranya.
Salah satu cara berkesan yang boleh dicuba adalah dengan tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Puspa Wangi Puspawangi ini. Memang mudah hendak dicuci dan dijamin bersih.
Salam. Ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci lala supaya depat elakkan yang busuk atau berpasir hitam.
Bagi saya cara ni sangat berkesan. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar. Cara ni insha Allah cepat dan mudah.
Lala yang dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala.
Ads
Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit.
Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.
Hubungan mereka ketika bercinta tidak banyak diketahui umum. Sebaik sahaja Raf melamar Mawar untuk menjadi isterinya, semakin ramai yang mengikuti perkembangan mereka sehinggalah kini sudah mempunyai si kecil Rafael. Ketika berpeluang berjumpa dengan pasangan romantis ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang hubungan mereka berdua dengan anak-anak.
Menurut Raf, dia amat mementingkan nilai kekeluargaan. Dia dan Mawar mengharapkan hubungan baik antara keluarganya kini akan berkekalan sampai bila-bila. Paling penting, mereka berdua mahukan anak-anak membesar dengan baik dan tahu untuk menghormati orang yang lebih tua.
“Pada saya, keluarga tidak boleh diganti. Apa pun yang terjadi, keluarga paling penting. Kalau bolehlah, saya mahu anak-anak membesar seperti mana hubungan saya dan Mawar. Kami amat menghormati antara satu sama lain dan bersikap terbuka untuk menerima teguran antara satu sama lain,“ kata Raf.
Kata Mawar pula, Raf seorang yang sangat berdisiplin dan tegas. Pun begitu, tegas dalam kelembutan dan caranya itu boleh diterima anak-anak. Mawar memberitahu yang suaminya itu suka menghabiskan masa dengan anak-anak. Dia akan mengambil tahu minat anak supaya boleh melakukan aktiviti itu dengan anak-anaknya.
Anak sulung Raf misalnya, sukakan bola sepak. Jadi dia akan pastikan sesibuk mana pun jadualnya, Raf akan bermain dengan Raden Ahmad Rayyan. Mawar pula akan melayan karenah si manja, Raden Seri Raysaa Chanela yang sukakan alat solek dan berdrama.
Raf dan Mawar jenis suka duduk di rumah jika tiada sebarang tuntutan kerja. Jadi mereka banyak melakukan aktiviti-aktiviti menarik di rumah untuk memastikan anak tidak bosan. Kata Raf, dia dibesarkan dalam suasana begini. Tidak keluar rumah kecuali untuk bekerja, jadi dia mahu anak-anaknya juga begitu tetapi tidaklah sehingga langsung tidak diberi pendedahan dengan dunia luar.
Raf mahukan anak-anaknya untuk belajar agama. Untuk anak lelaki, Raf akan mencuba untuk memastikan anaknya boleh menjadi Imam seawal usia lima tahun. Kata Mawar, dia selesa dengan pendekatan ini kerana dia dapat meilhat keberkesanannya pada dua orang anak Raf sebelum ini. Mawar juga mengatakan, anak-anak ini dapat dibentuk dengan contoh yang baik.
“Pada usia yang masih kecil, anak mungkin tak faham lagi, tapi dia akan ikut apa kita buat. Itulah pentingnya kita jadi role model yang baik supaya anak-anak mudah dibentuk,” kata Mawar mengakhiri perbualan bersama Pa&Ma.
Saksikan pasangan Raf dan Mawar Rashid dalam Pa&Ma Musim kelima dengan kupasan topik episod ke-8 ‘Imunisasi Elak Penyakit Berjangkit’ pada 21 Ogos 2019, rabu jam 9 malam di saluran Astro Prima 9ch 105), Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Silap kalau kita bangga anak pandai dengan akademik, tapi gagal ajar bab adab. Masa anak kecil lagi ni lah kena banyak tegur tertib kelakuan dia. Cuba semak;
Anak bagi barang macam mana pada kita atau orang lain ? Campak?
– Jangan sentuh, suruh dia datang ambil balik, ajar bagi elok-elok.
Anak bermain di kampung macam mana? Terpukul sepupu, sepahkan mainan, terusik barang rumah dum berdentum pecah.
– Ajar kemas lepas main, jangan sakitkan orang lain, pergi mengaku siapa buat dan ajar MINTA MAAF. Jangan sembunyi. Ajar kejujuran. Ajar keluhuran.
Anak buka jajan manisan, lepas buka sampah letak mana? Kasi kita? Kita yang buang?
– Lepas buka, terus ajar buang dalam tong sampah. Dia belajar kebersihan.
Anak minta sesuatu bantuan macam mana? Bagi arahan suruh mak buat?
– Ajar dia perkataan MINTA TOLONG. Tolong bukakan baju. Tolong bukakan gula ni. Tolong letakkan pinggan ni. Ajar anak tawaduk, bukan memberi arahan.
Bila bagi sesuatu, bila dah tolong anak, biarkan anak pergi berlalu begitu sahaja?
– Mesti ucap TERIMA KASIH. Kalau dia lupa, tanya, “Cakap apa?”. Sampai dia terbiasa. Dia belajar menghargai.
Kita yang mak-mak ni pun kadang gagal buat adab-adab begini pada anak, pada orang lain.
Tak ada orang beradab, tak ada lah orang yang hormatkan ilmu pengetahuan.
Orang tak beradab pun berilmu. Sebab mereka belajar pergi kelas. Pergi sekolah. Tapi tak ada cahaya dalam hati untuk beradab dengan ilmu. Apatah lagi tertib kehidupan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan pada bulan Ramadhan ini wajib bagi kita mengeluarkan zakat fitrah, Adakah bayi yang masih di dalam kandungkan diwajibkan untuk dibayarkan zakat untuknya?
Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan. Tempoh masa zakat ini adalah pada permulaan bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya aidilfitri. Perkara ini dapat difahami melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :” Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha dan percakapan yang buruk. Ia juga adalah makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang membayarkan sebelum solat (aidilfitri) maka zakatnya diterima. Sesiapa yang membayarkan selepas daripada solat maka ia hanya dianggap sebagai sedekah.”
Riwayat Abu Daud (1609)
Setiap muslim yang mempunyai lebihan harta atau makanan pada malam raya dan pagi hari raya maka dia wajib untuk membayar zakat fitrah. Sama ada tua, muda, lelaki mahupun perempuan. Bahkan seorang bapa atau suami wajib untuk membayar zakat fitrah bagi pihak tanggungannya. Ini berdasarkan kepada kaedah :
Kembali kepada persoalan yang telah dikemukakan, zakat fitrah bagi bayi yang masih berada di dalam kandungan adalah tidak wajib. Imam Al-Nawawi ketika mengulas berkenaan dengan isu adakah bayi yang berada di dalam kandungan wajib ke atasnya zakat fitrah beliau menyebut bahawa tiada zakat fitrah bagi bayi yang masih di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapanya untuk membayarkan bagi pihaknya.(Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/139). Ini juga merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Ramli dan kebanyakan ulama bermazhab syafi’i.
Ada yang berpandangan bahawa zakat fitrah wajib dibayar bagi pihak bayi yang masih berada di dalam kandungan. Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Kata beliau :
Maksudnya :” Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah.(Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba,yang merdeka. Yang kecil(kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).”
Riwayat Al-Bukhari (1503) & Muslim (2326)
Ibnu Hajar Al-Asqalani menjawab bahawa bayi di dalam kandungan tidak dipanggil kanak-kanak. Sama ada dari segi bahasa mahupun dari segi uruf. Beliau juga mengatakan bahawa bayi di dalam kandungan boleh jadi mati atau hidup.(Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih Al-Bukhari, 3/369) Oleh itu, bayi di dalam kandungan tidak termasuk di dalam mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ini.
Berdasarkan dalil dan perbincangan yang telah kami kemukakan, kami menyimpulkan bahawa zakat fitrah tidak wajib bagi bayi yang berada di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapa untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.
Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya. Kita sentiasa berusaha agar Ramadhan pada kali ini dapat diisi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.