
Bagi yang suka makan sizzling mee, anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak perlu nak guna hot plate seperti di kedai. Masak dalam kuali pun jadi. Asalkan cukup bahan-bahan asas.
Menariknya resipi ni, semua bahan yang digunakan mudah je dan taklah susah nak cari. Mesti anak-anak pun suka makan. Tekstur meenya tak kembang seperti mee kuning dan sesekali bolehlah tukar-tukar selera.

RESEPI MEE SIZZLING
Bahan-bahan:

* 4-6 ulas bawang putih – hiris halus
* 1/2 inci halia – hiris halus
* 3 sudu kicap cair/ biasa
* 4 sudu sos tiram
* 3 sudu kicap pekat
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 kiub ayam
* 2 sudu tepung jagung (campur air sikit)
* 5-7 biji Cili kering – kerat dua
* 3-4 cawan air
* 5-6 biji cendawan Shitake
* Sawi
* Telur
* Isi/ tulang Ayam – potong kecil
Cara-cara:

1. Tumis halia, bawang putih dan cili kering
2. Masukkan isi/ tulang ayam dan sedikit air – 3 ke 4 cawan.
3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram
4. Kemudian masukkan kiub ayam dan cendawan shitake
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, sawi dan akhir sekali masukkan yee mee

6. Last but not least, pecahkan telur dan siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba!
Kredit: Norhakimah Hanafi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





Macam biasa, boleh kepal atau bentukkan ikut sesuka hati.









Rebus potato, ayam, carrot sampai lembut kemudian last-last baru celur bayam bagi masak sikit. Then campur semua bahan.
Lenyek-lenyekkan potato dengan carrot tu. Kemudian masukkan ayam dan bayam dicincang.
Settle uli semua, frozenkan untuk goreng next time.

