Setiap hari kita pasti sibuk dengan urusan kerja, malah mungkin ada hari yang kita langsung tak sempat bersama anak-anak. 

Ambilah peluang sewaktu solat, ajak keluarga kita berjemaah. Seusai solat luangkan masa bersama anak-anak. Lepas Solat Ajak Anak Buat Usrah, Anak Lebih Mudah Dengar Kata. Minta Anak Doa Untuk Kita Sekali

Hidup berkeluarga

Saya ada 9 orang anak. Paling besar 19 tahun Dan paling bongsu 4 tahun.

Malam ni kami buat tahlil ringkas dan usrah keluarga. Doa paling diterima adalah doa dari anak sendiri. Doakan arwah mak dan arwah abah.

Lepas tahlil, hari ni giliran alya anak ke-5 saya beri tazkirah. Bagus juga tazkirah dia bertajuk ‘ corona virus peringatan dari Allah ‘. Saya beri 5 bintang.

IKLAN

Hari ni saya nak kongsikan sedikit kebaikan usrah keluarga. Ini adalah dari pandangan saya sendiri.

1. Usrah keluarga ni adalah aktiviti mingguan. Jika tidak Ianya diselang selikan. Ianya menjadi perkara yang dinantikan anak-anak. Anak-anak yang dah dewasa dan keluar ke Universiti akan rindukan suasana usrah bila berjauhan dengan keluarga.

2. Usrah ini tempat nasihatkan anak-anak. Ianya adalah masa yang sangat sesuai kerana hati anak-anak sedang bersedia menerima sesuatu lebih lagi lepas solat.

3. Usrah ni tempat melatih anak-anak bercakap dan menerima nasihat. Semua diberi peluang meluahkan jika ada yang tak suka dengan ahli keluarga. Tak kira mereka yang lebih muda boleh nasihatkan yang lebih tua. Walaubagaimanapun sikap hormat pada abang dan kakak mereka diutamakan.

IKLAN

4. Usrah adalah tempat nyatakan SOP dan target tertentu dalam keluarga dan memberi arahan untuk seminggu yang akan datang jika ada event keluarga yang penting.

5. Saya berpendapat, anak-anak mudah dengar kata jika kita sebagai ibu bapa bersama mereka lebih lagi lepas solat. Masa terbaik untuk memaafkan anak-anak dan isteri juga berlapang dada.

6. Kalau di pejabat kita ada meeting mingguan dan bulanan. Mengapa dalam keluarga kita tak buat. Cara ini adalah cara terbaik untuk kumpulkan semua ahli keluarga dan fokus untuk apa yang mahu dicapai.

IKLAN

7. Bacaan Quran dan Yassin sebaiknya dibaca dengan kuat supaya rumah kita didatangi oleh malaikat dijauhi dari syaitan yang direjam. Rumah kita syurga kita.

8. Kita dah tua. Apa guna kita banyak duit, pangkat berjela-jela, projek bersusun-susun kalau masa pun tak ada dengan keluarga kita sendiri yang kita sayang.

Saya mohon maaf. Jauh niat saya untuk riak. Saya juga sedang belajar dan sentiasa memperbaiki keluarga kecil saya. Saya hanya berkongsi yang baik buat ibu dan ayah.

#inikanhebat

Sumber: Baharuddin Mohamed

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI