Ibu-ibu yang baru nak perkenalkan bayi makanan pejal, jangan lupa masukkan ubi keledek dalam menu. Khasiatnya sangat bagus untuk perkembangan organ si manja. Kenapa ia sangat bagus?
1. Ubi keledek bebas gluten (bagus untuk anak-anak yang ada masalah ekzema, asma, leaky gut dan alahan terhadap makanan berasaskan gandum).
2. Kaya dengan karbohidrat tapi rendah lemak dan bebas kolesterol, jadi tak perlu risau kalau anak makan banyak sebab tak menggemukkan.
3. Tinggi vitamin A (beta kerotin) yang baik untuk kesihatan mata bayi.
4. Ia juga sumber multivitamin seperti C,E,K, vitamin B1 hingga B6 dan B9 yang diperlukan untuk perkembangan organ badan bayi.
5. Mengandungi potasiium yang tinggi, kalsium dan serat yang tinggi yang baik untuk proses penghadaman. Jadi bayi tak akan mudah sembelit bila makan keledek.
6. Rasa lemak manisnya mesti akan digemari oleh bayi jika anda perkenalkan ia sebagai puri pertamanya.
7. Mudah dan cepat dimasak sama ada direbus atau gril. Selain itu ia juga murah dan mudah diperolehi.
Jadi, ibu-ibu semua silalah masak ubi keledek untuk si manja. Kalau tak ada idea, ini 5 resipi berasaskan ubi keledek yang anda boleh cuba.
Puri keledek dan kacang putih
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang putih mata hitam
Sedikit kulit kayu manis
Cara penyediaan
1.Keledek pula dikupas, dipotong dadu dan kukus sehingga masak.
2.Kacang pula direbus dengan kulit kayu manis sehingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek dan ayam
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan isi ayam tanpa tulang
½ ulas bawang putih
Sedikit halia (opsyen)
Cara penyediaan
1.Ayam dibersihkan dan dipotong dadu.
2.Manakala keledek pula dikupas dan dipotong dadu.
3.Kukuskan semua bahan sehingga masak.
4.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek, salmon dan pis
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Secawan kacang pis
½ keping salmon tanpa tulang
Cara penyediaan
1. Keledek dikupas dan didadu.
2. Stimkan keledek dan kacang pis sehingga empuk.
3. Kisarkan dua bahan ini.
4. Sementara itu kukus salmon berasingan.
5. Hancurkan isi salmon dengan garpu dan kemudian gaulkan bersama dengan puri.
6. Siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Ads
Puri keledek, epal dan kacang dal
Bahan-bahan
½ biji keledek
Sebiji epal
1/3 cawan kacang dal
Cara penyediaan
1.Stimkan keledek dan epal.
2.Kacang dal pula direbus hingga empuk.
3.Kisarkan semua bahan dan puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Puri keledek dan epal
Bahan-bahan
Sebiji keledek bersaiz sederhana
Sebiji epal
Cara penyediaan
1. Keledek dan epal dikupas dan di dadu.
2. Stimkan sehingga empuk.
3. Puri siap untuk dihidangkan atau dibekukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan memainkan peranan yang besar dalam tumbesaran anak. Begitu juga bagi menjadikan otak dan minda mereka berkembang menjadi lebih bijak dan cemerlang. Semuanya datangnya daripada makanan yang sihat.
Namun memujuk anak yang tidak makan bukanlah satu hal yang mudah. Apabila anak semakin membesar, bertambah aktif bermain dan bereksplorasi, pengambilan makanan mereka juga mulai tidak teratur. Anak juga sudah pandai memilih makanan kegemaran malah sudah pandai menolak untuk makan.
Menurut Pn Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Dietetik daripada Hospital USM, pemakanan yang tidak seimbang untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan pertumbuhan anak terganggu dan menyebabkan berat badan tidak naik dengan baik.
Anak-anak perlu mengambil pemakanan yang optimum bagi menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Semakin anak membesar, semakin tinggi keperluan mereka. Penting untuk mula ajar anak cara pemakanan yang betul dan seimbang agar anak membesar menjadi individu yang lebih sihat.
Antara tips yang boleh diambil adalah :
1. Mulakan dengan menyediakan makanan dengan tetap pada waktunya.
• Galakkan pengambilan makan 3 kali waktu utama, dan 2 kali snek di dalam sehari. Anak kecil tidak makan dengan banyak, maka waktu makan perlu diberi dengan lebih kerap antara 2-3 jam selang masa, agar anak mendapat nutrien secukupnya.
2. Pelbagaikan pilihan makanan dan masakan anak agar tidak bosan dan jemu dengan pilihan yang sama.
• Ini akan menggalakkan anak mendapat pelbagai nutrien yang berbeza pada setiap kali waktu makannya.
• Elakkan hanya mengambil satu jenis lauk atau sayur sahaja berulang-ulangkali. Sebagai contoh, sediakan masakan ayam pada waktu tengah hari , dan ikan pada waktu malam. Begitu juga dengan buah dan sayur-sayuran.
• Elakkan menghindari dari tidak memberi makanan yang tidak digemari oleh ibu ayah. Biarkan anak membuat pilihan makanan kegemaran mereka sendiri.
3. Pastikan hidangan anak mempunyai sumber karbohidrat seperti pasta atau mihun, hidangan protein seperti ayam atau daging, dan sayur-sayuran yang dipelbagaikan agar anak mendapat nutrien yang mencukupi biarpun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Ikut konsep suku-suku separuh di dalam setiap hidangan anak.
4. Sediakan snek yang sihat dan berkualiti tinggi di antara waktu makan.
• Elakkan snek yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak seperti makanan ringan. Makanan dan minuman tinggi kandungan gula akan menggalakakn rasa kenyang kepada anak dan menyebabkan anak kurang mengambil makanan berkhasiat.
• Elakkan pemberian snek terlalu dekat dengan waktu makan utama kerana ini akan mengurangkan anak mengambil makanan pada waktunya. Jarakkan sekurangnya 1 -2 jam sebelum waktu makan utama.
• Pemberian snek yang tinggi protein seperti dadih, kekacang seperti kacang rebus dan goreng juga adalah lebih bagus berbanding biskut.
5. Pastikan anak makan secukupnya. Sekiranya hidangan yang diberikan terlalu besar, kurangkan kuantiti agar anak dapat menghabiskan makanannya.
• Pemberian makanan perlu diberikan dengan lebih kerap andai anak makan dalam jumlah yang sedikit.
6. Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah diambil dan cepat dimakan. Anak-anak biasanya mahu segera makan kerana mahu bermain. Makanan yang mengambil waktu yang lama untuk dihabiskan akan membuatkan mereka cepat bosan dan enggan menghabiskan hidangan yang disediakan.
• Sediakan makanan yang mempunyai tekstur yang lembut, berkuah dan mudah dikunyah.
• Cincang atau dadukan sayur-sayuran sekiranya anak enggan makan sayur.
• Racikkan ayam atau cincang ayam agar anak mudah menelannya.
• Elakkan pemberian makanan yang pedas, terlalu berherba dan berempah.
• Makanan dalam bentuk jejari misalannya lebih mudah diambil oleh anak. Seperti bebola ayam, daging, jejari ikan dan nuget ayam. Tambahkan sayur-sayuran dan kentang ke dalam hidangan bagi memastikan makanan lebih seimbang di dalam satu hidangan.
7. Sekiranya anak sering memilih makanannya, cuba gantikan makanan tersebut dengan kumpulan makanan yang sama. Sebagai contoh, anak kurang gemar mengambil nasi, maka gantikan dengan mi, pasta dan sebagainya. Hidangkan di dalam bentuk yang lebih menarik agar mereka teruja untuk mencuba.
Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membantu anak menjadi lebih sihat dan bijak. Anak yang mempunyai status pemakanan yang baik, lebih mudah fokus dan berkembang fungsi kongnitifnya. Mulakan pemberian makanan yang sihat dan seimbang sejak dari kecil agar mereka membesar menjadi individu yang sihat dan aktif.
Contoh Sajian Dan Hidangan Makanan Untuk Anak Sehari :
Sarapan
* 1 cawan bubur nasi bersama sayur dan 2 sudu isi ayam/ikan bilis @
* Roti 1 keping bersama 1biji telur hancur bersama sayur
Minum pagi
* 1 keping makaroni bakar @
* Bergedil daging/tauhu/ayam @
* Jejari ayam dan kentang lecek bersama 1 cawan susu.
Makan tengah hari
½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
4 -8 biji bebola ikan/daging dimasak sup
Sayur didadukan atau dicincang
1 hiris buah betik/tembikai
Minum petang
* Satu mangkuk bubur jagung/kacang hijau/kacang merah
* Atau – 1 keping puding roti, 1 cawan susu
Makan malam
* ½ cawan – 1 cawan nasi/ mi/pasta/kuew tiaw
* 2 sudu besar isi ayam dicincang
* Sayur didadukan atau dicincang
* Kebab buah-buahan (hirisan pelbagai potongan buah-buahan)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jus epal saderi dengan halia boleh diminum dan dijadikan sebagai energy booster. Jus ini mempunyai banyak khasiat dan banyak manfaat untuk badan. Ibu berpantang juga amalkan jus ini mencuci usus dan membuang toksin dalam badan. Pasti badan akan berasa segar malah cepat nak membuang.
Epal hijau lebih tinggi fiber iaitu ‘soluble fibre’ berbanding epal merah. Kandungan ‘soluble fibre’ dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah. Jenis ‘soluble fibre’ dalam epal dikenali sebagai pektin.
Pektin juga boleh didapati dari kulit limau. ‘Soluble fibre’ ini berfungsi sebagai prebiotik – untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar kita.
Jom lihat resipi jus epal saderi dengan halia yang dikongsikan oleh Ain Nani di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI JUS EPAL SADERI DENGAN HALIA
Morning everything Pagi ni admin nak share lagi satu resepi juice, juice ni min namakan Juice Energy Booster. Kenapa energy booster? Sebab bila min rasa badan dah lemau dek banyak angin atau toksin min terus buat juice ni, min terus rasa bertenaga semula. Biasalah perempuan kan, lagi-lagi dah beranak ni macam-macam lah yang dirasa. Kebaikan dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk korang yang tengah diet.
Jangan tak tau, celery ini sedap untuk buat kudapan, berair sahaja rasa tekak. Siapa yang ada masalah sembelit, susah sangat nak hadam, Min advice amalkan sayur ini sebab ada kandungan air dan fiber yang agak tinggi elok sangatlah tu. Korang boleh je buat salad, sup atau jus.
Bahan-bahan:
• 1 biji epal • Daun saderi • Halia
1. Kisarkan sebiji epal hijau, halia dengan daun saleri. Sukatan air min main agak je , minum setiap pagi sebelum bersarapan atau masa perut kosong.
Ingat! Kulit yang cantik bermula dari usus yang sihat.