Pejam celik, pejam celik dah lebih 3 bulan kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie dan isterinya. Rasa masih baru lagi berita kelahiran si comel Fateh ni.
Sejak masuk 3 bulan macam-macam Fateh dah dapat perkara baru yang buatkan Adam Corrie dan Fazema rasa teruja.
Melalui perkembangan yang dikongsikan oleh abah dan maknya, Fateh dah mula pandai membebel dan main air liur. Lepas ni makin berserilah rumah bila Fateh dah makin pandai.
Ada yang menyatakan selama 10 tahun abah dan mak Fateh tunggu, inilah pengalaman yang sangat dinantikan mereka.
Ads
Malah ramai juga yang memuji cara Adam Corrie yang sentiasa dekat dengan Fateh. Mana taknya sibuk penggambaran sekalipun, masa dengan Fateh sentiasa dimanfaatkan.
Rajin melayan dan bercakap dengan Fateh antara yang dipraktikkan oleh Adam Corrie sejak anaknya lahir. Ini antara rangsangan awal yang paling baik untuk perkembangan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu baru, setiap perubahan kecil pada anak cukup untuk buat hati rasa berdebar. Itu jugalah yang dilalui oleh pempengaruh dan ibu muda, Dahlia Rizal, apabila menyedari keadaan mata puteri sulungnya, Yusra, yang kini baru berusia dua bulan, kelihatan seperti juling.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Dahlia, 24, memuat naik video anaknya sambil meluahkan kebimbangan kepada para pengikutnya.
“Siapa anak dia macam ini juga? Masya-Allah anakku, Mommy penat la macam ini Yusra…” – luah Dahlia sambil menegur manja si comel Yusra dalam video berdurasi 17 saat itu.
Dahlia turut dilihat memerhatikan dengan teliti pergerakan mata anaknya dan bertanyakan kepada pengikut sama ada situasi itu biasa berlaku kepada bayi kecil.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai mama yang turut melalui pengalaman serupa. Rata-rata menyatakan pergerakan mata yang nampak juling itu adalah normal bagi bayi seusia Yusra, yang mana koordinasi mata mereka masih belum matang sepenuhnya.
“Normal je tu Dahlia. Baby baru dua bulan mata memang belum kuat lagi. Nanti elok sendiri.” – @mummysarah
“Dulu anak saya pun macam ni, saya pun risau juga. Tapi masuk umur 5 bulan terus elok.” – @nursyafiqa
“Kadang nampak juling sebab hidung baby masih kecil. Bila dah besar, mata dah ‘align’.” – @nadiaazreen
👁️ Menurut pakar kanak-kanak, bayi baru lahir akan mula membangunkan keupayaan kawalan otot mata secara berperingkat. Dalam tempoh 0 hingga 6 bulan, pergerakan mata mereka mungkin belum seiring dan kadangkala kelihatan seperti juling.
💡 Antara punca biasa:
Otot mata belum berkembang sepenuhnya
Pandangan fokus belum stabil
Struktur hidung dan wajah bayi masih berubah
Namun, jika keadaan masih berlarutan selepas usia setahun, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan pakar oftalmologi kanak-kanak.
Untuk info, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Imran Aqil, pada 9 September 2023. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Yusra, yang lahir pada 7 Mei 2025.
Naluri seorang ibu memang sangat kuat, kadang-kadang nampak perkara kecil pun boleh buat hati rasa tak tenang. Tapi percayalah mama, mama bukan keseorangan. Ramai ibu pernah melalui perkara yang sama dan saling menyokong satu sama lain.
Terima kasih Dahlia kerana berkongsi secara terbuka. Dari situ, lebih ramai mama sedar bahawa berkongsi rasa bukan tanda lemah, tapi tanda sayang dan cakna 💕
Ibu bapa sangat risau kalau anak sembelit. Anda sudah memberikan makanan yang lembut agar si manja mudah membuang air besar tanpa menyebabkan sembelit.
Namun, masalah ini berulang lagi. Apakah ada faktor lain yang boleh menyebabkan si manja sembelit?
Tujuh faktor ini mungkin punca anak sembelit;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip elak anak sentiasa nak berdukung, mak ayah boleh cara ini. Bayi atau anak kecil yang sentiasa mahu berdukung adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka.
ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG
Situasi anak yang sentiasa mahu didukung adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa. Anak akan menangis setiap kali diletakkan dan hanya tenang apabila didukung. Adakah kita patut biarkan sahaja anak menangis atau ikut sahaja kehendaknya?
Fahami Kenapa Bayi Suka Didukung
Secara fitrahnya, bayi memang suka didukung kerana apabila didukung, mereka akan dipeluk dan terasa dibuai, seolah-olah kembali ke dalam rahim ibu.
Ini berkaitan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), yang mempunyai tiga deria asas:
Sejak lahir, bayi memerlukan ketiga-tiga deria ini untuk perkembangan otak mereka. Sebab itu, bayi suka dibelai, dipeluk, dan didukung. Keperluan sensori setiap bayi berbeza, jadi tidak perlu membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Tugas kita adalah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan mendukung.
Berikut adalah beberapa cara untuk memenuhi keperluan sensori bayi tanpa perlu membeli apa-apa:
TACTILE (Deria Sentuhan)
Pakaikan losyen pada bayi sambil membelai seluruh badannya. Semasa minum susu, usap-usap kepala bayi. Baringkan bayi di atas baju yang belum dilipat; pelbagai jenis kain akan memberikan rangsangan tekstur. Biarkan bayi menggenggam jari kita. Usap tangan dan jari jemari bayi. Beri bayi mainan dengan pelbagai tekstur dan bentuk.
VESTIBULAR (Deria Keseimbangan)
Letakkan bayi dalam buaian atau bouncer semasa dia sedar. (Penjelasan lebih lanjut dalam post lain)
PROPRIOCEPTION (Deria Sendi)
Urut bayi selepas mandi. Sangat penting, terutama untuk bayi baru lahir. Pakaikan bedung kepada bayi baru lahir. Lakukan “tummy time” seawal baru lahir. Peluk bayi.
Separation Anxiety
Bayi juga suka didukung kerana mengalami Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini adalah normal dalam proses perkembangan emosi mereka. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa kita hilang selamanya.
Biasanya ini bermula seawal 6-7 bulan dan mencapai puncaknya sekitar 10-18 bulan, mungkin berterusan sehingga umur 2 tahun. Jangan risau, ini akan hilang mengikut masa. Setiap bayi berbeza, jadi nikmatilah masa anak mahu berkepit dengan kita.
Namun, berdukung 24 jam mungkin menimbulkan masalah lain jika bayi kurang “tummy time”, meniarap, atau merangkak. Jadi ibu bapa perlu lakukan sesuatu supaya bayi belajar kita tidak “hilang”.
Cara Mengatasi:
Ajar Konsep “Bye-Bye”
Bila hendak ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Mula-mula dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap sahaja dan bermain cak-cak dengannya. Lama-lama dia akan faham konsep “bye”.
Selalu Bercakap dengan Bayi
Beritahu bayi setiap kali kita hendak ke toilet, makan, atau ke mana-mana. Lama-lama bayi akan faham.
Bawa Mainan yang Biasa Dimain
Bila pergi ke tempat baru, bawa mainan yang biasa dimain untuk bayi rasa selamat.
Alihkan Perhatian dengan Barang Selamat
Jika bayi bosan, beri dia barang baru yang selamat untuk dialih perhatian.
Main Kejar-Kejar
Bila bayi datang nak didukung, kita lari sambil gelak-gelak.
Biarkan Menangis Seketika
Jika bayi minta didukung tapi kita ada kerja, biarkan dia menangis. Selepas siap kerja, barulah kita pergi kepadanya. Semakin lama, jarakkan masa pergi kepadanya. Lama-lama bayi akan faham kita tidak abaikan dia.
Emosi Ibu Bapa
Yang paling penting adalah emosi kita semasa menangani masalah anak yang suka didukung. Kena relaks, senyum dan jangan berkerut. Jangan rasa bersalah kerana bayi boleh mengesan emosi dan reaksi kita.
Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist di laman Facebooknya.