Usahawan dan model tudung terkenal Mawar Karim memilih untuk pantang minum ais selama setahun lepas bersalin anak sulungnya Maryam, empat bulan lepas.
Nampaknya Mawar memang memilih cara berpantang orang dulu-dulu yang tidak membenarkan ibu lepas bersalin minum air ais langsung.
Walaupun ramai ibu-ibu muda berfikiran moden masa kini tak mempercayai langsung pantang larang orang tua dulu-dulu tetapi nampaknya Mawar tetap yakin memilih kaedah tersebut sebagai salah satu caranya merawat tubuh badan yang kehilangan banyak tenaga dan darah selepas melahirkan anak.
Melihat kepada fizikal Mawar yang cepat turun berat badan selepas melahirkan anak, nampaknya tak sia-sia lah dia berpantang daripada minum ais.
Sebenarnya faktor penting menyumbang proses penurunan berat badan ibu Maryam lebih pantas sudah tentu disebabkan penyusuan susu ibu secara eksklusif yang diamalkan.
Bagaimanapun isteri kepada pelakon Fizo Omar ini mengakui dia masih perlu menurunkan lagi 10 kg untuk kembali mendapatkan berat ideal seperti sebelum ini dan meminta netizen berkongsikan tips yang sesuai untuk ibu menyusu dan bersalin secara caesarean.
Nampaknya ramai ibu-ibu yang berkongsi tips untuk menurunkan berat badan yang boleh diamalkan oleh Mawar yang menyusukan anak.
IKLAN
IKLAN
Bagaimanapun kebanyakan pengikutnya kurang bersetuju jika Mawar masih hendak menurunkan berat badan kerana mereka beranggapan bentuk badannya selepas melahirkan Maryam nampak lebih cantik dan menarik serta sesuai dengan title sebagai seorang ibu.
Bahkan mereka berpesan agar Mawar terus konsisten menyusukan Maryam kerana ia adalah proses menurunkan berat badan terbaik secara semula jadi bagi semua ibu.
Nampaknya ramai betul peminat yang sayangkan ibu jelita dan sentiasa mendoakan dia terus sihat agar dapat menyusu dan membesarkan Maryam dengan sempurna.
Mawar disahkan hamil selepas tiga setengah tahun mendirikan rumah tangga dengan Fizo.
Mawar telah menjalani rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan terkenal, Datuk Dr. Hamid Arshat disebabkan masalah endometriosis dan cyst di ovari kanan.
Mawar kemudian selamat melahirkan puteri sulungnya, Maryam pada 29 Disember tahun lepas.
Ibu-ibu yang bersalin secara C-zer sememangnya sudah terbiasa dengan suntikan Heparin ini. Setiap hari ibu-ibu ini terpaksa menyucuk diri sendiri dengan ubat ini untuk elak daripada darah beku yang sangat bahaya buat ibu.
SUNTIKAN HEPARIN PENCAIR DARAH SELEPAS BERSALIN
KENAPA KENA SUNTIK HEPARIN?
Ramai yang tidak tahu / tahu setelah di ajar tapi tak yakin nak cucuk sendiri SUNTIKAN HEPARIN setelah bersalin.
Kenapa perlu di suntik dengan Heparin lepas bersalin?
💉Suntikan heparin ni ubat cairkan darah, bertujuan untuk elakkan darah beku yang amat bahaya untuk ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya orang yang bersalin C-zer kena amik suntikan ni tapi sekarang ni yang bersalin normal pun dah kena ambil atas penilaian risiko oleh doktor yang merawat anda.
Antara faktor risiko yang dipertimbangkan;
– Umur 35 tahun.
– Dah pernah mengandung / bersalin 3 kali ke atas.
– Pernah ada sejarah darah beku sebelum ini.
– Sejarah keluarga terdekat ( mak, ayah, adik beradik ).
– Ada masalah kesihatan tertentu, seperti penyakit jantung, penyakit arthritis, penyakit berkaitan paru paru.
– Obesiti , BMI & 30.
– Merokok.
– Multiple pregnancy (kembar).
– Tumpah darah masa bersalin.
– Perlu terima darah gantian lepas bersalin ( blood transfusion).
– Kelahiran yang lama (prolonged labour, more than 24 hour)
– Kelahiran secara pembedahan,Caesarean.
Suntikan Heparin ialah SELAMAT semasa breastfeeding baby.
Di Malaysia, selalunya suntikan akan di bekalkan oleh KKM. Siap dengan jarum & alcohol swab lagi.
Jika ada kemusykilan lepas bersalin, TOLONG LAH TANYA doktor anda. Jangan mengelak ambil ubat yang doktor berikan (jika ada) semata mata risau kesan pada baby yang di susukan. Kalau tiada sebab (no indication), doktor tak akan suka suka bagi ubat ya.
Sekarang dah paham kan?? so bagi ibu-ibu yang bakal kena suntikan Heparin ni, bertabahlah demi kesihatan anda. Ingat! jangan skip cucuk ok!
Semoga dengan perkongsian ni dapat membantu ibu ibu di luar sana tentang suntikan heparin ni.
Semoga bermanfaat ya 😊
Untuk ibu yang beranak Caesar, biasanya suntikan 2 kali sehari selama 10 hari. Suka atau tidak, demi kesihatan ibu, kenalah BAWA UBAT YANG DIBEKALKAN DARI HOSPITAL KE KLINIK untuk menerima suntikan pagi dan malam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melahirkan anak ibarat ke medan perang bertarung nyawa demi sebuah kehidupan. Begitulah pengorbanan seorang wanita melahirkan seorang zuriat kurniaan Allah. Pelbagai dugaan yang harus ditempuh bukan sahaja ketika melahirkan, malah ada juga yang sudah diduga ketika masih hamil lagi.
Berkongsi satu detik cemas seorang wanita yang melahirkan anak pramatang secara pembedahan yang akhirnya meragut nyawa sang ibu membuatkan Dr Redza Zainol terpanggil untuk menitipkan pesan buat para suami supaya lebih menghargai isteri terutamanya ketika sedang hamil.
Menurut doktor ini, Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Ikuti perkongsian beliau:
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung. – Penyakit apa yang dihadapi. – Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari. – Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan. – Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri. – Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah. – Termasuk jagakan anak-anak yang lain. – Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik. – Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri. – Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah. – Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Anak kedua seberat 4.15kg ketika dilahirkan, Lana Nodin bersalin secara pembedahan caeserean. Kelahiran anak lelaki yang dinamakan William Daud ini menjadikan impian Lana memiliki anak lelaki akhirnya terlaksana.
Lana yang memiliki seorang anak perempuan, Gia Quinn, 2 tahun juga memaklumkan yang dia sebenarnya melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 2.34 petang, 22 November lalu di sebuah perubatan swasta di ibu negara.
MEMANG SUDAH LAMA IDAMKAN ANAK LELAKI
Lana mengakui yang dia sudah lama mengidamkan anak lelaki. Kelahiran bayi yang dinamakan William Daud itu merupakan bayi lelaki yang sudah lama dinantikan di sebelah keluarga suaminya.
“Alhamdulillah, hasrat kami untuk menimang anak lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
“Keluarga suami juga gembira kerana sudah lama mereka menantikan kehadiran bayi lelaki sebagai penyambung waris,” katanya yang menjalani proses berpantang di ibu negara.
SEBELUM INI DIUJI DENGAN MASALAH PENDARAHAN
Lana berkata, proses kehamilan anak keduanya agak menguji apabila dia mengalami pendarahan ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan, namun bersyukur semua urusannya dipermudahkan.
TENANG MELIHAT WAJAH ANAK
Lana turut mengakui pertama kali melihat wajah William hatinya berasa tenang membuatkan dia lupa segala dugaan dan kesakitan yang diharungi sebelum melahirkan.
WAJAH WILLIAM IRAS MAT SALEH
Lana juga berkongsi yang anak keduanya ini mempunyai iras mat saleh dari sebelah suaminya yang merupakan berdarah kacukan Irish dan Filipina.
“Banyak mewarisi Wajah William banyak ikut iras suami, malah matanya juga kebiruan. Rupanya memang macam mat salih,” katanya.
SAYU DAN SEBAK MELIHAT SUAMI AZANKAN ANAK
Sebelum ini, Lana turut berkongsi video suaminya mengazankan anak kedua mereka. Dalam video berkenaan, Lana kelihatan sebak dan sayu. Suaminya, Mohd Daud McKienzie yang merupakan saudara baru menyebabkan ramai netizen turut tersentuh.