Amalan ketika hamil tak terhad kepada amalan rohani dan jasmani sahaja, antara banyak mommy yang terlepas pandang dan memandang remeh adalah bab pemakanan.

Bakal mommy yang merancang untuk mengandung atau sudah disahkan mengandung, antara perkara terpenting adalah menjaga setiap zat yang masuk ke dalam badan.

Makanan Sebelum Dan Ketika Hamil Yang Penting Diamalkan Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Ini kerana apa yang mommy makan, itulah yang bayi dalam kandungan dapat.

Antara makanan patut dimakan dan dielakkan sepanjang merancang dan mengandung:-

ASID FOLIK – Asid folik sangat penting untuk kesuburan, dan ianya banyak terkandung dalam sayuran hijau, lobak, asparagus, jagung, dan pelbagai jenis sayuran hijau lain

Makanan Sebelum Dan Ketika Hamil Yang Penting Diamalkan Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

AIR KELAPA MUDA -Air kelapa muda dipercayai tingkatkan kualiti sperma.

LEMAK SAYURAN – Lemak sayuran penting sebagai pengganti lemak haiwan. Lemak sayuran mampu menguatkan sistem reproduktif dan baik untuk kesuburan.

IKAN DAN SUSU – Ikan bermanfaat untuk kesuburan kerana mengandungi omega-3 dan DHA yang penting bagi bayi dalam kandungan sedangkan susu pula penting dalam membentuk hormon kesuburan.

Makanan Sebelum Dan Ketika Hamil Yang Penting Diamalkan Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

LEMAK TEPU – Lemak tepu banyak terkandung dalam minyak untuk menggoreng dan marjerin. Lemak tepu ialah lemak jahat yang boleh menimbulkan masalah kepada kandungan contohnya process food, junkfood, dessert etc.

MAKANAN BERPROSES – Makanan berproses ialah makanan cepat saji ia melepaskan gula ke dalam aliran darah sehingga membahayakan bahagian reproduksi badan ditambah lagi kebanyakan makanan proses banyak MSG, bahan pengawet, pewarna etc.

Makanan Sebelum Dan Ketika Hamil Yang Penting Diamalkan Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

KOPI – Kopi sebenarnya banyak manfaat, namun cara penyediaan masa kini menyebabkan ia merisikokan kesihatan. Kebiasaan meminum kopi menurunkan 27% kemungkinan untuk hamil berbanding minuman lain.

So mommy dah tahu mana makanan yang bermanfaat dan tidak kan? Selamat beramal.

Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI