Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri. Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu. Sama ada mahu tidur, keluar shopping atau melepak dengan teman-teman rapat. Sebagai suami, sesekali berilah peluang kepada isteri untuk memanjakan diri sendiri. Sebenarnya, itulah cara mereka recharge untuk dapatkan semula tenaga yang hilang dek menguruskan keluarga.
Mempunyai tiga orang anak dan menguruskan bisnes, bukan tugas mudah. Baru-baru ini, Vivy Yusof berkongsi fotonya bercuti di Bali bersama teman-teman rapatnya. Disebabkan itu, usahawanita ini menerima pelbagai mesej dari netizen di media sosial yang mengatakan dia sanggup meninggalkan anak-anak untuk berseronok. Tidak berdiam diri, Vivy mengambil keputusan untuk membuat perkongsian di laman Instagramnya untuk menjelaskan mengapa dia berbuat begitu.
Ads
Kata Vivy, dia tidak terganggu dengan semua teguran itu kerana ibunya juga merasakan perkara yang sama iaitu dia perlu berehat. Katanya lagi, dia tidak nampak sebarang kesalahan jika ibu mahu menikmati waktunya yang lain kerana hal ini sebenarnya membantu para ibu untuk menghilangkan tekanan yang dirasai. Selagi tidak melampau, suami pun tak ada masalah dan anak-anak dijaga dengan baik, tidak bererti seorang ibu itu teruk jika tak bersama anak-anak 24/7.
Katanya lagi, sepanjang percutian ini dia banyak membuat panggilan video bersama keluarganya dan ketika keluar membeli-belah, dia cari barang-barang yang anaknya suka.
Ads
“Seorang ibu tu, tetap seorang ibu walau di mana dia berada.”
Pulang dari bercuti, Vivy meluangkan masa dengan anak-anaknya dan berkongsi cerita tentang apa yang mereka lakukan. Di dalam kapsyen yang mengiringi foto percutiannya itu, Vivy turut memberi sokongan kepada semua ibu dan menghormati cara mereka mendidik anak-anak.
“Susah nak besarkan anak-anak, tapi lebih teruk kalau cara kita dikecam oleh para ibu juga.”
Pa&Ma merasakan ‘me time’ untuk seorang iu itu perlu. Letih jadi ibu sebenarnya. Macam-macam kena buat. Suami sekarang pun lebih terbuka dan tidak kisah membenarkan isteri mereka untuk sesekali menikmati waktu lapang sendiri atau keluar bersama teman-teman. Terima kasih para suami! Sebenarnya cara ‘me time’ setiap wanita itu berbeza, kalau anda rasa tak sanggup nak tinggalkan anak-anak untuk bercuti, carilah cara lain untuk berehat sebentar dari tugasan seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kali terakhir anda tukar botol susu anak? Penting bagi ibu untuk kerap tukarnya bagi elak jangkitan bakteria punca masalah penghadaman anak.
Menyedari kepentingan menukar botol susu anak untuk mengelakkan anak mendapat jangkitan bakteria yang jadi punca pelbagai penyakit maka Puan Yatie Eimra berkongsikan cara yang dia praktikkan supaya tidak terlupa menukar botol susu anaknya.
Saya memang sengaja tunggu bulan Januari untuk tukar botol baru supaya senang nak ingat. Cuma perlu tukar botol lagi bulan Julai nanti lak.
Ni cara saya gunakan supaya mudah ingat waktu tukar botol susu. Manalah tahu kot² ada mak² kat luar sana nak guna cara ni.. Bolehlah praktikkan kalau rasa serasi..
Tempoh tukar botol untuk anak bawah setahun (3,4,5)
3 bulan pertama ni sangat penting. Perut bayi masih tak matang & sangat sensitif sebab tu saya tukar dalam masa 3 bulan je untuk elakkan masalah kebocoran bahan kimia, dsbnya. Kuantiti susu yang diminum pun makin banyak, memang sesuai sangatlah tukar puting & botol susu yang bersesuaian.
Sesetengah ibu tukar botol bila anak masuk 6 bulan. Tapi saya lebih suka tukar botol bila anak masuk 7 bulan (puting tetap perlu ditukar 2-3 bulan sekali). Sebabnya masa 6 bulan bayi akan diperkenalkan dengan makanan pejal & perlu gak minum air masak. Masa ni bayi pun akan excited rasa/makan benda baru, jadi susu pun taklah minum banyak sangat. Bila masuk 7 bulan ni, biasanya bayi dah pandai makan, badan pun cepat membesar & pengambilan susu pun bertambah gak seiring pembesaran bayi.
Bila anak dah makin besar ni, bolehlah tukar botol lama sikit. Anak dah pandai makan macam² ni taklah kerap sangat menyusu macam awal² dulu. Botol pun taklah cepat sangat lusuh..
Tempoh tukar botol anak setahun++ (6 bulan)
Bila anak dah setahun lebih, lagi senang ingat tempoh penggunaan botol susu ikut bulan dalam sistem kalender Jan-Jun & Julai-Dis.
Jangka hayat Botol Susu Plastik Bebas BPA
Walaupun tempoh yang disyorkan untuk penggunaan botol susu plastik bebas BPA ni 3-6 bulan, mak² perlu alert & mungkin perlu tukar lebih awal bergantung pada
Bagi puting susu, rasanya semua dah sedia maklum perlu ganti baru setiap 2-3 bulan atau jika dah koyak/retak/nipis & tak anjal.
Bilangan Botol Susu Yang Diperlukan
Masa bawa anak jumpa pakar pediatrik tak lama dulu, doktor ada terangkan bayi yang menyusu botol perlu ada sekurang²nya 5 botol susu untuk kegunaan harian. Setiap botol disyorkan sekali sahaja penggunaannya dalam sehari. Kalau anak jenis kuat & kerap menyusu, lebih banyak la botol diperlukan. Kalau anak ada masalah penghadaman/pencernaan lagi la kena jaga bab botol ni..
Pilihan Jenis Botol Susu
Bila kena beli banyak botol susu ni, mesti ada mak² garu kepala yang tak gatal. Harga botol susu plastik murah tapi perlu diganti setiap 3-6 bulan. Botol susu kaca & stainless steel pulak walaupun tahan lama & tak perlu diganti kerap, tapi pening jugak kepala kalau nak beli sampai 4-5 botol kan
Tapi apa pun, setiap jenis botol tu ada kebaikan & keburukannya. Mak² buatlah pilihan bergantung pada keselesaan bayi, kesesuaian keadaan (penggunaan botol mana yang lebih praktikal) serta bajet anda.
Botol Susu Plastik
Pro ✔
Con ❌
Botol kaca
Pro ✔
Con ❌
Botol stainless steel
Pro ✔
Con ❌
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasakan anak memberus gigi antara situasi yang agak sukar lagi-lagi bila anak dah pandai tutup mulut dan mengamuk. Ini antara drama yang kadang tu boleh buat ibu bapa naik angin waktu pagi atau malam sebelum tidur.
Jika biarkan anak gosok gigi sendiri, mungkin lebih banyak main. Doktor Gigi, Dr Iqbal Rosali ada memberikan 4 posisi yang perlu dibuat sekiranya anak susah nak beri kerjasama.
SAYA GUNA TEKNIK POSISI NOMBOR 1: BERDIRI DARI BELAKANG
“Doktor selalu bagitahu, kita kena tolong anak kita gosokkan gigi. Nak tolong macam mana?”
Kita kena tolong gosokkan gigi anak kita paling-paling kurang sampai umur 6 tahun. Sesekali bagi juga mereka praktis sendiri untuk tengok keupayaan mereka menggosok gigi dengan betul. Pastikan pantau supaya teknik gosok itu betul.
Bila kita tolong gosokkan, posisi kita dan anak kita main peranan supaya anak selesa, kita juga boleh gosok semua permukaan gigi dengan bersih. Boleh tiru macam dalam gambar.
Nombor 1 paling senang. Yang ini kena mulakan biasa dari awal, lama-lama anak akan faham dan ready buka mulut sahaja.
Nombor 2 pun boleh dipraktiskan juga. Kalau dia selesa baring, baringkan saja. Dulu saya guna teknik nombor 2. Sekarang anak dah faham, tukar teknik nombor 1.
Nombor 3 kalau anak mengamuk tak mau gosok gigi. Gosok gigi pun kena ikut mood juga kan.
Nombor 4 kalau anak dah besar dan tenaga seorang tak cukup nak pegang. Ha kenalah minta bantuan si ayah juga.
Nombor 3 dan nombor 4 juga boleh digunakan untuk kanak-kanak kelainan upaya yang perlukan pemerhatian rapi.
Tak kira mood anak macam mana, kita tetap kena buat gosok gigi ni. Jangan tinggal-tinggal. Boleh kan?
Penyebab asma pada anak ada banyak dan ia bukan sahaja akibat faktor persekitaran. Ini kerana makanan dan minuman yang mereka ambil juga akan memainkan peranan penting.
Sebagai contoh, kanak-kanak dengan kondisi ini dipercayai tidak boleh mengambil hidangan yang mengandungi gas kerana ditakuti boleh jadi punca komplikasi lebih buruk.
Persoalannya, benarkah batuk asma pada anak akan jadi lebih teruk angkara makanan dan minuman yang bergas? Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Penyakit asma & makanan itu saling berkaitan?
Asma adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Disebabkan itu, penghidap asma selalunya disarankan untuk elak daripada alergen-alergen yang berada di ruang udara.
Namun, agak jarang pula penghidap asma diingatkan agar menjaga aspek diet pemakanan yang sebenarnya sama malah mungkin lebih penting untuk mengawal kondisi ini.
Untuk pengetahuan anda semua, individu yang ada asma perlu jaga pola makan yang sihat agar dapat mengendalikan gejala asma di samping membantu mengawal berat badan.
Kenapa? Ini kerana penderita asma yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti cenderung untuk lebih lambat respons kepada ubatan atau rawatan penyakit asma.
Annals of American Thoracic Society menyatakan bahawa individu dengan kondisi asma wajar menurunkan 10% daripada berat badan mereka untuk elak komplikasi buruk.
Makanan boleh jadi penyebab asma pada anak?
Sebenarnya, adalah sangat penting untuk ibu bapa tahu bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak sesuai jika diberikan kepada anak dengan kondisi asma.
Berikut adalah antara jenis makanan yang mungkin boleh jadi punca batuk asma pada anak:
#1. Makanan yang tinggi sulfite
Sulfite seperti sulfur dioksida dan lain-lain biasanya wujud di dalam produk makanan kering yang diekstrak dan diawet untuk dikilangkan serta ditinkan bagi jualan di pasaran.
Sebatian ini mungkin akan mendatangkan kesan sampingan terutamanya kesukaran untuk individu bernafas yang tentu sahaja sangat bahaya buat penderita penyakit asma.
#2. Makanan yang tinggi garam
Garam adalah bahan wajib di dalam pelbagai jenis makanan untuk menambah rasa dan membuat ia tahan lebih lama. Namun, ia mungkin kurang bagus jika anak anda ada asma.
Sama seperti sulfite, makanan yang tinggi garam juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sukar untuk bernafas sekali gus membuatkan ia tidak sesuai buat penderitanya.
#3. Produk tenusu
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt agak popular sebagai penyebab asma pada anak kerana ia berisiko untuk menambah mukus lantas mengganggu salur pernafasan.
Ia adalah akibat teksturnya yang agak pekat selain tinggi dengan lemak yang mungkin akan menyumbang kepada risiko sistem pernafasan anak dengan mengalami rengsa atau radang.
#4. Daging proses
Daging proses seperti sosej, koktel, salami, ham dan lain-lain mengandungi pengawet makanan bernama nitrite dan ia dipercayai mungkin boleh menjejaskan salur pernafasan.
Bukan itu sahaja, ia turut kaya dengan lemak tepu dan sodium yang semua orang sudah tahu akan memburukkan lagi simptom sekiranya anak anda ada masalah sistem pernafasan.
#5. Makanan pemicu alergen
Paling berbahaya, batuk asma pada anak juga boleh jadi lebih buruk jika mereka ambil makanan pemicu alergen seperti makanan laut, gandum, telur, kacang dan sebagainya.
Makanan bergas juga penyebab asma pada anak?
Berbalik kepada topik utama artikel, si kecil dengan masalah asma juga mungkin perlu elak makanan dan minuman bergas kerana ia boleh buat komplikasi jadi lebih teruk.
Ini kerana hidangan penuh gas akan memberikan tekanan pada diafragma dan tanpa sedar, ia mungkin akan menyebabkan sakit dada, sesak nafas serta gejala yang lain.
Disebabkan itu juga, ibu bapa perlu elak beri anak dengan asma jenis makanan dan minuman ini:
Lebih berbahaya jika anak anda pernah atau masih mengalami penyakit asid refluks (GERD). Jadi, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentang diet sesuai.
Penderita asma tidak boleh asal makan sahaja!
Konklusinya, individu dengan kondisi asma tidak boleh asal makan sahaja terutamanya golongan kanak-kanak kerana mereka mungkin belum tahu apa yang bagus atau tidak.
Disebabkan itu, sila peka dengan penyebab asma pada anak sama ada dari aspek persekitaran dan pemakanan agar tidak pula timbul komplikasi yang mungkin boleh membahayakan kesihatan mereka.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.