Orang dulu-dulu untuk pastikan ikan dapat disimpan lama meskipun tidak mempunyai peti sejuk, mereka ada caranya yang tersendiri. Selain ikan boleh dikeringkan menjadi ikan masin atau diperam menjadi pekasam, bahkan kerap kali juga akan dijadikan ikan rebus yang boleh disimpan dan bertahan berhari-hari lamanya.
Rasa ikan rebus tersebut apabila digoreng atau dijadikan menu lainnya memang enak dan itu tidak dapat dinafikan. Jika tidak manakan boleh buat kita makan bertambah!
Jadi buat yang rindu untuk menikmati keenakan rasa ikan rebus ini, apa kata anda sediakan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira.
“Ikan rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat,” -ujarnya di ruangan kapsyen apabila berkongsi resipi di media sosial.
1.Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk dan tuang air. Sukatan air , tenggelam separuh dari ikan. Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
2.Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng.
Ads
3.Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.Siap dihidang.
Sahur yang baik boleh menghasilkan puasa berkualiti. Tiada rungutan lapar. Kurang keroncong di perut. Fokus pada ibadah. Tingkatkan kualiti. Dari pagi sampai petang terus bertenaga.
Apa contoh sahur yang mengenyangkan?
Idea Sahur 1
Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud “kekuatan”.
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:
Fiber: 11 gram
Protein: 4 gram
Omega 3: 9 gram
Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
Caranya:
Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2) Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3) Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4) Minum.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.
Ini baru satu contoh. Chia Seed ada pelbagai guna. Nak tahu cara lain?
Idea Sahur 2
Tadi bercerita tentang Chia Seed. Bersahur dengan Chia Seed. Ada lagi menu dengan Chia Seed.
Bahan:
2 sudu Chia Seed
1/3 cawan susu almond
¼ rolled atau regular oat
¼ greek yogurt
2 sudu madu
1 sudu cinnamon
Sedikit Gajus (ikut citarasa)
2 biji buah tin kering (dipotong kecil)
(Untuk gajus dan buah tin, boleh dicampur dengan buah-buahan kering lain atau kekacang lain)
Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi. Gaul. Tutup semalaman. Saya letakkan di luar. Dalam suhu bilik.
Bila bangun tidur suhu badan panas. Tubuh kurang air. Sesuai dengan suhu bilik.
Masukkan sesuatu yang sejuk umpama mencurah air ke atas teko atau kuali yang panas. Suhu bilik lebih sesuai.
Kenapa susu almond? Ada vitamin E. Bagus untuk kulit. Berpuasa kulit jadi kering. Kurang air. Vitamin E boleh membantu.
Kenapa dengan Greek Yogurt (GY)? Ia ada protein. Membantu membina otot. Berpuasa seperti bersenam. GY bekalkan asid amino. Tujuan membaiki sel-sel yang rosak.
GY bekalkan iodin. Penting untuk fungsi Thyroid. Boleh seimbangkan metabolism tubuh.
GY juga ada probiotics. Organisme mikro penting untuk usus. Perut tidak meragam. Ada bakteria baik menjaga. Perut jadi selesa.
GY ada kalsium. Tujuannya mengawal kortisol – hormone stress. Andai tinggi kortisol tubuh akan mula membentuk dan mengumpul tisu lemak. Maka akan muncul benjolan di sana sini.
Kenapa dengan cinnamon? Ada antioksida. Namanya polyphenols. Baik untuk mengurangkan keradangan dalam sistem. Tubuh jadisihat dan muda.
Bagus untuk mengelak dari penyakit nyanyuk. Otak jadi muda. Otak lebih tinggi prestasi.
Kenapa Gajus? Bagus untuk otak. Kenapa buah tin? Banyak fiber. Kurang lapar.
Resepi ini selalu diberi kepada saudara baru. Orang tidak pernah berpuasa ada kesukarannya. Alhamdulillah, resepi berjaya membolehkan saudara baru berpuasa.
Yang dah berpengalaman berpuasa, resepi Insyaa Allah akan lebih membantu. Sila share. Agar manfaat lebih ramai perolehi.
Idea Sahur 3
Menu
1) Ambil air direndam dengan chia seed (cari yang organik). Minum selepas sejam direndam
2) Ambil buah segar
3) Makan buah tamar 2-3 biji
4) Telur rebus
5) Jamah makanan tinggi fiber. Contoh makanan tinggi fiber: Sayur, kekacang, ubi keledek, beras perang.
Senang atau senang?
Tidak perlu bersilat di dapur.
Tidak perlu berlama-lamaan untuk penyediaan sahur.
Tajuk kata 3 resepi. Tapi nak tambah sikit lagi.
Idea Tambahan
Kelapa untuk sahur. Campur chia seed. Kekal bertenaga hingga ke senja.
Resepi berbuka. Blend Beetroot campur seleri dan lemon serta madu. Terangkat. Nutrisi melekat.
Salad avocado dengan sayur tempatan dan telur ayam kampung. Padu baq hang.
Moh kita try. Sihat itu berkat. Sihat itu syariat.
Melihat saiznya yang comel pasti anak-anak teruja. Namun perlu berhati-hati dengan saiz comel baby nenas yang berlambakan di pasaran. Pemanis tiruan yang terkandung di dalamnya sememangnya kurang sesuai untuk kita. Jadi berhati-hati.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, baby nenas ini mengandungi pemanis tiruan tanpa khasiat. Hati-hati!
Hati-hati kalau anak nak makan nenas. Elakkan beli baby nenas, kemungkinan ianya ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate.
Cyclamate ni pengganti gula. Manis dia 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis.
Cylamate bukan je takde langsung nutrisi buat anak tau, tapi akan beri kesan buruk jika diambil.
Yang sebenarnya, cylamate dah diharamkan di beberapa buah negara. Tapi baru ni dalam Malaysia sendiri pun, masih dijumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.
Kita hati-hati ya. Lebih baik cari nenas saiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate.
Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat.
Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan bahawa terdapat 11 sampel buah nanas kecil atau baby nanas telah dikesan mengandungi bahan pemanis zat, siklamat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menurut KKM, siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali lebih daripada gula biasa.
Berdasarkan Codex General Standard for Food Additives (GSFA), penggunaan siklamat adalah dibenarkan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, dan lain-lain.
Namun begitu, penggunaan siklamat adalah tidak dibenarkan terhadap buah-buahan segar, termasuklah yang telah dikupas atau sedia untuk dimakan. Ini juga disokong dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Biasanya buah mangga, kedondong, jambu atau nanas pilihan ramai untuk buat jeruk asam boi. Namun kali ini ada kelainan sikit apabila menggunakan buah rambutan. Kebetulan sekarang musim buah rambutan, boleh cuba.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam. Nampak sedap apabila makan sejuk-sejuk.
Ada banyak buah rambutan kat rumah ni. Saya buat rambutan asam boi pula. Ada peminat menu ni tak?
Resepi rambutan asam boi
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cilipadi
Garam dan gula
Cara-cara:
1) Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2) Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk
3) Masukkan pula asam boi , serbuk asam boi , cilipadi , garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut..gaul bagi mesra
4) Buang biji limau kasturi kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan
5) Gaul sebati, akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk dalam satu @ 2 jam
Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.. Anak 8 Tahun Sebak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.