Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastinya ingin mengetahui cara untuk meredakan kolik bayi. Hakikatnya kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara masuk ke dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tidak selesa. Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.

Bersama Dr. Khamini Ramanujam, Pediatrik Konsultan dari Hospital Glenagles Pulau Pinang mengulas lanjut tentang masalah kolik dikalangan bayi. Menurut Dr. Khamini menjaga bayi baru lahir terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa amat risau.

Bayi yang baru lahir mempunyai saluran gastrousus masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan fungsi baru. Ketika ini, bayi mungkin menghadapi gejala seperti kolik, sering muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.

Kolik adalah keadaan bayi yang sihat bersifat terlalu rengsa, asyik merengek dan menangis tanpa sebab yang jelas. Ia berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kehidupan, membabitkan sehingga 40 peratus daripada bayi di seluruh dunia.

Apabila terjadi masalah kolik atau masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Perhatikan bahagian abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Apakah kolik itu perkara biasa yang berlaku kepada bayi?

Tambahnya juga kolik merupakan perkara yang biasa berlaku kepada bayi. Selalunya keadaan seperti ini berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.

Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari, Tanda Awal Bayi Alami KolikTanda-tanda dan gejala bayi yang mempunyai masalah kolik

Cara mudah mengenal pasti kejadian kolik menggunakan tiga cara:

IKLAN
  • Menangis lebih daripada tiga jam sehari.
  • Gejala pertama diikuti dengan menangis secara berterusan hingga tiga hari seminggu.
  • Menangis secara berterusan selama lebih daripada tiga minggu.

Selain itu symptom lain yang menunjukkan si kecil anda mengalami kolik termasuklah:

  • Bayi mungkin nampak lapar dan seperti ingin disusukan, tetapi apabila disuakan susu, bayi mungkin akan hanya minum sedikit sebelum menarik diri lalu menangis
  • Bayi mungkin akan lihat bahawa bayi tidak bersendawa dengan betul.
  • Semasa tidur, bayi kelihatan resah, kerap kali menggeliat dan berdehem dengan nyaringnya
  • Jika anda menyentuh perutnya dengan jari anda, anda akan dapati yang perutnya terasa kembung dan tegang

Penyebab Kolik

Masalah kolik terjadi disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :

• Fungsi pencernaan yang tidak matang
• Alahan terhadap protein susu lembu
• Tidak toleransi kepada laktosa
• Mungkin juga interaksi ibu dan bayi yang tidak mencukupi
• Ibu yang sedang stress atau mengalami masalah.

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut.

Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari, Tanda Awal Bayi Alami KolikApa yang membuatkan bayi lebih berisiko mengalami kolik?

IKLAN

Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, ibu bapa mungkin merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya.

Ibu bapa perlu ingat bahawa kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar untuk menenangkan bayi yang meragam.

Cara atasi kolik pada bayi

Bayi yang mengalami keadaan kolik juga mempunyai bakteria usus berbeza berbanding si kecil yang tidak mengalami masalah ini.

Kekurangan masa tidur pada malam hari bagi bayi yang mengalami kolik amat ketara, sekali gus mengganggu tidur seisi keluarga.Ibu kepada bayi yang mengalami kolik hampir empat kali ganda berkemungkinan mengalami tekanan perasaan, biasanya berlaku dua bulan pertama selepas kelahiran bayi. Ada sesetengah bayi yang menghadapi kolik berisiko tinggi mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan masalah berkaitan tidur di kemudian hari

Sesetengah bayi mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda masih menyusukan bayi, ibu-ibu boleh cuba menukar diet untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi.

IKLAN

Perlu bersederhana dalam diet harian.

Ibu tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi. Buah – buahan sitrus, makanan yang bergula dan yang pedas, air berkarbonat, kopi, teh dan menghisap rokok.

Pendekatan lain untuk membantu meredakan masalah kolik adalah mengamalkan teknik penyusuan yang betul. Posisi penyusuan yang betul dan selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin. Sekiranya bayi diberi susu formula, pastikan ibu bapa menggunakan saiz puting yang bersesuaian.

Saiz puting sesuai memberikan aliran susu yang baik dan keselesaan pada perut bayi. Alahan terhadap susu formula tertentu menyebabkan masalah kembung. Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap protein susu lembu atau laktosa.

Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari, Tanda Awal Bayi Alami KolikUntuk bayi yang mula minum susu formula, berbincang dengan pakar pediatrik sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.

Pencernaan tidak sempurna juga mengganggu keselesaan perut. Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula. Juga, amalkan untuk mengurut bayi untuk sendawa setiap kali selesai penyusuan.

Sesetengan bayi yang kurang disendawakan juga berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap dalam perut. Pastikan gunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana tidak berbahaya kepada bayi.

Secara umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar disebabkan masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada pakar pediatrik anda untuk rawatan lanjut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI