Setiap ibu bapa mahu anaknya membesar menjadi seorang yang genius atau bijak. Sebenarnya kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak kecil.
Apa yang boleh anda buat untuk merangsang kebijaksanaan si kecil? Ketahui 7 cara mudah untuk diikuti.
1. Belajar muzik
Belajar bermain alat muzik merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil di sekolah. Semakin lama anak anda belajar bermain muzik, semakin jelas hasilnya boleh dilihat. Oleh itu, dedahkan anak-anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecil untuk kecerdasan otak.
Ads
2. Tingkatkan kesihatan
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah dan meningkatkan keyakinan diri, sentiasa bersemangat dan dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri anak-anak. Justeru, tingkatkan kesihatan anak dengan amalan gaya hidup yang sihat di samping memberikan makanan yang berkhasiat untuk si kecil. 3. Memupuk rasa ingin tahu
Berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik si kecil anda di rumah mahupun di luar rumah. Contohnya ajak membeli-belah bersama supaya mereka tahu cara penggunaan wang dan lain-lain. Semua ini merupakan cara yang baik sekali gus boleh diguna pakai untuk memupuk rasa ingin tahu anak-anak tentang kehidupan orang dewasa.
Ads
4. Membaca
Dalam dunia moden dengan peningkatan teknologi secara meluas, ramai yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak anda buku cerita yang menarik atau cerita dogeng kegemaran mereka, ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecil.
5. Sarapan pagi
Pastikan si kecil anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seorang anak yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik, dapat menumpukan perhatian di sekolah dan dapat belajar lebih cepat. Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan yang dapat mengenyangkan. Itu sudah mencukupi bagi memulakan hari dengan penuh bersemangat.
Ads
6. Beriadah
Tutup televisyen dan ajaklah anak anda keluar untuk beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka cara hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak si kecil anda cerdas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini semua ibu bapa asyik nak anak cepat membaca seawal usia si kecil lagi sampai kadangkala terlupa fitrah seorang kanak-kanak adalah bermain. Melalui aktiviti bermain mereka belajar banyak perkara. Jangan kita nafikan hal tersebut dan disebabkan tak mahu anak ketinggalan pandai macam anak orang lain maka kita paksa anak belajar dan belajar di awal usianya.
Bahkan ada juga ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak ke tadika yang mementingkan pencapaian akademik dan berteraskan peperiksaan kerana mahu anak menjadi yang terbaik dan nombor satu kononnya.
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak. Menghantar anak belajar ke play school satu usaha yang dilakukan untuk memberi peluang anak belajar ketika bermain. Namun apa perasaan anda bila ada orang mempertikaikan cara anda sebagai ibu kerana beranggapan menghantar anak ke play school yang lebih mementingkan aktiviti bermain sambil belajar itu sebagai buang masa dan hanya untuk anak-anak yang lembap sahaja!
Itu yang dialami oleh seorang ibu yang juga penulis buku terkenal 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna, Adlil Rajiah sehingga beliau menulis satu posting di facebook beliau mengenai pentingnya belajar ketika bermain bagi seorang kanak-kanak.
Malam tadi, I received this message from someone ;
“Hi, nk tanya. Betul ke awk hantar Haikal kat playschool? Nape eh? Setahu saya playschool ni sekolah untuk anak-anak lembap atau yg lambat pick up atau yg ada learning disabilities. Sbb xtvt dia main je kan. Xde belajar akademik. Ke Haikal mmg ada learning disabilities? Anak saya belajar kat tadika biasa tak sampai 6 bulan dah boleh baca dah belajar matematik sifir apa sume. Bermain tu mmg lah penting, tapi kat sekolah sekarang dah ada kbat apa semua, so nak xnak akademik jauh lebih penting rasanya.”
Wah. Menggelegak tiba-tiba baca mesej ni. Dan tiba-tiba teringat one of my favourite quotes daripada salah seorang mentor saya
“All parents love their children and only want the best for their children. But without the right parenting mindset and knowledge, parents’ love can eventually destroy the children.”
Yes, kita semua sayang anak-anak. Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak.
Tapi tak semua benar-benar tahu HAK DAN FITRAH anak-anak. Tak semua benar-benar mendalami KEPERLUAN EMOSI anak-anak.
Kebanyakan kita hanya ikut-ikut orang, ikut-ikut trend, dan ikut-ikut keturunan, tanpa peduli ia betul atau salah, tanpa peduli ia menyokong fitrah anak atau tidak!
Please, dear parents. Have the right mindset. Seek for the right knowledge. Jangan hanya mengikut, jangan hanya mengakur, dan jangan hanya percaya. Lebih-lebih lagi bila you are a parent, yang dah ada tanggungjawab ke atas another human-being.
Kbat tak kbat, pedulikan lah! Anak-anak berhak bebas hidup di atas potensi, kebolehan dan kepintaran mereka sendiri, yang bukan dipaksa-paksa, yang bukan dibanding-banding, yang bukan disogok-sogok, yang bukan diada-adakan, yang bukan diperjudi-judikan, semata-mata untuk dapat nombor 1 dalam kelas, semata-mata untuk dijulang sebagai pelajar terbaik, semata-mata untuk dapat kerja bergaji besar supaya boleh sara kita bila tua.
Education / Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) is MORE THAN THAT. Yang tak boleh diukur hanya di atas kertas peperiksaan semata-mata.
Yes of course, akademik penting. Tapi tanpa perkembangan emosi yang baik (yang hanya boleh dibentuk melalui BERMAIN), pencapaian akademik takkan kemana!
Haikal ada learning disabilities? Saya rasa semua orang ada.
“If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.” -Albert Einstein
Semua orang ada ability dan disability. And that what makes us unique. That what makes us —US.
Anak-anak kita bukan robot yang lahirnya semua sama. Mereka adalah khalifah yang masing-masing mempunyai peranan berbeza-beza satu hari nanti. So embrace their differences. Embrace their abilities and disabilities.
Accept the fact that our children need PLAY as much as they need food and water.
Manakala anak-anak yang dapat hak bermain yang cukup sepanjang tempoh 6 tahun pertama tersebut, dikatakan lebih berdayasaing dan bekebolehan dalam banyak segi termasuklah akademik.
Dan ini 9 perkara yang anak-anak akan dapat dengan hanya BERMAIN, dan takkan dapat dari pembelajaran formal dalam classroom.
1. Play stimulates imagination & creativity. Bila bermain, anak akan terdedah dengan pelbagai tools, dan bukan hanya kertas dan pensel. Dari situ mereka membina, mencipta, membentuk, memikir, memerah kreativiti dan imaginasi.
2. Bermain menggalakkan anak-anak bercakap dan bergaul. Bila bermain, automatically akan wujud hubungan dan interaksi 2 hala atau berkumpulan. Dari situ, anak mula develop kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Gaduh-gaduh tu biasa lahhh. Dari gaduh tu lah wujud pula emotional stimulation!
3. Bermain menggalakkan anak bergerak & improve physical strength. Bila bermain, anak tak dipaksa duduk diam dalam tempoh yang lama seperti dalam kelas. They are allowed to move around, dance, jump, etc. Melalui pergerakan-pergerakan ini, ketahanan badan dan ransangan saraf akan terbentuk. Dan kita pun tahu, perkembangan otak adalah sangat berkait rapat dengan body movement!
4. Play gives different emotional exposures and helps children manage those emotions. Bila bermain, anak akan terdedah dengan suasana berebut, bersaing, berkongsi, berkumpulan, berlumba, bergaduh, dan berpeluang menikmati macam-macam emosi! This is how they learn to manage their own emotions, dan dalam masa yang sama mereka belajar mengenali dan mengendali emosi orang lain.
5. Play teaches the kids to embrace differences. Sebab masa bermain, anak-anak terdedah dengan pelbagai ragam, karakter, bahasa, budaya, saiz, dan bau manusia. So anak akan lebih terbuka dalam menerima perbezaan pada orang lain, dan belajar menyayangi semua orang tanpa syarat.
6. Play boosts self-esteem and self-worth. Because it brings out the best in a child. Anak-anak akan jadi diri sendiri ketika bermain. They are allowed to practice their own ability and embrace other people abilities. Anak akan lebih berkeyakinan diri dan tak cepat down dengan kelebihan orang lain.
7. Play releases stress, trauma and fear. Bermain akan neutralize child’s emotions dan rationalize child’s brain.
8. Bermain ajar anak tentang berkongsi, bertoleransi, leadership dan empathy.
9. Play improves thinking & problem-solving skills. Sebab bila bermain, anak akan terdedah dengan banyak isu. Contohnya, mainan tak cukup, berebut, warna tak sama, saiz tak sama, mainan rosak, masalah teamwork, accidents, ruang sempit, macam-macam. Isu-isu sebegini lah sebenarnya yang akan stimulate anak-anak untuk berfikir di luar kotak dan develop their problem-solving & surviving skills.
So please. Don’t underestimate the power of PLAY. Don’t deny the children’s right to play.
Have the right mindset. Have the right knowledge.
Do some readings. Do some readings. Do some readings.
Kalau taknak baca research berat-berat pun, baca yang santai-santai, yang dalam bahasa mudah.
Contohnya majalah-majalah parenthood.
Childhood anak-anak kita sekali sahaja. Use it, or lose it. Bantu, atau bantut. They deserved nothing but the best from us.
Let’s straighten our mindset and nawaitu. Dan semoga Allah redha dan permudahkan perjalanan kita dan anak-anak.
Bila ada adik baru, si abang mula lah jealous kan. Kadang-kadang anak masih belum faham, mereka rasakan ibu memberikan perhatian lebih kepada baby baru dan mereka rasa terabai. Tapi bayi yang baru lahir memang perlukan lebih perhatian dari si ibu. Pengalaman ini dikongsi oleh blogger terkenal, Irine Nadia di Instagramnya.
Abg Umar. Dia sayang adik dia, selalu datang dalam bilik belai-belai, cium-cium baby, tapi tu laa jeles. Macam kakak-kakak dia steady je dan dulu kakak dia dapat adik tak lah sampai macamni. Haha. Oh anak terunaku .
Umar masih menyusu lagi dgn ibu, rutin dia setiap malam sebelum dapat adik, lepas dia dah habis main, dah letih terus masuk bilik ajak ibu tido. Ni tadi dia nak menyusu, sekali adik terjaga. Letak Umar dekat tepi kejap, tengok-tengok dia cebikkk tutup mata sambil sedu-sedu keluaq ayaqq mataaaa. Tapi nasib baik la bila ayah dia datang, terus happy balik dan tido dgn ayah.
Ibu ni tahan je lah sebak kejap, kang layan perasaan satu keje x boleh buat huhu. Kasih sayang ibu semua sama rata untuk anak-anak.
Netizen turut sebak melihat video yang dikongsi oleh beliau di instagram. Video abang umar menangis tersedu-sedu. Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka dengan anak-anak.
Ala kenapa saya pulak yang rasa sedih dan sayu ni
Boboi macam tu kot irine
Anak lelaki memang macam tu
Sama situasi anak sulung teruna saya bila dapat adik
Monkey Bar antara (support) untuk anak-anak autisme bagi meningkatkan dan meransang motor kasar mereka.
Selain bagus untuk anak autisme, aktiviti ini juga baik untuk membina (memantapkan) otot tangan kanak-kanak. Kalau otot dah mantap, baru boleh pegang pensel dengan baik dan lama.
Ramai orang tak tahu, aktiviti lasak adalah seiring dengan perkembangan otot dan otak. Ia jauh lebih baik dari membiarkan anak bermain dengan gajet.
Bermain dengan monkey bar boleh menguatkan otot-otot bahagian atas badan, otot bahu dan lengan, pergelangan lengan dan jari jemari, ini mampu memberi kesan seperti berikut:
1. Anak-anak yang mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang kuat. Mereka boleh berdiri dan duduk tegak dengan baik, ini membantu memudahkan aktiviti menulis.
2. Anak-anak yang mempunyai otot bahu dan lengan yang kuat. Mereka mudah mengawal kedudukan dan pergerakan lengan ketika menulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka.
3. Anak-anak yang mempunyai pergelangan tangan dan jari-jemari yang kuat Mereka mudah menggerakkan pergelangan tangan ketika menulis. Jari-jemari yang kuat tidak mudah penat memegang alat tulis. Ini memudahkan aktiviti menulis mereka. –Special Kidz Rehab Care Center SKRC.
Perkongsian dari Puan Nur Syakirah Rusili yang membuat sendiri monkey bar khusus untuk dua anaknya boleh di cuba oleh ibu bapa yang turut berminat nak melakukan demi manfaat anak-anak.
Siapa-siapa nak buat, tengok gambar-gambar tu ye.. Saya gerenti mesti semua fikir bahagian rod untuk monkey bar tu paling mencabar nak cari idea kan. Kalau setakat pakukan kayu semua pun tau kan.
Saya dah puas selongkar google tapi tak jumpa cara untuk diy rod monkey bar besi melainkan kena welding. Yang saya jumpa jual online ada la. Ingat nak beli je tapi harganya RM300 lebih untuk 8pcs!!! Kat Lazada pun ada kalau tak silap.
Lepas tu saya teringat yang saya pernah pasangkan penyidai besi ikea untuk mak saya. Batang besi tu kosong je kat dalam. Di hujung kiri dan kanan ada besi berlubang untuk skru dari situlah saya terfikir nak sumbatkan batang kayu pengecat dalam paip besi. Batang mop pun boleh kot. Kukuh ni! Tak percaya cubalah. Nak cantik lagi boleh catkan.