Maria Sharapova, siapa yang tidak mengenali bintang tenis dunia bagi peminat sukan popular ini. Bukan saja lincah beraksi di gelanggang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure. Buktinya selepas melahirkan anak sulungnya pada Julai 2022, wanita ini tidak mengambil masa lama untuk kembali fit dan langsing.
Maria Sharapova Bekas Bintang Tenis Dunia, Kekal Langsing Lepas Bersalin
Tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan. Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Ads
Maria memulakan ‘workout’ selepas empat minggu melahirkan. Walaupun tubuhnya agak lemah ketika itu, wanita ini tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.
Ini Rahsianya
Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel. Bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020.
Ads
Kesimpulannya untuk kembali langsing dan fit selepas bersalin, bukan sahaja perlu menjaga pemakanan tetapi juga ‘wajib’ melakukan senaman.
Pelakon Imran Aqil timang cahaya mata sulung, Dahlia Rizal tahan sakit kontraksi hampir 15 jam. Imran Aqil kini bergelar bapa selepas isterinya, Dahlia Rizal, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 10.35 malam semalam.
Menurut Imran, anak sulung mereka yang diberi nama Yusra pada awalnya dijangka lahir secara normal. Namun, setelah hampir 15 jam menanti tanpa sebarang bukaan walaupun air ketuban telah pecah, pihak doktor menyarankan agar kelahiran dilakukan melalui pembedahan.
Imran turut berkongsi berita kelahiran bayi sulungnya itu di laman Instagramnya.
“Selepas menunggu lebih 15 jam dan masih tiada perkembangan pada bukaan, doktor mencadangkan agar Dahlia menjalani kaedah pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya juga diberi kesempatan untuk menemani isteri dalam bilik pembedahan walaupun saya agak takut melihat darah,” kata Imran.
Imran turut meluahkan rasa terharu dapat menyaksikan sendiri detik kelahiran cahaya mata pertama mereka dan mengakui pengalaman itu membuatkan beliau lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.
“Saya sangat bersyukur dapat melihat sendiri proses pembedahan yang membawa kelahiran anak kami. Ia benar-benar membuka mata saya tentang betapa besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa demi anak,” tambahnya.
Dalam pada itu, Dahlia yang juga dikenali sebagai pempengaruh media sosial turut berkongsi kegembiraan di akaun Instagram miliknya, mendedahkan bahawa puteri mereka akan memanggilnya ‘mommy’.
Tahu tak, semakin lama kita terkurung di dalam rumah yang ‘lemau’ dan terkedap, semakin huru-hara jam biologi kita. Ini paling beri kesan kepada anak-anak kecil kerana jam biologi mereka sedang berkembang!
Bagaimana? Baik, sifir mudahnya:
– Suhu badan yang hangat itu membuat kita segar, bertenaga serta fokus. Contoh mudah, kita merasa segar semasa bersenam dan membuat aktiviti aktif.
– Suhu badan yang menyejuk itu pula meningkatkan rasa mengantuk. Contoh mudah, kita mudah merasa mengantuk selepas mandi (sejukkan badan) yang melekit dan berpeluh, mandi pantai atau setelah puas ‘main air’ di kolam mandi.
Matahari pagi sangat berjasa dari sudut:
Menghangatkan badan selepas badan mengalami penurunan suhu terendah terutamanya beberapa jam sebelum waktu subuh (dawn).
Suhu yang meningkat (hangat) akan menghantar signal kepada reseptor di bahagian otak yang mengawal status mental dan keberjagaan (alertness).Ia seterusnya meningkatkan pengeluaran Serotonin atau popular dengan nama hormon gembira.
Anak yang gembira mudah belajar, aktif, kurang meragam dan lebih mudah tidur bila badannya mengesan penurunan suhu, yang selalunya bermula selepas tengahari.
Itulah sebabnya kita semua mula rasa mengantuk selepas waktu ‘lunch break’ kerana tahukah anda, seawal pertengahan tengahari, badan akan mula merendahkan suhunya sebagai persediaaan tidur malam yang akan bermula beberapa jam sahaja lagi!
Ya, tidur malam yang bagus itu sebenarnya proses yang bermula sejak AWAL PAGI! Berjalan sekitar 30 minit dibawah matahari pagi itu sangat bagus. Jika berjalan keluar rumah itu sukar atau mustahil buat anda, cukuplah jika anda benarkan anak bermain di depan parkir rumah atau balkoni yang terang dan cerah. Dapat berpeluh itu lagi bagus. Namun yang penting, asalkan cahaya matahari dapat kena kepada kulit dan dapat di tangkap oleh mata anak anda!
Mengapa mata
Hormon cortisol (mempromosi rasa berjaga & awas) di rembeskan bila retina mata kita menangkap jumlah cahaya yang banyak. Manakala hormon Melatonin (hormon tidur/mengantuk) pula di rembeskan ketika retina mata menangkap cahaya yang kurang atau keadaan gelap
Inilah sebabnya mengapa anak-anak yang bermain gadjet atau menonton tv ketika menghampiri waktu mereka patut tidur, lebih sukar terlelap kerana signal cahaya menghalang penghasilan hormon tidur yang efektif. Lebih lama anak berjaga➡ badan memasuki fasa overtired ➡ lebih mudah meragam akibat letih / lebih lambat tertidur akibat kekurangan hormon tidur.
Inilah juga sebabnya mengapa sebahagian orang yang sukar tidur, memilih untuk memakai ‘blind fold’ (penutup mata) agar retina mata menangkap amaun kegelapan yang optimum.
Maka, jika anda memilih untuk aktif, duduk di dalam suasana yang cerah terang dan berudara segar serta mendapat amaun cahaya semulajadi yang elok setiap hari pada waktu siang, maka jam biologi badan (kitaran bangun – tidur) anda akan secara automatic berputar mengikut waktu sepatutnya.
Cahaya matahari = sumber vitamin D= bantu perkembangan tulang & sistem imun.
Cahaya matahari mengaktifkan vitamin D dalam badan manusia lalu meningkatkan penyerapan kalsium untuk penghasilan dan pembesaran tulang.
Matahari juga mengaktifkan T-cell dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam perkembangan sistem imun. Ya, matahari buat manusia sihat, gembira dan tidur lebih elok!
Sudah lama anak-anak terperap di dalam rumah tak dapat cahaya semulajadi? Mood dan tidur anak pun sudah ke laut?
Apa kata mulai hari ini kita bermain di bawah cahaya matahari setiap pagi!
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Pandailah Shariq jaga adik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.