Bagi yang merindui roti boy yang dijual di kedai, apa kata anda cuba hasilkan sendiri Mexican Bun ini. Aromanya terlebih wangi malah toppingnya rangup sama seperti yang dijual di kedai. Paling menarik kerana nak menyediakannya tidaklah sesukar mana.
Resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan ini nampak cukup mudah. Tak hairanlah resipi yang satu ini mendapat perkongsian yang tinggi di facebook. Jom cuba!
Setiap kali makan nasi kandar atau ke restoran mamak, sayur peria goreng crispy tidak pernah ditinggalkan. Sedap dan rangup.
Rupanya hendak menyediakan peria goreng ini agar tidak lembik dan kekal rangup ada caranya. Perkongsian resipi Sheena Supramaniam ini mama kena cuba.
Kalau ke mamak nasi kandar, mesti ada peria goreng yang rangup dan crispy ni. Giler layan. Lepas ni kalau teringin boleh buat sendiri kat rumah.
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
1 1/2 sudu kecil kunyit
1 1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 1/2 sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung beras
1. Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
2. Masukkan garam dan gaul.
3. Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
4. Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
5. Sediakan minyak yang banyak. Setkan api kecil hingga minyak betul-betul panas.
6. Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.
7. Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.
8. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.
Lebihan nasi semalaman usah dibuang kerana banyak resipi yang boleh dihasilkan daripada lebihan nasi ini. Salah satu resipi yang paling sesuai untuk anak-anak dan keluarga pastinya Apam Nasi. Apam nasi yang satu ini bukan hanya sedap bahkan cukup mudah disediakan. Hanya blend sahaja dan kukus hingga masak.
Resipi sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini paling sesuai dicuba. Sangat mudah!
Nah saya belanja lagi resepi Kuih Apam Nasi. Dah la senang, sedap pulak tu. Resepi yang sama yang saya guna untuk jual dulu, 3 biji RM1.
Bila si kecil mula boleh makan, mama memang perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si kecil. Yang penting mama kena pandai olah dan sesuaikan mengikut peringkat usia anak. Jom cuba resipi yang dikongsi ini, sangat sesuai untuk makan pagi mahupun makan petang.
Soto & Bergedil Ayam versi Baby
Alhamdulillah harini Maryam dah genap 10 bulan.
Sementara abi cuti ni, boleh lah mommy kelebet dapur lama sikit. Memandangkan kami cuma plan nak makan soto, Maryam punya mommy adjust lah bagi baby friendly. Jom kita buat?
Haaa ini rupanya bila soto dan bergedil ayam versi baby dah siap dihidang. Jom kita tengok step by step.
Bahan bahan untuk sup :
✅ Hirisan bawang merah*
✅ Hirisan halia*
✅ Seulas bawang putih*
✅ Kulit kayu manis
✅ Bunga lawang
✅ Daun salam (optional)
✅ Batang Saderi*
✅ Isi ayam
✅ Serbuk sup (dibancuh)
✅ Perasa (mommy guna serbuk lada sulah shj)
👉🏻 Semua bahan yang bertanda * dikisar bersama air
Bahan untuk bergedil :
✅ Sebiji kentang direbus
✅ Isi ayam (mommy ambil dari sup)
✅ Daun sup
✅ Bawang merah
✅ Tepung beras
✅ Telur
Cara Penyediaan:
Mula mula panaskan sedikit minyak dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan daun salam. Sebelum nak buat make sure si manja dah lepas rempah ratus ya.
Kemudian masukkan bahan bahan yang telah dikisar, biarkan sehingga naik bau.
Sementara tu bolehlah masukkan isi ayam.
Perasakan dengan bancuhan serbuk sup dalam sesudu makan. Kalau air dah mula kering boleh tambah. Mommy perasakan dengan lada sulah jugak sikit, kalau ibu ibu ada serbuk perasa baby friendly tu pun boleh letak.
Bila isi ayam dah masak, keluarkan. Kita cuma nak sup kosong. Isi ayam ni kita nak guna untuk bergedil.
Perasakan sup dengan taburan daun sup serta bawang goreng. Sup soto siap. Ketepikan.
Untuk bergedil, kisar kering dan halus bawang merah, daun sup dan isi ayam tadi. Mommy masuk dalam chopper je, senang.
Campurkan bahan yang siap dikisar kering dengan kentang. Sekiranya agak lembik, ibu ibu boleh tambahkan sesudu makan tepung beras. Adunan ni dapat lah dalam 5-6 biji bergedil saiz sederhana bulat.
Bentukkan campuran bergedil ayam tadi mengikut bentuk kesukaan. Mommy buat bulat je, malas 🤭
Celupkan bergedil ayam ke dalam sebiji telur yang sudah dipukul.
Gorengkan sekejap
Bila bergedil dah perang keemasan, boleh lah diangkat. Kalau ibu ibu taknak minyak, nak goreng tohor / bakar pun boleh. Kalau air fryer mommy tak sure, tak ada bendalah nye
Hidangkanlah bergedil ayam tadi bersama nasi impit, sup soto dan apa apa apa topping kegemaran yang dirasakan sesuai. Kalau tak ada nasi impit boleh je tukar dengan bubur nasi, mi kering baby dan sebagainya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.