Jarang berkongsi perkembangan anak di media sosial tetapi jika sesekali Anzalna Nasir kongsikan mesti akan dapat perhatian. Memandangkan dah mempunyai dua anak dan semua diuruskannya sendiri, Anzalna lebih suka bersederhana sahaja.
Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dia ada kongsikan beberapa keping gambar anak keduanya, Emirhan sehingga menarik perhatian peminatnya.
Menerusi entri tersebut, Anzalna sekeluarga sedang bercuti bersama keluarga tersayang di sebuah tempat peranginan.
“Selamat hari lahir ke-4 bulan Emirhan! Kesian kena paksa ambil gambar tengah panas, nak buka mata pun susah demi konten mak dia!
“Saya mengalah katanya, hahaha! Jangan risau, mak tak kejam, masih di bawah payung under my umbrella ella ella ella eh eh eh,” selorohnya di ruangan kapsyen.
Comelnya! Macam anak kacukan
Bagaimanapun, perkongsian anaknya itu telah berjaya mencuri perhatian netizen yang memuji kecomelan yang dimiliki anak kedua dalam keluarganya itu.
Ads
“Beranak ramai-ramai..”
Malah, ada juga netizen yang meminta supaya Anzalna menambahkan bilangan anak dengan lebih banyak memandangkan ketampanan serta kecomelan anak yang diwarisi daripadanya dan juga suami.
“MashaAllah gebunya handsome boy 😍”
“Tolonglah beranak ramai-ramai sis, yang keluar makin chomey”
“Handsomenya😍😍macam anak orang Arab putih melepak..tunggu baby girl pulak mesti cantik letops macam mama dia❤️
Ads
“Macam anak mat salleh pulak dia semoga esok membesar jadi anak yang beriman dan soleh hendaknya
“Anak 1st sebijik muka mummy dia yang 2nd ni muka daddy dia.
Untuk rekod, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 2016 dan turut dikurniakan anak sulung, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Ramai ibu bapa yang risau anak belum tumbuh gigi dan usianya sudah mencecah 12 bulan dan ke atas. Adakah itu normal atau sebaliknya? Ikuti perkongsian ringkas dari Dr. Izaza Mohd Zain yang dikongsi di laman Facebook nya.
Doktor, baby saya dah 12 bulan,tak ada gigi normal ke doktor?
Biasanya, bayi akan tumbuh gigi pertama pada usia 6 bulan
Ada baby yang awal akan tumbuh gigi pada usia 3-4 bulan. Ada juga baby yang lewat pertumbuhan gigi pada usia 17 bulan
Jadi, mak ayah tak perlu risau jika anak pada usia kurang 16 bulan masih tak ada gigi susu. Sekiranya, pada usia 18 bulan, masih tak ada gigi susu. Mak ayah boleh bawa anak berjumpa Pakar Pergigian Kanak-Kanak untuk pemeriksaan lebih lanjut
Bila anak merengek dan meragam sebab nak tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar buat ibu bapa. Ketidakselesaan yang dirasai bayi memang tidak dapat dielakkan jadi ibu bapa perlu sabar melayani rengekan dan ragam si anak.
Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi apabila melalui pengalaman tumbuh gigi.
Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa gejala yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:
Gusi sakit atau lembut Air liur meleleh Mudah meragam Demam ringan sekitar 37°C Gemar mengunyah Cirit-birit Ruam air liur sekitar mulut
Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:
1. Urut gusi
Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari.
Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.
Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.
3. Sejukkan pacifier atau mainan tumbuh gigi
Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan.
Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.
Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan popsicles susu
Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.
Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak.
5. Lapkan lelehan air liur
Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.
Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.
6. Sejukkan buah
Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.
Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir.
Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?
7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting
Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.
Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan.
Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur.
8. Ubat sakit
Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.
Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.
Penjagaan gigi baru bayi
Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul.
Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut.
Tidak perlu menggunakan sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.
Risiko kemalangan anak kecil dan bayi sebenarnya boleh kita kurang dan elakkan jika kita punya ilmu dan tahu cara untuk mengendalikan bayi dengan betul.
Jika kita tidak cuai atau mencuba seada upaya untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan, ia boleh dielakkan.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan, kes Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) adalah kes yang tidak dijangka namun 10 panduan dan nasihat ini boleh mak ayah jadikan panduan untuk mengedalikan bayi.
“Doktor, saya terima panggilan ada kes bayi tak sedarkan diri,” kata seorang Pembantu Perubatan. “Ok, jom!”,tanpa berlengah aku terus mempercepatkan langkah.
Setiba di rumah kejadian, aku mengetuk pintu. Kelihatan seorang ibu muda membuka pintu.
“Berapa umur anak? Apa dah jadi?” “Anak saya baru 4 bulan. Pagi tadi saya kejutkan dia, tapi dia dah tak gerak”
Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka.
Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan.
Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.
10 Nasihat Untuk Mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome):
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap.
Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andai kata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut.
Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) di atas katil.
Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok.
Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakain pakaian berlapis-lapis ketika tidur.
Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain.
Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibubapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Dapatkan pemeriksaan prenatal berkala.
Ini dapat mengurangkan risiko SIDS malah membantu ibu untuk memantau kesihatan bayi secara keseluruhan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.