Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah, ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu. Walau hanya soalan yang sama saban hari, bertanyalah.
Sebab apa? Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pada hari itu. Penting untuk mereka luahkan dan penting untuk mak ayah tahu. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.
Bila anak jarang bercerita pasal sekolah dia pada kita cepat cepat tanya khabar dia. Jangan acuh tak acuh dengan keadaan persekolahan anak kita.
Bagi kita sekolah ni alah, hal kecil je tapi bagi anak-anak sekolah itu satu DUNIA baru yang sangat besar bagi dia.
Ads
Jika anak tak pernah langsung nak bercerita keadaan dia di sekolah barangkali, – dia stress belajar. – dia tak pandai berkawan. – dia rasa tertekan. – dia kemurungan. – dia ketakutan guru garang. – dia mangsa buli. – dia rasa dia loser. – dia rasa tersisih ( fear of left out )
Macam-macam boleh jadi kat sekolah. Nampak anak selalukan tanya keadaan dia di sekolah jangan buat derk je.
Dekat sekolah tu dia tiada siapa-siapa, semua orang asing bagi dia.
Ads
Kasihan, patut la Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019 mendapati bahawa 2.3 peratus remaja 16 tahun ke atas akan hidap masalah mental. Hmm..
Tolong parent. Jangan biarkan anak kita lalui liku liku persekolahan sendirian, bahaya!
Jadi support system yang terbaik yang boleh anak anak bergantung harap setiap masa.
Ads
Anak kita bukan lembik, mereka cuma perlukan support dan restu ibu ayah untuk jadi lebih kental & lebih berjaya. InsyaAllah.
Menjadi ibu Datin Sri Zizie Ezette galas tugas lebih besar. Bukan seperti pendapat kebanyakan orang hanya melahirkan dan membiarkan anak dijaga pembantu semata-mata.
Anak adalah anugerah yang terindah bagi seorang ibu. Datin Sri Zizie Ezette amat menghargai momen menjadi ibu.
Dengan 5 orang pembantu bagi menjaga 5 cahaya mata, aktres ini dapat menjalankan tugas sebagai ibu dengan lebih efisien. Ibu kepada Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 2, pasangan kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete, 1 tahun 8 bulan dan Aalisa Belle Izette, 4 bulan.
Menerusi kemaskini Instagram, Zizie mencoretkan perasaannya tentang tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa anak-anak lebih rapat dengan pengasuh/ pembantu.
“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walau pun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuhlah ibu mereka.
“Silap sama sekali andaian mereka itu kepada saya.
“Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.
“Tetapi saya juga mengambil tahu tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak-anak. Saya sentiasa ada bersama anak-anak dan berikan sepenuh perhatian dan memupuk kasih sayang secukupnya kepada mereka semua.
“Saya nak mendidik dan lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya seorang ibu. Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat.
“Adohai, jauh sama sekali pandangan orang tu.
Para follower mengakui tidak puas melihat layanan Zizie kepada anak-anak. Lembut dan sentiasa ada dengan si kecil. Malah anak-anaknya juga memperlihatkan bonding yang kuat dengan ibu mereka.
Sumber: Instagram Datin Sri Zizie Ezette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata anak ramai rezeki. Tapi dalam keadaan hari ini, bila pasangan yang mempunyai anak lebih dari 5 orang pun orang dah menjeling tengok bila bawa keluar ke mana-mana. Mungkin dulu orang tak kisah sangat tapi sekarang ia sedikit berbeza.
Lagi satu kebanyakan daripada kita akan fikir jika anak dua atau tiga dah cukup untuk zaman sekarang. Ini kerana semua kos mahal selain masa untuk membesarkan anak agak terhad. Ada sesetengah pendapat menyatakan tak boleh tengok pada kuantiti tetapi kena nilai melalui kualiti.
Walau apa pun pendapat, pasangan suami isteri sendiri yang tahu. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada pendapat berbeza. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Namun bagi Puan Wan Melisa, 33, yang kini mempunyai 8 orang anak dan sekarang tengah mengandungkan anak yang ke-9 dia menganggap kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Ramai orang tak percaya bila tahu saya ibu kepada 9 orang anak. Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Anak ramai rezeki tak putus
Wan Melisa berkongsi semasa berkahwin dia berusia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Saya sekarang ada lapan orang anak. Enam lelaki dua perempuan. Seorang lagi dalam kandungan usia 6 bulan lebih. Tu pun ada yang bising cakap jangan beranak lagi. Tapi sebenarnya bila makin ramai anak makin murah rezeki keluarga kami.
“Bermula anak ketiga selang setahun je anak-anak kami. Sampai la anak ke-6 dan ke-7 dapat kembar lelaki. Sekarang anak ke-8 pun lelaki dah nak masuk 10 bulan.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 12 orang anak,” katanya.
Target 12 orang anak
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Semua saya jaga sendiri dan tak ada pembantu rumah.
“Anak-anak pun tak mengeluh bila saya bawa ke mana-mana untuk ambil barang berniaga. Sampai sekarang anak 8 orang syukur sangat-sangat dari hidup kami susah, Allah berikan keselesaan untuk kami anak beranak tinggal di rumah selesa dan makan pakai semua cukup. Sebab tu suami cakap kalau boleh dia nak 12 orang anak,” jelasnya.
Kena pandai urus masa
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Lagi satu ada juga yang bertanya saya dengan keadaan sekarang tak sesuai untuk memiliki anak ramai kerana susah nak jaga dan ekonomi pun tak menentu.
“Bagi saya mudah saja, itu atas pasangan masing-masing. Kalau susah kita fikir, maka susahlah jadinya. Sentiasa fikir positif, Allah akan lorongkan perkara yang positif buat kita sekeluarga,” katanya lagi.
Mengandung tak ada alahan, bersalin normal
Wan Melisa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 8 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Kini anak-anak saya berusia 12 tahun (lelaki), 9 tahun (perempuan), 7 tahun (perempuan), 6 tahun (lelaki), 4 tahun (lelaki), kembar 2 tahun (lelaki), bayi 10 bulan (lelaki).
Keluar berjalan pakaikan baju sama
Memandangkan saya anak ramai, bila keluar akan pakaikan baju yang sama untuk anak yang kecil. Ini cara saya untuk mudah nak tengok anak pergi mana-mana.
Kadang ada juga soalan yang tanya, ni anak asuhan ke anak sendiri? Bila cakap anak sendiri mereka pula tak percaya.
Pertanyaan ini dah lali untuk saya. Lagipun suami memang tak akan bagi tinggalkan anak-anak di rumah kalau nak keluar. Memang kena bawa semuanya.
Setakat ini bila anak-anak dikhalayak ramai, semua masih boleh mendengar kata. Syukur juga bila ada anak yang dah besar, mereka pula boleh tolong jaga dan pantau adik-adik.
Masa nak keluar, tip yang selalu saya gunakan untuk anak-anak adalah pesan siap-siap supaya jangan nakal-nakal, dengar cakap dan bila berjalan pimpin tangan. Kalau tak dengar duduk saja di rumah. Alhamdulillah sangat menjadi.
Begitu juga bila di rumah. Lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan.
Sumber: Wan Melisa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu terbabas kalau menyimpan. Ini selalu terjadi pada kita. Awal-awal tahun mulalah kita semangat, bila sesak, kita korek tabung tanpa rasa bersalah.
Apa kata tahun baru ini kita mulakan semangat kembali untuk menyimpan dengan cara sendiri. Cara macam mana? Ini cara menyimpan seperti yang dikongsikan oleh Mohammad Yaakub Yusra.
START SIMPAN DARI SEKARANG Nak saving ni macam-macam cara boleh buat. Salah satunya ikut warna duit ni.
Tapi jangan main simpan ja takut tak ada pulak duit belanja. Pi cucuk ATM RM100, keluar semua RM10 10 keping. Naya pak karim lah nak kena simpan semua haha.
Cuba guna tips ni, tahun depan baru cek tabung.
RM1 Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM365.
RM5 Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM520.
RM10 Setiap minggu simpan dua keping. Total setahun RM1040.
RM20 Setiap bulan simpan dua keping sahaja. Total setahun RM480.
Konsep bulan genap dan ganjil
Lain pula konsepnya dengan kuantiti wang RM50 dan RM100. Ikut konsep ganjil dan genap. Macam mana?
RM50 Simpan ikut bulan ganjil iaitu Januari, Mac, May, Julai, September dan November. Total setahun RM300.
RM100 Simpan ikut bulan genap iaitu Februari, April, Jun, Ogos dan Disember. Total setahun RM600.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...