Setiap kali menjalani apa-apa pembedahan atau pun wanita selepas bersalin, kita disarankan untuk makan ikan haruan, pati ikan haruan dan minum pati gamat. Semuanya untuk memastikan luka cepat sembuh. Sejauh manakah kebenaran ini harus dipercayai?
‘Kepercayaan’ ini terus-menerus ‘diperturunkan’ daripada satu generasi ke generasi yang lain. Akhirnya ia terus menjadi satu ‘kepercayaan’ yang terus melekat dalam minda masyarakat kita.
Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka. Penjagaan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan luka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
Adalah penting untuk mendapatkan fakta yang betul dan terbukti secara saintifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat tanpa komplikasi teruk.
Berikut adalah beberapa mitos yang dipercayai turun-temurun dan fakta yang perlu diketahui:
Ikan haruan dan ikan linang/belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh
• Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain. Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka.
• Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh.
• Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.
• Jumlah protein yang mencukupi bukan jenis protein yang menentukan penyembuhan luka.
• Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.
Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh
• Telur adalah salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh.
• Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.
• Daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh. Jantina ayam tidak mempengaruhi kualiti protein.
Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh
• Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini.
• Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.
Ads
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka
• Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka.
• Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya dengan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.
• Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.
• Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dapatkan maklumat yang sahih sebelum mempercayai sesuatu perkara. Dengan cara ini, barulah anda mendapat info dan panduan yang tepat.
Kemuliaan hati Abby Abadi yang sering menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan memang tak perlu disangkal lagi. Baru-baru ini Abby ada membantu seorang ibu dan anaknya yang baru dilahirkan bagi melunaskan bil bayaran hospital dengan sumbangan orang ramai.
Malah selepas melihat ramai yang ingin menyumbang, Abby mewujudkan pula Wallet Kasih PKP yang bertujuan untuk membantu para asnaf dan keluarga yang memerlukan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Walaupun begitu Abby masih lagi meneruskan kerja amalnya dalam membantu ibu-ibu yang kurang berkemampuan melahirkan anak untuk dijaga atau mencari keluarga angkat yang sesuai. Baru-baru Abby Abadi dan suami ada membawa pulang seorang lagi bayi perempuan yang cukup comel yang pada mulanya diberi nama ‘Baby Lockdown’
Menurut Abby oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, dia membawa balik bayi tersebut ke rumahnya untuk dijaga sementara waktu atau setidaknya hingga tamat PKP.
Assalamualaikum. Morning 😍 Salam Corona 🤪 Mama berpantang Day 1🙊
Patut mcm payah je nk lepas barangan baby dalam rumah ni, rupanya nk beranak lagiii hihi… Kan Abah @jaiezzany 🤪🥰
Abah risau tak tertanggung Baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. tapi Sahabat2 disini, kalau suatu masa nanti Sy susah, buleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee.. Day 7 nanti , Sy bgtau nama dia ye. Buat sementara ni kita panggil dia Baby Lockdown dulu hihihi 🤪😅
Dalam perkongsian yang lain, Abby memaklum ramai yang inginkan Baby Lockdown yang dibawa balik namun hasil perbincangan dengan pihak yang menguruskan setakat ini hanya Abby sahaja yang layak untuk menjaga si kecil tersebut.
Taraaa 😍
Abang Danish bersama Baby lockdown 🙊😍 Hari ke 5 Baby didunia & Hari ke 2 jadi anak Mama.. ehh dah jadi anak Mama ke? 🙊😅
Berebut2 yg nakkan Baby ni.. Lagi berebut lagi Mama rasa taknak bagi. Masing2 nak sebabkan muka baby ni comey. Kalau tak comey? 🙄
Setakat ni hasil perbincangan dgn pihak yg menguruskan, dari mak baby sendiri.. Mama Yebby paling layak.. cuma.. ada cuma tu.. nantilah… Bersambung hihi 🙊
Ps: Daiyan Dayana paling sibuk subuh tadi.. Berkali2 cium Baby. Abang Kakak Baby besar pun mcm sayang sangat kat Baby ni… & Abah.. ? Nampak mcm dah sayang je? 🙊🥰
Doakanlah yg terbaik ye utk Baby ni. Setakat ini, memang Mama Yebby la Mamanya hihi🙊
Genap 7 hari bayi tersebut dilahirkan dan 4 hari dijaga oleh Abby, nampaknya Abby sudah ada nama buat bayi comel itu. Maira Darda Farisa nama diberi sungguh indah sesuai maksudnya. Abby juga turut memaklumkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami jaundis seperti kebanyakkan bayi yang baru dilahirkan.
Assalamualaikum… Haii Semua Uncles Auntys 😘
Hari ke 4 Mama berpantang sangat 😅 Dan Hari ke 7 utk Saya yey! Dah ada nama ☺️
Mama Abah @jaiezzany bagi nama lembut2 je kat Darda.. biar segala sifatnya penuh kelembutan seindah namanya bila besar nanti . Abang2 Kakak2 setuju je k. Ikut Mama hee 🙊😍
Dah tercabut tali pusatnya malam hari ke5. Dan setakat harini Alhamdullillah, baby Darda tak kena kuningpun.. Sihat2 sahaja. Sekian laporan dari Mamanya 😍 Sambung nanti 😇
Memang murah rezeki Abby Abadi dan suami. Terdahulu pasangan ini turut mengambil sepasang anak untuk dijaga iaitu Dayyan dan Dayana yang kini sudah berusia dua tahun lebih. Bagi yang ingin bersama-sama Abby Abadi dalam menjayakan Wallet Kasih PKP boleh membuat sumbangan ke RHB Smart ACCOUNT Arbaieyah binti Abdul Manan 26233500041199.
Jika anak anda tidak berminat untuk makan ikan berlemak seperti salmon atau sardin, beberapa kali seminggu, apa kata jika anda berikan pada mereka suplemen minyak ikan setiap hari.
Mengapa anak saya perlu ambil suplemen minyak ikan?
Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 (khususnya DHA dan EPA) yang dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Ikan perairan laut sejuk – juga dipanggil sebagai ikan berlemak – mengandungi jumlah omega-3 yang paling tinggi. Secara amnya, inilah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak mendapatkan nutrien daripada makanan.
Akan tetapi, ikan yang mereka makan mungkin tidak menyediakan amaun omega-3 yang secukupnya, apatah lagi kanak-kanak tidak boleh makan ikan yang tinggi merkuri. Pakar menyarankan supaya kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 8 tahun perlu makan 93,31g hingga 186,62g ikan dan jenis makanan laut lain dalam seminggu.
Sementara itu, kanak-kanak dari usia 9 tahun ke atas pula perlu mengambil 248,83g hingga 311,03g ikan dan makanan laut setiap minggu. Bagaimanapun, jika anda ingin cuba memberikan anak makanan tambahan atau suplemen, anda perlu ingat bahawa pemberian suplemen tidak akan memberikan manfaat yang sama seperti jika mereka makan ikan.
Anda boleh menawarkan anak suplemen omega-3 dalam bentuk cecair, kunyahan lembut, dan gel lembut. Suplemen omega-3 adalah bebas merkuri. Kebanyakan suplemen omega-3 adalah berasaskan minyak ikan. Bagaimanapun, merkuri tidak wujud dalam tisu lemak. Oleh itu, anda hampir tidak menjumpai merkuri dalam suplemen omega-3. Suplemen omega-3 yang lain diperbuat daripada alga berbanding ikan. Jadi, suplemen ini tidak mengandungi merkuri dan juga tidak hanyir- amat sesuai untuk golongan vegetarian. Cuma, anda perlu pastikan sebarang jenama suplemen omega-3 yang anda pilih menapis minyak untuk membuang toksin-toksin seperti PCB.
Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3
– Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.
– Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
– Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.
– Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda.
Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu:
Kebengkakkan payu dara
Puting melecet
Tidak cukup susu
Kebengkakkan payu dara
Sebab-sebab:
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Tanda-tanda dan gejala:
Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan:
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
Kesukaran untuk bayi menyusu
Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
Jangan berhentikan penyusuan.
Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
Susukan bayi anda dengan kerap.
Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
Pencegahan:
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
Teknik penyusuan yang betul.
Puting melecet
Sebab-sebab:
Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
Teknik penyusuan yang tidak betul.
Penjagaan puting yang tidak betul.
Faktor-faktor lain;
Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.
Rawatan
Jangan hentikan penyusuan
Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
Tidak perlu gunakan losyen.
Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.
Pencegahan
Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.
Tidak cukup susu
Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar .
Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
Ibu mengalami tekanan emosi.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
Pastikan bayi melekap dengan betul.
Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.