Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi akaun instagramnya berkongsi video gelagat melayan ibunya, Bonda Rozita ketika membeli-belah di Jepun.
Mereka sekeluarga ke Jepun untuk bercuti selepas hari raya tempoh hari. Turut serta dalam percutian tersebut termasuklah kakak sulungnya, Yati Sendayu Tinggi.
Mak korang mcm ni jugak ke??kami asal felda jadi bila mak dah berjaya duit tu nak simpan sampai kebila x tau?? paling hebat mak gi pohkong atau beli pinggan mangkok corel je
Bagi abg mana yg mampu ni…ada duit lebih kena reward diri bukan niat nak menunjuk dan kasi lah parent merasa gak…
Okk ni citer mak abg ni kedekut plus kuno dia sanggup belikan org lain tpi utk dia x ada.. kalau abg tak belanja branded item jawabyee pakai brand cap ayam lah jwabya .. abg sajee suka tngok dia merasa kemewahan sikit..
Walapun sebnarya dia mampu.. sbb dulu dah penat kerja keras..soo bila dia pakai duit abg tuu rasa best.. plusss mana tau nanti anak2 abg akan layan benda yg sama mcm abg layan mak abg nanti bila abg dh tua, tpi abg nak hermas lah time tu sbb lv abg dah beratus dah ahahhah
Walaupun ibu bapa memang sudah senang dan mampu membeli apa sahaja dengan duit mereka sendiri. Namun bagi Datuk Aliff, sebagai anak tetap perlu mengembirakan hati ibu bapa dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Rata-rata netizen mengecam tindakan Aliff Syukri yang kelihatan seperti ingin menunjuk kemewahan yang ada. Namun ada juga yang memandang dari sudut positif.
Niat seorang bapa meninggalkan anak perempuan berseorangan di rumah tanpa pengawasan bertukar menjadi tragedi yang tak disangka-sangka apabila anaknya ditemui meninggal dunia selepas terjatuh daripada kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh petang Selasa (16 November)
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu, ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium berkenaan di tingkat lapan.
Beliau berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada Mers 999 pada pukul 2.41 petang tadi berkenaan seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat 29 ke tingkat lapan, di sebuah kondominium.
“Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mangsa telah ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci, kerana telah keluar untuk membeli barang.
“Bapa mangsa pulang ke rumah, mendapati anaknya tiada di dalam rumah dan kemudian meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari anaknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tingkap bilik terbuka, ada kerusi tepi tingkap
Beh berkata mangsa telah ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik berkenaan, yang tidak mempunyai jeriji.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Selayang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar jam 11 malam, sepatutnya anak-anak dah berada di rumah dan tidur tetapi bagi seorang kanak-kanak lelaki ini dia masih lagi mencari rezeki dengan menjual mangga pada lewat malam.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan.
Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.
Menerusi laporan mStar, Natrisya berkata, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.
“Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab ‘Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua‘. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak,” katanya.
Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.
“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.
“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.
“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
“Tak mahu duit, rayu beli mangga”
Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.
Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.
Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya menganggap sepatutnya anak kecil seusianya dah perlu ada di rumah pada lewat malam.
Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.
“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.
“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan.
“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cahaya mata merupakan penyeri hidup, setiap yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Penantian selama 8 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan anak sebagai penyeri rumahtangga akhirnya menjadi reality dengan kelahiran cahaya mata pertama melalui kaedah persenyawaan In-Vitro (IVF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Lebih menggembirakan, pasangan itu bukan mendapat seorang anak sebaliknya dikurniakan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan comel yang dilahirkan selang seminit pada jam 11.28 pagi dan 11.29 pagi secara pembedahan.
PELBAGAI IKHTIAR
Puan Norfidiamil sangat bersyukur dengan kehadiran anak itu setelah pelbagai usaha dilakukan beliau bersama suami, En. Zairil Anuar bagi mendapatkan zuriat.
“Selepas berkahwin, kami merancang untuk segera dapat anak tapi saya tinggal berjauhan dari suami. Masuk tahun kedua barulah kami dapat tinggal sekali namun saya masih tidak mengandung walaupun pelbagai cara dilakukan sama ada tradisional mahupun moden”
RAWATAN IUI & IVF
Beliau bersama suami tidak putus berikhtiar dan sanggup berhabis kira-kira RM20,000 sebagai usaha mendapatkan anak.
Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan mendapatkan rawatan kesuburan di HSNZ pada tahun 2014 dan doktor menyarankan mereka menjalani kaedah permanian beradas (IUI).
“Kami buat IUI sebanyak empat kali tapi masih tiada rezeki apabila kesemuanya gagal. Selepas itu doktor saran buat IVF pula bermula tahun 2016 dan kali ketiga barulah saya disahkan mengandung iaitu pada Mei tahun lepas.”
KANDUNGAN DISAHKAN KEMBAR
Pasangan suami isteri itu kemudian mendapat khabar gembira kedua apabila bayi yang dikandung Puan Norfidiamil disahkan kembar dan dia berusaha menjaga kandungan sebaik mungkin termasuk makan makanan yang berkhasiat, elakkan fikiran negative dan mempertingkatkan hubungan dengan Allah SWT
“Terima kasih atas doa ibu bapa dan keluarga kami. Insay-ALLAH saya berhasrat untuk mengandung lagi selepas tiga tahun kerana embrio yang diambil masih ada”
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.