Suami saya telah pergi tengok kamera litar televisyen tertutup (CCTV) dan melihat pelaku mencubit serta menghempuk kepala Rania ke lantai,” kata seorang wanita, Rin Azmin mendakwa anak perempuannya didera pengasuh di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur di baru-baru ini.
Melalui perkongsian di laman Twitter (X), wanita berkenaan turut mendakwa menyedari anaknya itu didera selepas mendapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan lengan anaknya.
Bukan itu sahaja, budak perempuan malang berkenaan turut mengadu kepada ibunya itu takut hendak pergi ke sekolah selepas beberapa hari kejadian tersebut.
“Suami telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan kakitangan bernama Athirah (pendera) pusat asuhan berkenaan memaklumkan dia terlanggar Rania waktu bermain bersama kanak-kanak lain.
“Saya memohon untuk melihat sendiri rakaman daripada CCTV premis tersebut pada hari yang sama namun tiada respons,” katanya.
Ads
Susulan daripada itu, wanita mengambil cuti pada Jumaat dan menghubungi semula pihak taska tersebut.
“Saya mengambil cuti cuba menghubungi ibu pejabat taska berkenaan untuk mendapatkan maklumat CCTV berkenaan namun masih gagal.
“Saya pergi dengan tujuan melihat bukti anak saya jatuh seperti yang didakwa namun pelbagai alasan telah diberikan sebelum dimaklumkan boleh melihat CCTV tersebut pada Isnin,” katanya lagi.
Selepas melihat video berkenaan, wanita tersebut meluahkan rasa kesal melihat anaknya diperlakukan sedemikian rupa.
Ads
Dakwanya lagi, dia menjadi lebih marah kerana kakitangan taska yang lain hanya melihat sahaja perempuannya itu dikasari pada waktu kejadian.
Menurut wanita berkenaan, anaknya itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian tersebut dan seorang pekerja wanita pusat asuhan tersebut diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan, Bandar Sri Permaisuri Cheras pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berkenaan sebelum itu didapati tular menerusi paparan dua klip video menerusi media sosial.
Ads
Menurut beliau, semakan mendapati bapa mangsa sebelum itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Siasatan menerusi video tersebut mendapati mangsa berumur dua tahun itu dicederakan suspek yang dipercayai pengasuh di pusat jagaan tersebut.
“Hasil siasatan kemudian membawa kepada penahanan suspek berumur 28 tahun yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berkaitan kes itu,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. — Majoriti
Pelakon popular, Nabila Huda meluahkan rasa sedih dan mengakui menyesal kerana tidak berpantang secara betul selepas keguguran lalu sebanyak dua kali.
Nabila atau mesra dipanggil Abil mengakui mungkin faktor usia juga memainkan peranan dan kebarangkalian dia sukar hamil pada usia 37 tahun.
“Ala, kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti i akan count days and mengharap, tapi tak sangkut jugak.”
Namun menurut Abil yang juga anak kepada Amy Search, penyayi rock no.1 Malaysia mengakui dia tidak terlalu bersedih dan tahu belum tiba masanya untuk mempunyai zuriat pada masa sekarang.
“Tapi Abil take la down sangat, Abil redha senan yang nak bagi rezeki kat kita tu, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Maybe not the time yet.”
“And i think salah tu datang dari Abil juga sebab masa miscarriage 2 times, Abil tak tahu kena berpantang macam orang lepas beranak. I betul-betul tak tahu dan menyesal sangat”
“Maybe tu adalah satu punca kenapa tak boleh pregnant kan?? Hmm ish bencikan bila dah mula fikir negative. Ok kena posituive, sekarang Abil rasa Abil kena pulihkan apa yang patut”
Melalui luahan hati tersebut, Abil mengakui dia terlalu inginkan zuriat dan sanggup berpantang kembali jika itu salah satu rawatan yang membolehkan dia kembali hamil memandangkan lagi 3 tahun dia akan masuk awal 40an.
“Boleh kan walaupun kita dah lama miscarriage tapi kita nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambatkan? Maybe it helps untuk Abil nak mengandung lagi..Abil terlalu nak sangat ada zuriat. Terlalu nak sangat tak tahu nak explain”
“Selagi tak start kerja ni, ada masa lapang banyak ni baik Abil buat package pantang..Abil kena usaha no matter what”
“Lagi 3 years nak masuk 40 ni, i nak anak ramai. Boleh tak anyone suggest contact orang yang jaga pantang best?? Yang macam lepas beranak tu”
Buat masa sekarang dia hanya ingin mencuba rawatan tradisional berbanding rawatan moden kerana dia pernah hamil dan melahirkan anak sebelum ini.
“Or kalau korang ada suggestion, idea untuk Abil DM Please. Just wanna let u guys know, IVF takde dalam list sebab Abil dah pernah melahirkan sebelum ni. So for now, Abil nak usaha dengan cara tradisional dulu”
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abil dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Laila.
Kami sama-sama doakan agar Nabila Huda dikurniakan zuriat selepas rawatan yang bakal dilakukan nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bawa bayi bersama ke bazar Ramadan bersama memang boleh mengundang bahaya. Ibu bapa perlu peka dan berhati-hati.
Membeli-belah di bazar Ramadan memang menjadi budaya bagi masyarakat kita. Ia sebahagian kemeriahan bagi bulan puasa, bagi mendapatkan sajian yang sudah siap dimasak bagi berbuka puasa.
Membawa bersama anak-anak ke bazar Ramadan adalah antara kebiasaan yang dilakukan atas pelbagai sebab. Perkongsian Pa&Ma berkenaan bayi melecur kaki pada 7 Mei lalu mengundang pelbagai pendapat dan perkongsian daripada warga Internet.
Alat penggendong yang amat bermanfaat untuk menggalakkan bonding antara ibu bapa dan bayi. Ia memberikan keselesaan dan menjaga emosi anak yang dikendong dan umpama “tangan ketiga” buat ibu bapa yang menggunakannya. Berbanding kereta sorong, bayi yang digendong menggunakan alat penggendong lebih mudah dikendalikan.
#1: Hati-hati kawasan bahaya
Hati-hati apabila melalui pintu kawasan yang mempunyai sudut atau bucu mahupun bergerak di persekitaran yang tajam atau panas. Kepala atau kaki anak mungkin boleh terdedah kepada bahaya tersebut.
#2:Pastikan ia dalam keadaan baik
Setiap kali sebelum menggunakan alat penggendong, pastikan ia berada dalam keadaan baik. Jika ada kesan koyak atau kemungkinan akan koyak, hentikan penggunaannya.
#3: Jangan guna masa berisiko bahaya
Jangan pakai alat penggendong semasa memandu, menunggang motosikal atau ketika mengendalikan mesin.
#4: Sokong pinggul anak
Pastikan bahagian pinggul bagi disokong oleh penggendong bagi mengelakkan masalah hip dysplasia.
#5:Pegang anak
Walaupun kedua belah tangan bebas bergerak, anda masih perlu memegang anak dengan sebelah tangan demi keselamatannya.
#6: Pegang bayi ketika membongkok/ berpusing
Sentiasa pegang anak anda ketika membongkok atau bergerak dengan cepat agar dia tidak jatuh atau terkeluar daripada alat penggendong.
Penggunaan penggendong memang baik untuk ibu dan anak. Tetapi lokasi yang dikunjungi serta langkah keselamatan perlu diambil apabila menggunakan alat ini bersama si kecil. Antara
Ada ibu bapa yang berkongsi pengalaman pernah mengalami pelbagai keadaan yang boleh mama papa jadikan panduan pada masa hadapan.
TEMPAT BERPIJAK MEMPUNYAI LUBANG
JENIS PENGGENDONG PERLU SELAMAT & AWASI KAKI ANAK
MAKANAN PANAS BOLEH TERTUMPAH PADA BADAN SI KECIL
BAYI TERDEDAH BAHAYA & CUACA PANAS
MELECUR TERKENA PLASTIK PANAS/ TIANG KHEMAH PANAS
TERKENA PLASTIK SUP PANAS, ANAK MELECUR & KINI BERPARUT
PENYAKIT BAWAAN UDARA SEPERTI TIBI MUDAH BERJANGKIT. IMUNITI BADAN BAYI BELUM KUAT MELAWAN KUMAN
BAYI BOLEH DILANGGAR ORANG LAIN DALAM KESESAKAN
TUNGGU BAYI BESAR SIKIT
VENTILASI UDARA TAK BERAPA BAIK KEPADA BAYI
PENUH SESAK DENGAN ORANG, MINYAK PANAS, SUP PANAS. KEMALANGAN BOLEH BERLAKU
PLASTIK SUP PANAS TERKENA PAHA BAYI, BAYI MENANGIS DISANGKA DIRASUK
BAYI TIBA-TIBA MENANGIS, RUPANYA PLASTIK SUP TERKENA KAKI BAYI
Sudah menjadi impian setiap wanita yang berkahwin untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri. Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk mudah ‘lekat’. Sesetengah wanita terpaksa melalui pelbagai liku-liku mencabar hanya kerana mencuba untuk hamil. Bukan sahaja bersedia dari segi fizikal bahkan mental juga perlu kuat untuk menjalani proses rawatan kesuburan.
Bagi yang mengikuti kehidupan ahli perniagaan yang cantik dan sentiasa merendah diri, Madammu pasti tahu tentang percubaannya untuk hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.
Disarankan untuk menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF), pemilik nama Eriyca Baiduri ini bersikap terbuka mencubanya. Namun, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, banyak cabaran yang perlu dilalui wanita cantik ini.
Perlu Bed Rest Sedangkan Madammu Seorang Yang Aktif
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurutnya, fasa ini agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar. Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
Keluarga & Staf Cukup Memahami
Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental. Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
Bukan mudah untuk dia mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberinya kekuatan.
Segala tangisan disembunyikan bagi memberi semangat buat ejen-ejen dan team NOIR. Ada satu ketika, Madammu mengalami perubahan emosi yang mendadak dan terpaksa turun ke Sabah untuk majlis pelancaran produk dan ketika itu dirinya mengalami pendarahan yang teruk.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar. Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Kongsinya lagi, dirinya perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya.
Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Debaran Kian Terasa, Inilah Detik Yang Ditunggu-tunggu
Selepas menjalani lima bulan tempoh rawatan IVF yang penuh kesukaran, hari ini Madammu dan suami bersedia untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui keputusan sama ada usaha mereka untuk hamil berjaya atau tidak.
Segala persiapan telah dibuat termasuklah dari segi emosi untuk menerima apa saja perkhabaran yang akan disampaikan oleh pakar yang merawat Madammu. Sama ada positif atau negatif, inilah masanya untuk mengetahui.
Tahniah, Madammu!
Biarpun debaran terasa, namun Madammu dan suami cukup tenang menuju ke bilik doktor untuk mengetahui keputusan rawatan IVF yang telah dijalani bermula bulan April yang lalu. Keterujaan team NOIR yang menemani Madammu mendengarkan perkhabaran baik ini diringi air mata. Masing-masing memeluk erat Madammu.
Dirinya kini hamil satu bulan, trimester pertama yang sangat mencabar. Suasana di dalam bilik doktor diselubungi rasa sayu dalam kebahagiaan. Bukan mudah untuk Madammu melalui proses rawatan IVF. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga suami, anak-anak dan team NOIR yang sentiasa menjadi tulang belakang Madammu.
Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil. Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya.”
Saksikan detik-detik indah ketika Madammu disahkan hamil;
“Kalau Scan Sekarang Tak Nampak Apa, Kita Jumpa Lagi Seminggu..”
Semasa berkongsi keputusan dengan Madammu dan suami, pakar mengatakan bacaan keputusan mereka sangat ‘cantik’. Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home.”
Sebaik mendengar pesanan doktor, Madammu hanya tersenyum dan mengatakan dirinya seorang yang sibuk dan sukar untuk bekerja dari rumah. Sempat juga dia bertanya kalau dirinya dah boleh travel pada bulan 12 nanti atas urusan bisnes.
Madammu dan suami sempat membunyikan ‘Bell of Joy’ yang terdapat di Alpha IVF & Women’s Specialists bersama-sama team NOIR. Menahan perasaan, akhirnya jatuh juga air mata suami Madammu ketika ditanyakan harapan untuk proses kehamilan isteri tercinta.
“Saya agak terharu dan terkejut bila dah tahu keputusan. Masih panjang lagi journey sebab kandungan pun baru lima minggu. Alhamdulillah.. Tahniah Yang untuk segala pengorbanan dan journey you ni.”
Sudah tentu semua gembira dengan berita baik ini dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Semoga perjalanan kehamilan Madammu dipermudahkan dan trimester pertama ini dapat dilalui tanpa sebarang kesukaran.
Madammu kena jaga diri baik-baik ya, semua orang yang mengikuti perjalanan proses rawatan IVF Madammu akan terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Tahniah sekali lagi, Madammu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.