Ketika berpuasa ini ada waktunya lebihan nasi ketika bersahur kita buang begitu sahaja. Elakkan membazir kerana lebihan nasi boleh diolah menjadi pelbagai aneka lain untuk juadah berbuka esok hari. Salah satunya adalah menyediakan apam nasi atau juga boleh dimasukkan ke dalam adunan cucur. Pokoknya harus rajin dan kreatif.
Resipi apam dari lebihan nasi yang dikongsikan oleh Zuraini Ramli ini cukup sedap. Paling menarik kerana cara hendak menyediakan Apam Nasi ini cukup mudah. Anak-anak pasti suka.
Time sahur je, mesti ada jer nasi lebih. Ambik simpan dalam bekas, lepas tu simpan dalam peti. Sayangkan nak buang. Selain buat nasi goreng, akak blend halus-halus. Campur dengan tepung buat apa-apa jenis cekodok. Memang lembut. Semalam akak buat apam nasi. Alhamdulillah. Naik elok je.
Apam Nasi
Ads
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 cawan gula putih -nak kurang manis letak 3/4 cawan
Ayam masak merah biasanya menjadi kegemaraan anak-anak kerana rasanya yang manis-manis masam dan sedikit pedas. Bagi anak yang kurang menggemari rasa pedas, mama boleh menggunakan lada kering yang tidak pedas dan tambahkan sos tomato serta sos cili untuk mengimbangi rasa ayam masak merah tersebut.
Jom ikuti resipi yang dikongsi untuk juadah tengah hari mahupun malam. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
-Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
-Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
-Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
-Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
-Siap!
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato
Kredit: Salimah Olie
TIP ANAK PICKY EATER
Susah hati ibu kalau anak jenis cerewet makan. Macam-macam makanan dihidang tetapi anak tetap tak hairan atau teringin nak merasai makanan tersebut.
Menurut penyelidik, bayi akan hanya makan makanan yang biasa pada mereka sehingga mereka mula menerima dan menyukai makanan baru. Sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh mengendalikan situasi ini apabila anak anda hanya makan satu atau dua jenis makanan atau cerewet makan? Mungkin anda boleh mencuba mempelbagaikan resepi ayam dan makanan lain untuk menarik minat makan anak anda
Berikut adalah cara dan tip untuk membantu anda mengatasi masalah anak memilih makanan.
-Cuba untuk bersabar dan tenang. Masa makan seharusnya sesuatu yang seronok dan menyelesakan.
-Sentiasa cuba memperkenalkan hidangan baru setiap kali waktu makan.
-Biarkan anak anda makan sayuran yang digemari. Jika anak anda hanya menyukai dua atau tiga jenis sayuran, biarkan mereka makan seperti biasa dan tambahkan sayuran baru untuk anak anda cuba.
-Jadilah tukang masak yang kreatif. Anda boleh potong roti dalam bentuk yang menarik atau potong buahan dalam bentuk bola kecil. Belikan mangkuk dan pinggan dengan warna yang menarik, ceria dan terang.
-Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda. Ketika waktu makan bersama keluarga, tunjukkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ia akan menggalakkan anak anda untuk membina tabiat makanan yang baik.
-Tetapkan waktu makan; 3 hidangan utama dan 2 snek sihat sehari. Ada yang mengatakan anda perlu membiarkan anak anda berasa lapar dan menghindari makanan ringan. Paling penting, sebelum waktu makan, jangan benarkan anak anda makan sebarang snek atau gula-gula.
-Jangan paksa anak anda makan sesuatu yang tidak digemarinya. Tetapi, anda boleh memberi galakan secara perlahan-lahan untuk mencuba sesuatu yang baru.
-Elakkan daripada meninggikan suara apabila anak anda enggan makan sesuatu. Cuba untuk memberi suapan lagi.
-Pastikan anak anda tidak makan makanan ringan atau snek sebelum waktu makan utama. Apabila lapar, anak anda akan cenderung untuk mencuba sesuatu hidangan yang baru.
-Gunakan pendekatan motivasi positif. Beritahu kepada anak anda betapa hebat dan bagusnya mencuba makanan baru dan sihat atau berapa cantik dan besar dia akan jadi jika mencuba makanan baru.
-Cara yang paling terbaik adalah untuk mempelbagaikan pilihan makanan yang sihat. Persekitaran yang positif adalah penting untuk menjadikan waktu makan menyeronokkan dan makanan menjadi menyelerakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau makan macaroni cheese bakar, jaranglah terasa puas. Mesti akan rasa asyik nak bertambah je sebab terlalu sedap. Gabungan rasa creamy dan pedas ditambah pula dengan cheese, mesti makan tak pandang kiri kanan. Tapi, pernah dengar tak macaroni cheese bakar dalam cawan kertas?
Salah satu cara kreatif untuk membungkus hidangan ini ialah dengan menggunakan cawan kertas. Lebih mudah untuk dibawa dan mudah untuk diagihkan kepada orang ramai. Jom lihat resepi macaroni cheese bakar yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Nuralia Idayu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI MINI MACARONI CHEESE BAKAR
Esok ada jamuan dekat office. Boring dah buat macaroni bakar dalam tray besar, kita buat kelainan sikit nak bagi Nampak cute. Edit: Ramai yang request serepi, silakan ya kawan- kawan. Mini Macaroni Bakar (55 – 60 cup)
Bahan- bahan: – 1 pack macaroni 400 gram (saya guna brand Kimball) – 1 tin sos Proge – Tradisional – 1 tin sos Prego – Cendawan – 3 – 4 ketul cendaan butang (potong dadu) – Ayam cincang Ramly – nak guna daging pon boleh, optional – Sosej (potong dadu) – Bawang besar 1 labu (cincang) – Serbuk oregano/ parsley (takde pun takpe) – Telur (4 – 5 biji) – Cheese slice (brand apa pun tak kisah) – Nak add on mozzarella cheese untuk topping pun boleh – Cup size kecil
Cara- cara: 1. Rebus macaroni sampai lembut. Boleh letak garam 1 sudu dan minyak lebih kurang dalam 2 – 3 sudu untuk elakkan melekat nanti masak. Dah lembut, toskan. 2. Tumiskan bawang sampai naik bau. 3. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. 4. Tuangkan sos prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam dan gula secukup rasa. 5. Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api. 6. Letak macaroni dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur. 7. Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil. Letak cheese slice dan mozzarella, tabur sikit serbuk parsley. 8. Bakar suhu 170 darjah Celsius 30 minit. Siap!
Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. Para ibu boleh cuba buat di rumah untuk jamu tetamu. Kalau sukakan cheese leleh yang banyak, boleh letak cheese banyak- banyak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puding strawberry antara salah satu pencuci mulut yang sangat sedap! Tak lama lagi bulan ramadan bakal menjelma, sesuai sangat dijadikan menu pencuci mulut. Ibu berpantang pun boleh makan juga tau!
Resepi Puding Strawberry by Mr.Ali
Resepi ni senang sangat-sangat, sesiapa pun boleh buat tau. Loyang petak 8 inci
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.