Mak ayah mana yang tidak mahukan kesempurnaan, mahu anak berjaya dengan cemerlang. Namun dalam memaksa anak cemerlang, ada di antara kita yang terlupa perasaan anak. Semakin anak ditekan, kita lupa menghargai usaha mereka dan inilah yang akan membuatkan anak mudah rasa rendah diri. Lama-kelamaan anak jadi makin ‘down’. Jiwanya amat terkesan.

Perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini patut mak ayah jadikan kesedaran. Walau dalam usaha kita menjadikan anak berjaya, usah dilupakan perasaan mereka.

Mak Ayah Perfectionist Buat Anak Rasa Rendah Diri? Hati-Hati, Ini Kesan Sebenarnya!

Masalah Mak Ayah Perfectionist Dalam Parenting

Mak ayah yang sangat perfectionist cenderung mengkritik. Dan anak yang kerap sangat dikritik akan membesar dengan self-critic yang sangat kuat. Rasa diri tak cukup bagus. Tak layak. Tak mampu buat yang terbaik. Anak tu mungkin anak kita. Mungkin juga diri kita sendiri.

Kalau dulu, saya tahu je fakta di atas tu. Tapi selepas melalui terapi, saya dapat lihat sudut yang sebelum ni saya tak nampak — iaitu sudut isi hati anak. Luahan ini adalah luahan yang saya tulis mewakili isi hati anak, dan juga isi hati saya sendiri.

Ads

Kenapa Mak Ayah Perfectionist Sukar Lepaskan Tekanan?

Asalnya, sikap perfectionist ni lahir dengan niat yang baik. Nak anak capai potensi mereka. Nak anak berjaya dalam hidup. Tapi bila perfectionist itu diterjemah dalam bentuk kritikan berterusan, kesannya sangat besar terutama dalam pembentukan emosi anak-anak.

Ciri-Ciri Mak Ayah Perfectionist

  • Sukar berpuas hati dengan pencapaian anak walaupun sudah baik.
  • Kerap membandingkan anak dengan orang lain.
  • Lebih fokus kepada kelemahan berbanding usaha atau kemajuan kecil.
  • Mengulang teguran dengan nada keras tanpa memberi ruang untuk anak belajar sendiri.

Mak Ayah Perfectionist Buat Anak Rasa Rendah Diri? Hati-Hati, Ini Kesan Sebenarnya!

Kesan Mak Ayah Perfectionist Terhadap Anak

  • Self-critic tinggi: Anak membesar dengan suara dalaman yang keras, sentiasa merasa “saya tak cukup bagus”.
  • Kurang keyakinan diri: Elak mencuba perkara baru kerana takut gagal.
  • Hubungan renggang: Anak menjauhkan diri secara emosi daripada mak ayah.
  • Tekanan dan kemurungan: Anak mungkin membawa sifat perfectionist sama bila dewasa.

Cara Atasi Sikap Perfectionist Dalam Keibubapaan

1. Tukar Lensa Pandangan

Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil. Contohnya: “Saya nampak awak cuba kuat tadi, mama bangga dengan awak.” Ucapan seperti ini memulihkan semangat anak.

Ads

2. Dahului Pujian Sebelum Teguran

Gunakan kaedah ‘sandwich’ — hargai kemajuan kecil sebelum menegur kekurangan. Contoh: “Mama rasa abang ni pengemas sebab mama nampak abang kemas barang kat bilik. Mesti tak ada masalah nak kemas lepas makan jugak.”

Mak Ayah Perfectionist Buat Anak Rasa Rendah Diri? Hati-Hati, Ini Kesan Sebenarnya!

Ads

3. Belajar Untuk ‘Let Go’ Sesekali

Terima bahawa anak tak sempurna. Mereka perlukan ruang untuk silap, bangun, dan belajar sendiri. Inilah cara terbaik membina daya tahan emosi anak.

4. Sedar Akar Dalam Diri

Kadang sifat perfectionist lahir daripada pengalaman kecil kita sendiri yang dibesarkan dengan banyak kritikan, atau rasa tidak pernah cukup di mata orang lain. Bila kita sedar, kita boleh hentikan kitaran itu daripada berulang pada anak.

Anak Perlukan Kasih Sayang

Menjadi mak ayah perfectionist bukanlah satu dosa. Ia tanda kita sayang dan nakkan yang terbaik untuk anak. Tapi bila rasa sayang tu dibalut dengan kritikan berlebihan, yang tinggal untuk anak cumalah luka — bukan kekuatan.

Tegurlah, tapi jangan sampai mengherdik. Ajarlah, tapi jangan sampai mengkritik. Anak perlukan bimbingan dan motivasi, tanpa menghancurkan. Moga Allah rezekikan kita beri anak-anak kasih sayang yang memulihkan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads