Ajar dari kecil anak-anak susun barang seperti buku, toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri.
Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori. Contohnya box lego mesti ada barang lego sahaja, tidak cantik jika dicampur. Semua benda ada rumahnya, itu konsep asas home organizing.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali dan dipraktikkan kepada anak-anaknya adalah dengan menggunakan teknik Konmari yang nampak lebih kemas dan teratur.
Bukan setakat kemas, teknik ini juga lebih mudah buat anak memilih dan mencari mainannya tanpa bercampur aduk dalam satu bekas.
Ads
Kereta tak boleh bercampur dengan lego. Kad tak boleh bercampur dengan mainan lain. Tahu kenapa?
Sebab bila kita campur semua toys,anak-anak jadi sukar nak cari mainan sebab tak nampak mainan apa yang mereka ada ataupun tak jumpa.
Bila ada sistem storage yang betul.
Kalau ke kedai nampak mainan lego bila anak minta nak beli:
“Mama..nak lego?”
“Oh lego kita ada di rumah.Nanti balik kita tengok berapa banyak lego kita ada.Mesti seronok main kan?”
Ads
Sistem storage yang sistematik juga sangat memudahkan anak-anak untuk bermain dan kemas sendiri. Jika main sepah macam mana sekalipun kita sebagai ibu tak perlu risau sebab dah sediakan sistem untuk mereka atur dan kemas semula.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero!
Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Berikut dikongsikan tips ini untuk panduan bersama
TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Berminat untuk tahu lebih banyak tips, jom dapatkan buku PSIKOLOGI SI KECIL sebagai panduan setiap keluarga dalam memahami psikologi anak-anak.
Dapatkan di link berikut: bit.ly/Psikologi_Si_Kecil
#psikologisikecil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang mempunyai anak kecil dan masih belum lagi berpuasa, biasanya kita akan bagi anak-anak makan di waktu siang dengan menghidangkan menu ringkas sementara nak memasak di sebelah petang untuk juadah berbuka.
Kadang tu jika ada lauk lebih ketika bersahur, ibu akan beri anak-anak makan dulu lauk tersebut waktu siang kerana memikirkan ia lebih mudah dan tak mahu membazir.
Bagaimanapun, perkongsian dari Dr Suriyakhatun ini cukup bermakna dan untuk kebaikan anak-anak kita.
Anak-anak kita yang tak puasa
Sudah 20 hari puasa. Saya khuatir anak-anak yang terlalu kecil untuk puasa tapi susah makan nasi akan terjejas nutritisi mereka.
Waktu pagi dan tengah hari dapur tak berasap! Mungkin mereka diberi makan roti sapu jem atau peanut butter, di beri nugget dan sosej serta burger atau telur goreng! Maklumlah orang lain tak makan!
Mungkin juga lauk semalam dipanaskan dan diberi! Inilah masanya anak-anak ini akan terjejas sistem immune sebab mula kekurangan zat makanan.
Ini jugalah masanya lauk tak habis berkumpul dalam peti sejuk.
Setelah berada untuk beberapa hari mungkin ada yang akan keluarkan dan panaskan semula. Mungkin ada yang akan dapat keracunan makanan!
Kalau selepas dimasak terus ke freezer itu tak apa, yang saya sebut di sini adalah lauk di bahagian refrigerator bukan bahagian freezer yang mana ia hanya sesuai untuk sehari dua sahaja.
Ada juga yang suka simpan makanan bawah tudung selepas sahur dan paginya diberikan pada anak pula.
Malaysia ni panas, kuman cepat membiak bila makanan terdedah.
Yang membeli makanan dari luar pun, berhati-hati makanan yang cepat basi bila terdedah beberapa jam! Jika makanan sudah mula basi, maka senang nak dapat keracunan makanan!
Saya pesan untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang tak puasa sebab selalunya selepas raya ramai anak-anak akan sakit.
Tambahan pula di akhir Ramadan dan awal Raya akan ada banyak kuih-kuih Raya yang banyak gula lemak dan tepung dan tidak ada khasiat yang badan perlukan. Anak-anak tak makan nasi lauk/sayur, disebaliknya cuma makan kuih dan minum air manis .
Ingatkan dan berilah teguran jika nampak anak-anak jiran atau saudara tidak mendapat makanan seimbang! Anak-anak ini amanah, jangan kita sibuk menjalankan ibadah puasa dan lupa pula tanggungjawab dan amanah!
Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.