Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan. Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba-tiba. Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit menjadi kurang digemari.
Tip yang dikongsikan oleh Nana Ismail ini mama perlu cuba. Rupanya ini cara tepat untuk pastikan daging masih berjus malah tak keras dan paling penting lembut dan tak liat. Jom cuba!
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
====================================== Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah).
Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
Ads
Haaa potong macam gambar atas tu. Kalau ikut tips nana tu memang mudah nak kenal pasti urat dia.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
Nanti daging tu akan nampak macam berebuss tapi tak nahhhh. Nana just keringkan air daging tu dalam kuali tanpa minyak ja. ( Gambar contoh nak habaq)
Ads
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
Nana lumur dengan kunyit. Kering tanpa air daging tapi kat dalam berjussss yaaa.
4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.
Ads
Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Nampak sedap dan tak kering kan?
Kalau buat ikut tips nana tu, takdelah air daging tu keluar masa kita goreng. Yang berair tu la yang buat daging lambat nak lembut. Bila goreng lama-lama, jadi kecut dan tak best.
Info Daging Merah:
Daging merah adalah baik dimasukkan ke dalam diet pemakanan anak, iaitu 3 hingga 4 kali seminggu kerana khasiatnya yang cukup tinggi. Ia merupakan sumber terbaik untuk sedia menyerap zat besi pada tubuh anak yang sedang membesar. Bagi bayi dari 6 hingga 2 tahun, zat besi cukup penting untuk membantu tumbesaran tubuh dengan lebih cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Maryam Durian Kimchi kongsi resipi nasi yang selalu Rina makan, mama bolehlah cuba buat untuk anak. Setiap kali selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menghidangkan makanan untuk anaknya Rina, ramai yang tertarik dengan nasi yang dimakan oleh Rina.
Anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya. Ramai yang meminta Maryam untuk berkongsi resipi nasi yang dihidangkan kepada Rina. Nah! Ini resipinya!
Inilah resipi nasi yang selalu Rina makan.
Bahan-bahan:
Korean rice or Japanese rice (2 cawan)
Barley rice (1/2 cawan)
Quinoa (1/2 cawan)
Black rice(1/2 cawan)
Quinoa adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Sama ada anda mencari sumber protein yang lengkap, ingin meningkatkan pengambilan serat, atau memerlukan alternatif bebas gluten, quinoa adalah pilihan yang hebat. Menambah quinoa dalam diet harian anda boleh membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan menyokong gaya hidup yang sihat.
Kaya dengan Protein Berkualiti Tinggi
Quinoa adalah sumber protein lengkap, bermakna ia mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk vegetarian dan vegan yang mencari sumber protein tumbuhan.
Tinggi Serat
Kandungan serat yang tinggi dalam quinoa membantu meningkatkan pencernaan dan mencegah sembelit. Serat juga dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sumber Zat Besi
Quinoa mengandungi zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah dan pengangkutan oksigen dalam tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dan keletihan.
Kaya dengan Magnesium
Magnesium adalah mineral penting yang terlibat dalam banyak fungsi biokimia dalam tubuh, termasuk kawalan gula darah, fungsi saraf dan otot, serta sintesis protein.
Mengandungi Antioksidan
Quinoa mengandungi pelbagai antioksidan seperti quercetin dan kaempferol, yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Bebas Gluten
Bagi mereka yang mempunyai intoleransi gluten atau penyakit celiac, quinoa adalah alternatif yang sesuai kerana ia bebas gluten secara semulajadi.
Menyokong Kesihatan Jantung
Serat, magnesium, dan antioksidan dalam quinoa membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan tekanan darah, yang seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu Pengurusan Berat Badan
Protein dan serat dalam quinoa memberikan rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengawal nafsu makan dan mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan.
Mengawal Paras Gula dalam Darah
andungan serat yang tinggi dalam quinoa membantu memperlambat penyerapan gula dalam darah, yang baik untuk penghidap diabetes atau mereka yang ingin mengelakkan lonjakan gula darah.
Menyokong Kesihatan Pencernaan
Serat dalam quinoa membantu pergerakan usus yang sihat dan mencegah masalah pencernaan seperti sembelit dan sindrom usus rengsa.
Menyumbang kepada Kesihatan Tulang
Kandungan magnesium dan fosforus dalam quinoa penting untuk kekuatan dan kesihatan tulang. Magnesium juga membantu dalam penyerapan kalsium.
Anak bijak IQ adakah disebabkan oleh faktor pemakanan ataupun genetik semata-mata? Sebenarnya pertumbuhan otak anak ada kaitanya dengan pemakanan anak-anak. Otak yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat. Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Kenapa otak power penting untuk anak?
Otak yang power dapat memproses matlumat dengan laju. Tiada lagi ‘errr’ atau tak ingat barang letak mana. Senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Keputusan cemerlang. Senang hati ibu bapa.
Saya mahu kongsikan cara untuk POWER-kan otak anak kita:
1. Berjalan
Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar. Memori mereka jadi lebih baik.
Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik. Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.
Kajian lain di Journal Experimental Biology 2017 pula dapati berjalan kaki tingkatkan aliran darah ke otak. Peningkatan darah di otak naikkan prestasi otak dan baiki memori. Berjalan je kot. Power kan?
Sekarang mari kita lihat tips kedua.
2. Beri Anak Makan B.I.T
Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan. Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.
Beri anak kita makan B.I.T:
Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.
Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri. Apa lagi yang boleh di dijamu? Saya ada kongsi 11 Makanan Terbaik Untuk Otak. Silakan cuba.
Selain berjalan dan makan, jom beralih ke poin seterusnya.
3. Berzikir Untuk Tambahkan Sel Otak
Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?
Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI. SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita.
Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?
Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak. Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.
Maksudnya?
Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!
Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi. Studi jadi panjang. Pelajar lebih fokus pada studi. Pesan pada anak, andai mahu impak maksima pada otak, pada studi, zikir perlu di hati.
Boleh pesan anak untuk zikir sebelum study selepas ni?
Sekarang kita lihat point seterusnya, bab yang kita tidak ambil peduli sebelum ni.
4. Tidur Awal Supaya Hormon Dapat Bekerja
Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang. Ramai orang tidak peduli. Apalah yang ada pada tidur. Tidur ini istimewa. Allah ciptakan tidur khusus untuk kita. Apabila tidur tidak cukup, maka ada bahaya yang bakal menimpa.
Apa dia?
Kesan tidur tidak cukup:
1. Memori – prestasi memori merudum 2. Keputusan – kemampuan membuat keputusan juga merosot 3. Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan. 4. Tingkatkan risiko kegemukan 5. Jadikan kita cepat lapar. Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.
Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.
Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin. Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat. Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.
Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?
Sanggupkan kita masuk ke tandas sebegitu. Begitu juga dengan tubuh kita. Perlu dicuci dalam dalam. Melatonin perlu dibiarkan bekerja.
Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan. Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat.
Tips seterusnya agak mencabar. Menarik di mata, sedap di mulut, belum tentu baik untuk otak.
5.Elak Makan Jajan Demi Otak Cantik
Tadi saya ada kongsi makanan B.I.T. Supaya tidak terjebak ke dalam dunia jajan. Sekali terperangkap, sukar mahu keluar. Iklan jajan ada di mana-mana.
Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:
-Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil. -Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak. -Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk. -Menyebabkan keradangan pada otak.
Ia juga mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan. Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.
Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan. Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.
Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar. Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.
Mahu anak pandai hentikan jajan.
Adakah jeruk termasuk?
Ya. Termasuk sekali. Begitu juga cereal.
Poin seterusnya masuk bab puji anak. Puji anak perlu kena dengan caranya. Supaya kesan lebih efektif.
6.Puji Usaha Anak, Bukan Hasil
Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.
Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.
Mereka akan pilih aktiviti yang senang. Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat. Sebabnya? Takut gagal. Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat. Mereka tidak akan jadi berani.
Cara yang lebih baik ialah puji USAHA- nya. Katakan “Along berjaya ini sebab Along studi kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.”
Fokus pada USAHA. Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM. Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang.
Sebabnya? Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.
Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.
Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK. Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri. Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.
Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah. Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka. Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada pelbagai cara untuk membesarkan anak mengikut acuan tersendiri. Hal ini termasuklah dalam memastikan anak dapat dibentuk menjadi insan yang pintar mindanya dan pada masa yang sama sihat dan kuat fizikalnya juga.
Dalam memenuhi hasrat memiliki anak sebegini, ibu bapa perlu melakukannya sejak daripada usia anak kecil lagi. Jom lihat apa yang patut anda berdua lakukan.
Anda perlu sediakan dan beri anak makanan berkhasiat yang seimbang kandungan nutrisinya. Cara ini dapat membantu fizikal anak anda menjadi kuat. Secara tidak langsung, ia menolong dia memiliki tubuh badan yang sihat dan otaknya pintar.
Jadi, pastikan setiap hidangan makanan yang diambilnya mempunyai semua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh si kecil membesar. Ia perlu lengkap dan mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan DHA juga.
Selain daripada itu, ajar anak untuk amalkan pemakanan sunah yang ternyata baik untuk kesihatan tubuh badan dan merangsang perkembangan otak juga. Antaranya kurma, kismis, madu, delima, susu kambing dan banyak lagi.
Makanan membekalkan sumber tenaga. Jadi, mulakan hari dengan mengambil makanan yang berzat agar hari yang dilalui itu dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk itu, anda perlu disiplinkan anak-anak tidak meninggalkan sesi makan setiap pagi.
Jadi, anda sendiri mesti melakukan tabiat yang sama dan perlu rajin menyediakan makanan untuk sesi sarapan yang mampu memberikan bukan sahaja tenaga tetapi yang boleh memantapkan perkembangan otaknya. Paling mudah dan ringkas yang boleh disediakan ialah roti bijirin penuh yang dimakan bersama telur hancur dan segelas susu rendah lemak.
Ada anak yang tidak suka makan sayur sedangkan ia memberi sumber vitamin yang baik untuk fizikal dan mental. Jika ia berlaku kepada diri anak anda, jangan terlalu bimbang. Gantikannya dengan buah-buahan yang dia suka.
Namun begitu, galakkan juga anak anda makan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Buah-buahan superfruit adalah pilihan terbaik. Antaranya strawberi, bluberi, anggur hitam, epal, oren, delima dan buah naga.
Dalam pada itu, beri anak makan dalam bentuk segar dan mentah kerana ia lebih berzat. Antara lain, digalakkan untuk makan buah dahulu sebelum mengambil nasi atau karbohidrat yang lain bagi mengelakkan rasa mengantuk dan lemah semasa menghadapi pelajaran.
Keraplah melakukan aktiviti luar rumah bersama anak-anak. Paling kurang, seminggu sekali. Bukan sahaja tubuh menjadi sihat, mental pun sama terjaga tahap kesihatannya. Anda boleh mengajak anak berlari-lari anak atau joging di taman permainan di kawasan perumahan.
Aktiviti riadah terbukti baik untuk otak kerana dapat menjadikan anak fokus kepada sesuatu tugasan. Malah, pernafasannya pun terkawal apabila aliran masuk dan keluar oksigen dan karbon dioksida berjalan lancar. Bila tubuh sihat, secara langsung ia menjadikan otak pun sama-sama sihat.
Suplemen baik untuk diamalkan sekiranya anda kurang yakin dalam memberikan makanan berkhasiat sepenuhnya kepada anak. Dengan Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang terdapat dalam dua varian iaitu DHA dan Manuka Honey, ia menjadi snek sihat kepada si kecil.
Mengandungi 100% Premium Australia Milk dan kaya dengan Manuka Honey, membantu anak anda menguatkan sistem ketubuhannya. Malah ia juga kaya dengan kalsium yang membantu anak menjadi tinggi.
Manakala Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang kaya dengan DHA pula, bagus untuk membantu merangsang anak menjadi kanak-kanak yang bijak. Sama juga halnya jika anak anda mengamalkan Nature’s Way Kids A+ Omega-3 Fish Oil. Ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi, baik untuk perkembangan otak, daya tumpuan, minat belajar dan sikap peribadi si kecil.
Suplemen-suplemen ini bukan sahaja snek yang sihat, malahan menyihatkan badan dan mind ajika diambil konsisten. Dapatkan produk-produk ini melalui pembelian online di Lazada. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.