Ads

Lidah Bayi Ada Kerak Susu? Jangan Main Lap Je, Dr Ini Ajar Cara Yang Betul!

Bagi ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata, penjagaan kebersihan mulut bayi mungkin dianggap perkara kecil, terutama apabila si manja masih belum tumbuh gigi.

Namun, sebenarnya penjagaan mulut yang baik boleh dimulakan sejak bayi baru lahir. Walaupun belum mempunyai gigi, gusi dan bahagian dalam mulut bayi tetap memerlukan perhatian.

Menurut panduan kesihatan pergigian kanak-kanak, membersihkan gusi bayi menggunakan kain bersih yang dilembapkan dapat membantu menyingkirkan sisa susu dan membentuk rutin penjagaan mulut yang baik sejak kecil.

Jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik, terutama apabila gigi pertama mula tumbuh, sisa susu dan plak yang terkumpul boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi.

Bagaimanapun, ibu ayah perlu tahu bahawa jangkitan kulat mulut atau oral thrush bukan semestinya berpunca daripada lidah yang tidak dibersihkan. Jangkitan ini berlaku akibat pertumbuhan kulat Candida dan boleh terjadi walaupun kebersihan mulut bayi dijaga.

Sebab itu, cara bersihkan lidah bayi perlu dilakukan dengan lembut dan tidak keterlaluan. Matlamatnya adalah untuk menjaga kebersihan mulut, bukannya memastikan setiap kesan putih pada lidah hilang sepenuhnya.

Kerak Susu Atau Jangkitan Kulat? Ibu Ayah Kena Tahu Bezanya!

Lidah Bayi Ada Kerak Susu? Jangan Main Lap Je, Dr Ini Ajar Cara Yang Betul!

Tidak semua lapisan putih pada lidah bayi menandakan jangkitan. Jika kesan putih hanya terdapat pada permukaan lidah dan mudah hilang apabila dilap secara lembut, ia berkemungkinan sisa susu yang biasa berlaku pada bayi.

Sebaliknya, ibu ayah perlu lebih berhati-hati jika terdapat tompok putih yang melekat pada bahagian dalam pipi, bibir, gusi atau lidah dan tidak mudah ditanggalkan.

Antara tanda lain yang perlu diperhatikan termasuk:

  • Bayi kelihatan tidak selesa atau menangis ketika menyusu.
  • Bayi mula menolak susu atau menyusu kurang daripada biasa.
  • Terdapat kemerahan atau luka pada bahagian dalam mulut.
  • Bayi mengalami ruam lampin yang berpanjangan bersama tanda jangkitan kulat.

Jika tanda ini berlaku, bawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor. Jangan cuba mengikis atau menyental tompok putih tersebut kerana tindakan itu boleh mencederakan tisu lembut dalam mulut bayi.

Doktor boleh memeriksa keadaan mulut bayi untuk menentukan sama ada tompok putih tersebut merupakan sisa susu biasa atau tanda jangkitan yang memerlukan rawatan.

Lidah Bayi Ada Kerak Susu? Jangan Main Lap Je, Dr Ini Ajar Cara Yang Betul!

Jangan Bersihkan Terlalu Kuat, Mulut Bayi Masih Sensitif!

Walaupun kebersihan mulut bayi penting, ibu ayah juga perlu mengelakkan cara pembersihan yang terlalu kasar.

Pastikan tangan dibasuh sebelum membersihkan mulut bayi. Gunakan kain atau kain kasa yang bersih, lembut dan dilembapkan dengan air.

Ads

Lakukan secara perlahan dan hentikan seketika jika bayi kelihatan tidak selesa, tersedak atau menunjukkan refleks hendak muntah.

Selain itu, kebersihan puting botol, botol susu dan puting kosong juga perlu diberi perhatian bagi mengurangkan pendedahan kepada kuman.

Paling penting, jika bayi mempunyai tompok putih yang berterusan, sukar menyusu, kurang membuang air kecil atau menunjukkan tanda tidak sihat, jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Berapa Kerap Perlu Membersihkan Mulut Bayi?

Selain mengetahui cara bersihkan lidah bayi, ibu ayah juga perlu memahami bahawa penjagaan mulut tidak semestinya bermaksud lidah perlu digosok setiap kali selepas menyusu.

Membersihkan gusi secara lembut boleh dijadikan sebahagian daripada rutin harian. Namun, tidak perlu menyental lidah berulang kali semata-mata untuk menghilangkan lapisan putih yang tidak mengganggu bayi.

Ads

Apabila gigi pertama mula tumbuh, penjagaan pergigian perlu diteruskan dengan memberus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi lembut dan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sesuai mengikut umur serta panduan profesional pergigian.

Jika ibu ayah tidak pasti sama ada keadaan mulut bayi normal, dapatkan nasihat doktor atau doktor gigi kanak-kanak sebelum mencuba kaedah pembersihan lain.

Membersihkan mulut bayi bukan sekadar untuk kebersihan, tapi juga untuk membantu membentuk rutin penjagaan mulut yang baik dan memastikan bayi selesa ketika menyusu. Lakukan dengan lembut sebagai sebahagian daripada penjagaan harian, dan jangan abaikan jika ada tanda yang luar biasa.

Dengan memahami cara bersihkan lidah bayi yang betul, ibu ayah dapat mengelakkan pembersihan terlalu kasar serta lebih peka terhadap perbezaan antara kerak susu biasa dengan kemungkinan jangkitan kulat. Jika ragu-ragu, lebih baik terus rujuk doktor atau pegawai perubatan pediatrik untuk kepastian.

Cara Bersihkan Lidah Bayi Dengan Betul, 3 Tip Penting  Dari Dr. Redza

Lidah Bayi Ada Kerak Susu? Jangan Main Lap Je, Dr Ini Ajar Cara Yang Betul!
Pakar Pediatrik, Dr. Redza Zainol,

Sehubungan itu, sudah tentu ramai ibu bapa baru keliru, perlu ke bersihkan lidah bayi? Jawapannya ya. Kerak susu yang tertinggal di lidah, pipi dan gusi bayi boleh menjadi tempat sisa terkumpul jika tidak dibersihkan. Tapi cara membersihkannya pun ada teknik yang betul.

Oleh itu, jom kita ikuti Pakar Pediatrik, Dr. Redza Zainol, berkongsi 3 langkah mudah yang selamat untuk ibu bapa ikut di rumah. Cara bersihkan lidah bayi ini boleh dijadikan panduan supaya ibu ayah lebih yakin ketika menjaga kebersihan mulut si manja.

1. Tunggu 10 Minit Selepas Bayi Selesai Menyusu

“Yang pertama kita tunggu dulu sepuluh minit selepas bayi selesai menyusu sebab kita risau kalau kita terus bersihkan mulut anak dia akan terus termuntah,” kata Dr. Redza.

Ini penting supaya perut bayi dah sedikit stabil dan tak mudah muntah ketika mulutnya diganggu.

Ibu ayah juga tidak perlu tergesa-gesa melakukan pembersihan, terutama jika bayi baru sahaja selesai menyusu atau kelihatan mengantuk. Pilih waktu bayi tenang supaya proses membersihkan mulut lebih mudah dilakukan.

Ads

Artikel Trending: Jerebu Sangat Berbahaya Kepada Bayi, KKM Beri Amaran Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah!

Artikel Trending: Wanita Wajah Cantik Lebih Ramai Anak, Ini Fakta Kajian Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Arttikel Trending: Bella & Syed Saddiq Kahwin, Ramai Nak Tahu Status Mahram & Aurat Anak Tiri, No. 7 Paling Ramai Tak Tahu!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

2. Gunakan Kain Bersih Yang Dibasahkan Dengan Air

Lidah Bayi Ada Kerak Susu? Jangan Main Lap Je, Dr Ini Ajar Cara Yang Betul!

“Ambil satu kain yang bersih dan basahkan dengan air. Kemudian guna kain itu dan sental pada permukaan lidah yang ada kerak susu. Bersihkan juga bahagian dalam pipi dan juga pada gusi anak.”

Guna kain lembut seperti kain lampin atau gauze khas bayi. Lilitkan pada jari dan sapu dengan lembut, jangan gosok terlalu kuat.

Dalam melakukan cara bersihkan lidah bayi, pastikan kain yang digunakan benar-benar bersih dan tidak mempunyai permukaan kasar. Ibu ayah juga perlu mengelakkan tekanan berlebihan kerana bahagian dalam mulut bayi masih lembut dan sensitif.

Tidak perlu memaksa jika bayi menutup mulut atau menunjukkan tanda tidak selesa. Pembersihan boleh dihentikan seketika dan dicuba semula apabila bayi lebih tenang.

3. Perhatikan Jika Kerak Susu Tidak Hilang

Ini bahagian paling penting yang ramai terlepas pandang. Menurut Dr. Redza,

“Satu nasihat saya pada mak ayah jika kerak susu pada bayi tak dapat dibersihkan perlu bawa jumpa doktor sebab ada kemungkinan lidah anak itu sudah dijangkiti dengan kulat.”

Kesan putih yang tidak boleh dibersihkan itu mungkin tanda oral thrush atau jangkitan kulat dalam mulut bayi. Ia perlu pemeriksaan dan rawatan daripada doktor jika disahkan, bukan sekadar dilap dengan kain.

Ibu ayah jangan cuba mengikis tompok putih yang melekat kuat kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan luka atau pendarahan pada tisu lembut dalam mulut bayi.

Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor  & drredzazainol

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Hamil Elak Makan Telur Separuh Masak, Kuning Cair Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan Salmonella!

Ibu Hamil Elak Makan Telur Separuh Masak, Kuning Cair Boleh Tingkatkan...

Telur separuh masak boleh meningkatkan risiko jangkitan Salmonella kepada ibu hamil. Ketahui bahayanya dan cara selamat menikmati telur ketika hamil.