Diam tak diam, anak kedua Fasha Sandha, Puteri Raysha Jemyma kini sudah pun berusia lapan tahun. Malah anak kecil yang semakin cantik persis ibunya ini kini sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon.
Menurut perkongsian Fasha di Instaramnya, anak keduanya itu sudah mula minat berlakon malah turut beraksi untuk persembahan di sekolahnya.
Melihat kehebatannya ibunya beraksi di pentas lakonan seakan menjadi idola buat Jemyma.
Pun begitu bakat anak kecil itu kata Fasha hanya dikembangkan untuk projek sekolah kerana tidak mendapat keizinan dari suaminya, Aidil Aziz yang digelar Dada oleh anak-anak.
“My 8 year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon. Unfortunately, dada tak izinkan jadi pelakon tv/ filem.
“Jemyma and Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang,” kongsi Fasha.
Ads
Biarpun begitu, akui Fasha dia teramat berbangga dengan bakat lakonan cemerlang anaknya itu.
“Good job Jemyma! Ibu Dada and Ayah proud of you,” kongsi Fasha.
Melalui video yang dikongsikan Fasha jelas Jemyma sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan malah cukup berani untuk tampil di pentas dengan gaya tersendirinya.
Terdahulu, Fasha Sandha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Ads
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, dan Puteri Raysha Jemyma.
“Dia (Ainul) pandang saja dan pegang tangan Dr Amalina ketika pertemuan mereka selepas 3 tahun. Dr Amalina juga tak lepas pandang melihat Ainul,” kata Nurul Erwani Zaidi, ibu kepada penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Nurul Erwani, 27, menceritakannya detik pertemuan Ainul Mardhiah, 4, dan Dr Nur Amalina Che Bakri ketika diminta berkongsi kisah menyentuh hati itu.
Pertemuan itu mendapat perhatian netizen selepas Nurul Erwani dan Dr Amalina masing-masing memuat naik gambar mereka bersama Ainul Mardhiah di Instagram (IG).
Bercerita lanjut, Nurul Erwani berkata, dia dan Dr Amalina sering berhubung menerusi WhatsApp sebelum ini bagi memaklumkan perkembangan Ainul Mardhiah.
“Kami selalu saja WhatsApp antara satu sama lain, malah Dr Amalina ada menghantar kiriman mesej sebelum ini selepas saya muat naik hantaran memaklumkan keadaan Ainul yang tidak sihat.
“Cuma, saya dan suami belum ada kesempatan membawa Ainul berjumpa Dr Amalina.
“Bagaimanapun, selepas melihat perkongsian Dr Amalina menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air di IG sebelum ini, saya terus menghantar kiriman mesej untuk mengajaknya (Dr Amalina) berjumpa jika dia berkelapangan,” katanya.
Dr Amalina tak lepas peluk Ainul
Nurul Erwani berkata, dia dan suami, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, 27, tidak terlalu berharap kerana faham keutamaaan Dr Amalina pulang ke Malaysia adalah untuk meluangkan masa bersama keluarganya.
“Lagipun, saya lihat Dr Amalina ada memuat naik gambar bercuti dengan suami di Langkawi, namun beliau terima pelawaan saja cuma beritahu mahu pulang ke Johor Bahru, Johor bertemu ibunya dahulu.
“Saya dan suami akhirnya dapat membawa Ainul bertemu Dr Amalina dan kami sempat luangkan masa makan tengah hari serta jalan-jalan di ibu kota bersama kira-kira dari 1 tengah hari hingga 3 petang.
“Dr Amalina asyik peluk Ainul ketika berjumpa. Beliau akui sebak kerana dulu Ainul masih bayi dan didukung tetapi kini boleh berjalan serta riang ketawa. Menurut Dr Amalina, Ainul seperti adiknya,” katanya.
Menurut Nurul Erwani, sekiranya ada rezeki, dia dan suami mahu mempertemukan lagi Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina.
“Saya dan suami ada perancangan untuk ke London cuma perlu tunggu Ainul sihat dan kewangan kami stabil dahulu.
“Buat masa ini, Ainul masih menjalani terapi pertuturan dan fisioterapi diikuti pembedahan plastik nanti.
“Alhamdulillah, saya sekeluarga masih dapat sokongan rakyat Malaysia yang sentiasa tertunggu untuk mengetahui perkembangan Ainul sehingga kini dan kami hargai juga doa dititipkan.
“Terima kasih juga buat Dr Amalina kerana sentiasa ambil berat dan ikuti perkembangan Ainul daripada awal hingga kini, moga ukhuwah antara kami terus terjalin,” katanya.
Rancang buka Yayasan Ainul Mardhiah
Sementara itu, Nurul Erwani berkata, dia dan suami juga ada perancangan membuka Yayasan Ainul Mardhiah satu hari nanti.
“Buat masa ini, kami cuba ambil inisiatif bantu kanak-kanak berpenyakit yang memerlukan dana dengan menyumbang ikut kemampuan bagi meringankan beban keluarga mereka.
“Jika ada rezeki, kami mahu menubuhkan sebuah yayasan pula supaya Ainul Mardhiah dapat turut sama membantu golongan kurang bernasib baik apabila dewasa nanti,” katanya.
Pada 2019 Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu mengesahkan ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
Kredit: Metro / Gambar: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ais Krim antara pencuci mulut yang digemari ramai tak kira usia. Lebih-lebih lagi dihidang pada waktu panas. Memang sejuk tekak! Jadi tak hairanlah kenapa menu ais krim menjadi pilihan tuan rumah untuk hidangan buat tetamu yang hadir.
Salah satu jenama ais krim yang terkenal adalah ICELY!
iCeLy adalah sebuah Syarikat Bumiputera yang membekalkan Aiskrim Potong kepada ejen-ejen iCeLy di seluruh Malaysia. iCeLy telah ditubuhkan pada 2018 oleh Tuan Muhamad Akram Bin Che Abdullah yang merupakan Founder iCeLy.
Ts. Dr. Rozaina Binti Ismail atau lebih mesra disapa Dr Ina yang merupakan Pensyarah Kanan di Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM memulakan operasi sebagai ejen iCeLy Shah Alam pada 26 September 2021.
Nama iCeLy pastinya membawa ciri-ciri aiskrim yang bersifat sejuk “ice”. Idea untuk melibatkan diri dalam perniagaan iCely ini tercetus apabila memikirkan apakah cara untuk tingkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan anak-anak disamping dapat menjana pendapatan untuk tabung simpanan anak-anak yang berumur 3, 9,10 dan 12 tahun berbekalkan asset sedia ada (freezer dirumah).
Kini iCeLy Shah Alam memiliki 12orang crew/staf yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM yang berminat membuat kerja sambilan (untuk pakej catering dan jualan event).
Terdapat 12 Perisa dan top seller adalah “Coklat & Strawberry”
Bagi perisa asli ada Coklat, Strawberry, Vanilla, Blueberry, Keladi, Apple, Cappucino dan Jagung manakala King Flavour terdiri dari perisa premium Red King, Durian King, Peppermint King dan Black King.
Kelebihan iCeLy berbanding perniagaan aiskrim potong yang lain di Malaysia adalah dari segi pakej. iCeLy boleh dijual dalam pelbagai Pakej iaitu secara jualan cup, box 15pcs, catering, pakej surprise dan boleh disertakan topping dan stok iCeLy terdapat di seluruh semenanjung Malaysia.
iCeLy Shah Alam berjaya mengendali sejumlah 53 event catering dari pelbagai Kaum (Melayu, India, Cina) sejak event pertama 20 Nov 2021 sehingga yang terkini 07 January 2023.
iCeLy sentiasa komited dalam mempastikan kualiti, integriti dan prestasi yang sentiasa diyakini pelanggan agar syarikat terus diberikan kepercayaan serta dikenali.
Raja segala buah, Durian memang menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Tak sah rasanya kalau tak merasa seulas durian jika musimnya tiba. Namun bila ada anak kecil, pasti ada yang curi-curi beri anak rasa durian. Makan durian barulah anak Melayu tak gitu?
Namun adakah bayi dibolehkan makan buah durian ini? Apakah kebaikan disebalik raja segala buah ini? Ada yang cakap tak elok bagi baby makan durian! Dalam artikel kali ini, Dr Amalina Mohd Daud berkongsi khasiat buah durian dan bagaimana cara untuk kenalkan durian kepada bayi.
Sebelum ini saya percaya bahawa durian sepatutnya diperkenalkan lewat kerana ia sangat manis.
Tetapi sebenarnya kerana kita ingin memperkenalkan pelbagai jenis makanan, kita harus memberi peluang durian untuk berada dalam mulut bayi kita.
Yess durian boleh diperkenalkan kepada bayi kita seawal ‘weaning’ asalkan kita beri pada jumlah yang sederhana. Durian sangat kaya dengan karbohidrat, vit B, protein, lemak, mineral dan antioksidan. Itulah raja buah yang sebenar!
Walaupun durian berisiko tercekik akibat bijinya, anda sebenarnya boleh memasaknya cukup lama sehingga ia empuk. Anda boleh sama ada kisar sehingga menjadi serbuk atau melenyek sehingga halus.
Pada gambar di atas, saya telah memasukkan cara intro durian pada usia tertentu. Jadi boleh rujuk.
Saya tahu ia agak bertentangan dengan intuisi untuk memberikan durian kepada bayi. Tetapi… adakah anda akan memberi?
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.