Saat anak mula pandai berjalan, kebanyakan ibu bapa rasa teruja. Ini menandakan anak kita dah semakin besar. Cuma bila anak mula dapat kaki, terus terfikir untuk belikan kasut. Namun menurut pakar, membiarkan anak-anak berjalan tanpa memakai kasut sekerap mungkin adalah sesuatu yang baik untuk kaki mereka dan perkembangan otak.

Menerusi perkongsian Puan Adlil Rajiah, ada lima perkara penting yang Child Psychiatrist kongsikan mengenai kelebihan anak berjalan tanpa dipakaikan kasut terlebih dahulu.

Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya, satu ketika dulu–
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak terima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak.”

“Hmm.. Tapi saya baru je beli 5 pasang kasut comel-comel untuk anak saya.”

“Buat hias peti ais je la, markonahhh.”
Jawab doktor di dalam hati. Hahahah.

Pakar Pesan Bila Anak Dah Boleh Jalan, Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut!Salah satu aktiviti yang disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan “kaki ayam” di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya. Dapat buat 5-10 minit sehari pun dah memadai.

Dulu masa mula-mula nak expose Haikal jalan “kaki ayam” ni memang macam-macam jugak lah cengkadaknya.

Geli, terjingkit-jingkit, menangis, meronta. Tapi hadap je la.

Itu belum campur nak hadap cakap-cakap orang lagi. Takut kaki anak luka lah. Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah. Takut tapak kaki anak jadi kasar lah.
Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.

IKLAN

Pekakkan sahaja telingamu. Lantakkan orang nak cakap apa. Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.

Dan tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam-macam perubahan positif yang saya nampak pada Haikal.

Fine & gross motor skills dia semakin kemas.
Focus & alertness dia semakin tajam.
Physical strength semakin kuat.
Creativity semakin out of the box.

Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak-kanak seusianya.

Dan masa tu, orang-orang yang sibuk cakap-cakap dulu tu datang semula kat saya dan tanya–

“Camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni?”

IKLAN

Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan.

At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy.
But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi.

Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul, DIAM DAN BUAT JE.

And let the success make the noise.

Pakar Pesan Bila Anak Dah Boleh Jalan, Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut!Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :

1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.

IKLAN

2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel.

3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.

4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is VERY important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.

5. Kurangkan screen time, because it limits body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 8 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana-mana untuk perkembangan tahun-tahun yang seterusnya.

Kredit: Adlil Rajiah

Pakar Pesan Bila Anak Dah Boleh Jalan, Jangan Cepat Sangat Pakaikan Kasut!

Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!

Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI