Pelakon Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sekali lagi menjadi perhatian di media sosial selepas video mereka mula tular.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizo dan isteri dilihat mencuba kereta sport mewah jenis McLaren milik pengasas Hannan Medi Spa & Hair Salon, Dr Hannan Yusof.
“Ibu mengandung 8 bulan hampir terlekat dalam kereta McLaren.
“Kisah benar tapi sekadar hiburan sahaja. Selamat berhujung minggu semua!,” tulisnya.
Video berdurasi lebih satu minit itu memaparkan Fazeera meminta izin kepada Dr Hannan untuk duduk dibahagian kerusi pemandu kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, aksi Fazeera yang kelihatan meminta tolong untuk keluar dari kereta sport tersebut membuatkan rata-rata warganet terhibur.
Ads
Malah, melihat kepada kesukaran yang dialaminya itu, Fazeera sempat memberitahu suaminya adalah lebih senang dan mudah untuknya jika menaiki kereta Myvi berbanding kereta mewah seperti yang dimiliki Dr Hannan.
Selepas 14 bulan terlantar selepas dihempap peti sejuk, adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, akhirnya menemui pencipta-Nya jam 4.30 petang (28 Ogos) di sisi kedua ibu bapa.
Dalam perkongsian Sinar Harian, bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya.
“Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.
Sebelum ini, kisah adik Fawwaz telah dilaporkan selepas kejadian malang menimpanya pada 13 Julai 2019 dan tragedi itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati.
Di facebook bapanya sentiasa mengemas kini status kesihatan terkini Fawwaz dan sejak kejadian itu, kedua ibu bapanya tak putus asa untuk membawa adik Fawwaz berubat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ini berikutan arwah adik Fawwaz hanya terlantar dan tak boleh bercakap selepas mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki juga bengkok setelah demam sawan selepas kejadian itu berlaku.
Mohd Bukhari ada berkongsi sebelum ini walaupun doktor menjangkakan keadaan anaknya itu kekal, tetapi dia dan isteri masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
“Bila bapak jaga anak..be like” gelagat Achey dapat perhatian netizen. Ayah bila jaga anak biasanya lebih extreme dari si ibu. Kebiasaanya ayah ayah memang suka menyakat anak. Begitulah Achey walaupun sibuk menjaga anak tapi masih sempat menyakat. Sebab itulah anak-anak lebih ceria bila bapaknya yang menjaga mereka.
Lucu betul bila Achey mengusik anaknya dengan melakukan aksi tembak-tembak. Rata-rata terkejut dengan Tiara Zinnirah yang masih boleh lena tidur walaupun dah jadi mangsa ayahnya. Baby pun malas nak layan lebih baik tidur tambah netizen lagi.
Dalam kegembiraan kita menerima berita daripada Perdana Menteri berkenaan kebenaran rentas negeri yang akan dibuka pada 10 jun 2020, tap kita tetap harus ingat bahawa pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) tetap berjalan seperti biasa.
Jika kita gagal berbuat demikian, dan ada daerah yang mencatatkan angka kes yang tinggi tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan.
Perdana Menteri Malaysia, YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN dalam ucapanya berkata;
“Namun, saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan. Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan.”
Namun begitu, beliau tetap percaya jika masyarakat patuh kepada SOP yang telah ditetapkan, kita dapat memasuki fasa normalisasi baru sehingga vaksin Covid-19 ditemui.
“Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.”
Beliau turut menasihati agar masyarakat dapat menggunapakai aplikasi Mysejahtera supaya dapat sentiasa membuat penilaian kesihatan sendiri untuk menggelak penularan wabak Covid-19.
“Sehubungan dengan pelaksanaan PKPP ini, saya menyeru saudara dan saudari semua untuk menggunapakai aplikasi MySejahtera yang telah dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan saudara-saudari melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Aplikasi ini juga akan membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.”
Ramai yang gembira setelah mendapat berita penggumuman daripada beliau petang tadi, bagi yang terpisah jauh dari keluarga inilah masanya untuk kembali ke pangkuan keluarga. Berita gembira ini juga adalah hasil usaha barisan hadapan negara dan juga masyarakat yang patuh sepanjang PKP dan PKPB dijalankan.
“Saya nak mengucapkan syabas kepada para petugas barisan hadapan dan anda semua yang telah menyumbang kepada kejayaan kita membendung wabak COVID-19. Kejayaan ini adalah kejayaan anda semua. Anda telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan.
“Oleh itu, pada petang ini saya nak mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada anda semua. PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.”
Akhir kata, jangan sia-siakan usaha barisan hadapan negara dan usaha kita semua dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini. Sentiasa patuhi SOP walaupun telah banyak kelonggaran dibuka. Hati-hati pulang ke kampung, biar lambat asalkan selamat. Bagi yang tidak sihat, tangguhkan dahulu kepulangan anda demi nyawa keluarga yang tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!