Tak dinafikan suasana di dalam rumah kita memainkan peranan yang besar dalam institusi kekeluargaaan. Samada baik atau negatif, semuanya bertitik tolak dari cara dan didikan kita di rumah.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, vibes negatif yang kadangkala tanpa kita sedar memainkan peranan malah adakalanya boleh merosakkan anak itu sendiri.
Ini yang mak ayah boleh elakkan di rumah. Penting!
1. Selalu dibanding-bandingkan sesama ahli keluarga
2. Dilekakan dengan terlalu banyak hiburan
Ads
3. Pembukaan aurat berlaku secara berleluasa walaupun sesama ahli keluarga
4. Dihidangkan dengan minuman dan makanan yang terlalu tinggi bahan pengawet dan kandungan gula
5. Kata kata kesat menjadi siulan sesama ahli keluarga
Ads
6. Dipenuhi oleh ahli keluarga yang tidak solat
7. Tengkingan & jeritan menjadi makanan harian seluruh ahli keluarga
8. Perbincangan sesama ahli keluarga hanya seputar gosip artis sahaja
Ads
9. Ramai yang judgmental. Tiada ahli keluarga yang bersifat prihatin & mahu mendengar keluhan & luahan
10. Tanggungjawab mengurus rumah diberikan & dibebankan pada mak ayah sahaja.
Tolong berikan ilmu & info ini pada pasangan masing masing juga. Nak bina keluarga, bermula daripada pasangan yang sudi belajar bersama sama.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya tak hisap rokok depan anak pun, saya merokok kat luar rumah je.”
“Saya basuh tangan lepas merokok, jadi tak bahaya.”
Namun, tahukah anda? Merokok walaupun di luar rumah masih boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dan anak kecil. Dan kesannya bukan kecil, ia boleh menjejaskan sistem pernafasan, tumbesaran dan perkembangan otak si manja.
1. Secondhand smoke Asap yang keluar semasa rokok dibakar dan dihembus oleh perokok. Walaupun anda merokok di luar, sisa asap ini boleh melekat pada pakaian dan dibawa masuk ke dalam rumah.
2. Thirdhand smoke Sisa toksik yang melekat pada baju, rambut, kulit, tangan, perabot, kereta, dan dinding selepas merokok. Ia tidak kelihatan, tetapi masih berbahaya. Bayi yang menyentuh baju anda atau dipeluk selepas merokok mungkin menyerap bahan kimia ini melalui kulit, tangan dan mulut.
Kenyataan ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan banyak kajian saintifik yang membuktikan thirdhand smoke kekal aktif di persekitaran selama berjam-jam, malah beberapa hari.
Berikut antara risiko yang bayi hadapi apabila tinggal bersama perokok, walaupun si bapa tidak merokok di hadapan mereka:
1. Masalah pernafasan kronik – Batuk berpanjangan, lelah (asthma), dan bronkitis. 2. Jangkitan paru-paru (pneumonia) – Bayi lebih mudah dijangkiti kerana sistem imun belum matang. 3. Risiko kematian mengejut bayi (SIDS) – Bayi yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko SIDS yang lebih tinggi. 4. Tumbesaran terganggu – Zat beracun seperti nikotin dan karbon monoksida boleh menjejaskan perkembangan otak dan paru-paru.
Ramai ibu bapa mula salahkan taska, pengasuh atau cuaca bila anak kerap batuk atau demam. Tapi jarang bapa sedar:
“Baju yang saya peluk anak setiap malam… mungkin penyebab utama dia sakit.”
“Tangan yang saya suap dia makan… mungkin bawa sisa nikotin yang bahaya.”
“Rambut saya yang bau asap… dia hidu tiap kali tidur atas dada saya.”
Ini bukan salah orang luar. Ini bermula dari rumah. Dan kadang-kadang dari tangan bapa sendiri.
Sekiranya anda belum sedia untuk berhenti merokok sepenuhnya, cuba amalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
Jangan merokok dalam kereta atau rumah langsung.
Selepas merokok: Tukar baju, basuh tangan, muka dan berus gigi sebelum menyentuh bayi.
Pastikan baju merokok disimpan berasingan dan tidak digunakan untuk pegang bayi.
Jangan pegang bayi serta-merta selepas hisap rokok. Tunggu sekurang-kurangnya 2 jam dan bersihkan diri.
Wahai bapa, anak kecil anda tak tahu bezakan bau rokok dengan bahaya. Mereka hanya tahu rasa selesa bila dipeluk, dicium, dan disuap oleh ayah mereka.
Tapi tanpa sedar, bau itu bawa racun. Baju itu simpan sisa asap. Tangan itu tinggalkan nikotin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kepada YB Syed Saddiq, Puan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Umi, berkongsi tip menarik bagaimana beliau mendidik empat orang anaknya iaitu Sharifah Amani Syed Abdul Rahman, Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dan Syed Saddiq Abdul Rahman agar fasih berbahasa Inggeris sejak dari kecil. Bagi Umi, usaha itu bukan bermula ketika mereka sudah besar, tetapi seawal usia kanak-kanak lagi.
“Cakap Bahasa Inggeris Dengan Mama Ya…”
Sejak kecil lagi, Umi sudah menekankan kepada anak-anaknya untuk menggunakan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengannya. Katanya, kalau nak bertutur dalam Bahasa Melayu, simpan untuk kawan-kawan di sekolah. Dengan Umi, wajib speaking!
“Umi memang tekankan penggunaan Bahasa Inggeris pada anak-anak Umi. Umi selalu pesan kalau boleh, selalu bercakap Bahasa Inggeris dengan Mama. Kalau nak cakap Bahasa Melayu, boleh cakap dengan kawan-kawan di sekolah.”
Umi cukup tegas dalam hal ini. Ada satu ketika, semasa memandu, anak-anak berbual dalam Bahasa Melayu. Tanpa berfikir panjang, Umi berhentikan kereta tepi jalan. Bila ditanya kenapa, Umi hanya jawab ringkas tapi padat — dengan Mama, kena cakap Bahasa Inggeris. Dari situ, anak-anak terus faham mesej yang cuba disampaikan.
“Umi berhenti tepi jalan dan minta mereka turun. Kenapa Mama anak-anak tanya tapi Umi beritahu Umi tak nak mereka bercakap Bahasa Melayu. Jadi sejak tu anak-anak dah faham.”
Library Jadi ‘Playground’ Ilmu
Dalam kesibukan seharian sebagai ibu dan guru, Umi tetap curi masa bawa anak-anak ke perpustakaan setiap minggu. Bukan sekadar pergi, tapi duduk bersama-sama membaca buku. Uniknya, aura ‘family reading time’ ni turut tarik perhatian kanak-kanak lain untuk sama-sama duduk membaca.
“Macam mana sibuk sekalipun, Umi akan bawa mereka ke library seminggu sekali. Duduk, baca buku dengan mereka. Kadang-kadang, budak lain yang tak berkaitan pun duduk dengan kami.”
Bagi Umi, aktiviti sebegini bukan saja mengeratkan hubungan, tapi juga menyemai minat membaca dalam suasana yang menyeronokkan.
Buku Bahasa Inggeris Wajib Ada Di Rumah
Setiap bulan, Umi akan bawa anak-anak ke kedai buku. Bukan sekadar window shopping, tapi benar-benar bagi peluang anak-anak pilih buku Bahasa Inggeris yang mereka suka. Kalau Umi rasa buku itu sesuai, pasti dia belikan.
Malah, Umi juga sediakan bahan bacaan tambahan supaya anak-anak boleh bertukar buku dengan rakan-rakan. Bagi Umi, semua anak di Malaysia sebenarnya bijak, cuma tak semua diberi pendedahan yang sama — lebih-lebih lagi yang tinggal di luar bandar.
“Yang benar, anak-anak bangsa kita ni pandai walaupun di luar bandar. Cuma kurang pendedahan. Jadi, mudah-mudahan dengan cara yang Umi kongsi boleh membantu anak bangsa kita lebih maju dalam pelbagai bahasa.”
Pilih Kawan Pun Kena Bijak
Selain akademik dan bahasa, satu lagi aspek penting yang dititikberatkan oleh Umi ialah siapa kawan anak-anaknya. Umi akan jemput rakan-rakan anak ke rumah untuk kenal lebih dekat. Dengan pengalamannya sebagai seorang guru, Umi mudah membaca karakter anak-anak yang datang bertandang. Bagi Umi, persekitaran sosial juga memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah anak-anak.
Tonton video ini;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sharifah Shahirah pakaikan anak perempuan baju Melayu pergi rumah terbuka gara-gara tak bawa baju kurung. Gelagat pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video bersama anak-anaknya di Instagram miliknya.
Dalam video tersebut dia berkongsi persiapan mereka ketika pergi ke rumah terbuka di rumah besannya yang terletak di Pulau Tioman.
Cara pemakaian anak perempuan Sharifah Shahirah iaitu Airra Zulkifli ketika menghadiri majlis rumah terbuka di rumah besannya yang terletak di Pulau Tioman menarik perhatian ramai.
Tulisnya, anak perempuannya tidak membawa baju kurung ketika hendak menghadiri rumah terbuka itu. Disebabkan tidak membawa baju kurung, Sharifah Shahirah meminta anaknya Airra memakai baju melayu milik abangnya.
Hmmmm dia boleh tak bawak baju kurung jadi kita pakaikan baju Melayu abang dia. Selamat hari raya… Pulau Tioman kita, tulis Shiera di ruangan kapsyen.
Hantaran video tersebut mendapat perhatian dan reaksi daripada rakan artis dan juga warga maya. Rata-rata terhibur dengan apa yang dilakukan oleh Sharifah Shahirah dan mengangap ianya satu perkara yang lucu.
Bukan itu sahaja, ada juga warga maya yang memuji kecantikan Airra dan cara pemakaian Airra yang dikatakan bersahaja tetapi ‘kena’ pada tubuhnya.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Untuk info, Sharifah Shahira pernah berkahwin dengan Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya pada tahun 1993. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berama Alisya. Jodoh tidak panjang, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.
Dalam pada itu, ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor remaja Ijoy Azhari. Kedua-duanya akhirnya mengaku bercinta pada tahun 2002 dan akhirnya Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama Ijoy.
Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80an, Maria Arshad. Perkahwinan keduanya ini diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.