Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh. Buasir adalah antara masalah yang menyukarkan, mengakibatkan bengkakan dan kesakitan di bahagian faraj.

APAKAH ITU BUASIR?

Ia adalah saluran darah yang membengkak di bahagian rektum. Ia boleh menjadi sebesar saiz kacang atau anggur. Buasir ini boleh membesar di dalam faraj atau tersembul keluar melalui dubur. Ia  adalah biasa ketika hamil.

Peritnya Buasir Masa Hamil, Akibatkan Pendarahan & Bengkak Pada Faraj! 11 Tips Ini Boleh Membantu

Pembesaran saiz rahim membuatkan urat di bahagian pelvis dan vena cava inferior tertekan, mengakibatkan pengaliran kembali darah dari bahagian bawah tubuh menjadi perlahan. Urat-urat di bawah kawasan rahim akan tertekan dan mula membengkak.

Tambahan pula, pertambahan progesteron ketika kehamilan menyebabkan dinding urat menjadi lembut, memudahkan ia untuk membengkak.

Buasir adalah sangat biasa berlaku ketika trimester ke tiga kehamilan atau ketika bersalin pada tahap kedua.

IKLAN

Peritnya Buasir Masa Hamil, Akibatkan Pendarahan & Bengkak Pada Faraj! 11 Tips Ini Boleh Membantu

5 TIP ELAKKAN BUASIR KETIKA HAMIL

Kebiasaannya, buasir menyebabkan kesakitan dan pendarahan ketika hamil. Bagaimanapun, ia akan berlalu selepas anda bersalin asalkan anda tidak sembelit. Bagaimanakah untuk mengelakkan buasir? Pertama sekali, anda boleh cuba untuk mengelakkan masalah sembelit dengan cara:

  1. Ambil makanan yang tinggi kandungan serat atau fiber.
  2. Minum banyak cecair dan jus buah prun
  3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  4. Jangan menahan air besar
  5. Minum banyak air.

Peritnya Buasir Masa Hamil, Akibatkan Pendarahan & Bengkak Pada Faraj! 11 Tips Ini Boleh Membantu

3 PERKARA DIELAKKAN BAGI WANITA HAMIL YANG MENGALAMI BUASIR          

IKLAN

a)Elakkan daripada duduk terlalu lama di dalam tandas kerana kawasan rektum mungkin akan mengalami tekanan.

b)Amalkan senaman kegel setiap hari. Senaman jenis ini akan membantu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian rektum dan menguatkan otot punggung, maka mengurangkan risiko masalah buasir. Otot-otot di bahagian faraj dan uretra juga akan menjadi semakin kuat, membantu proses pemulihan selepas bersalin.

c)Elakkan berdiri atau duduk diam untuk tempoh terlalu lama. Sebaliknya, cuba untuk bergerak beberapa minit dalam setiap jam. Ketika tidur atau menonton TV, cuba berbaring di sisi kiri untuk mengurangkan tekanan pada urat-urat di bahagian rektum dan meningkatkan peredaran kembali darah dari bahagian bawah tubuh.

Peritnya Buasir Masa Hamil, Akibatkan Pendarahan & Bengkak Pada Faraj! 11 Tips Ini Boleh Membantu

IKLAN

3 TIP HADAPI BUASIR SEMASA HAMIL

#1: Terapi sejuk: Letakkan pek ais dengan lapik yang lembut di bahagian yang sakit beberapa kali sehari.

#2: Terapi panas: Rendamkan bahagian bawah tubuh dalam tab yang dipenuhi air suam selama 10 ke 15 minit, beberapa kali sehari.

#3: Pastikan kawasan yang berdarah tersebut bersih selepas setiap kali membuang air dengan menggunakan tisu tandas yang lembut dan tiada pewangi (tisu jenis ini kurang kerengsaan berbanding tisu biasa)

Anda boleh meminta daripada pakar kesihatan anda ubat anestetik topikal atau suppositori yang boleh digunakan ketika hamil.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI