Bila berlaku kecemasan seperti tangan anak berdarah atau sebagainya, tangisan adalah reaksi pertama yang dapat dilakukan anak kecil kita untuk memberitahu keadaan mereka. Esakan semakin kuat dan berlarutan pastinya terus membuatkan kita semakin cemas. Jangan panik kerana kitalah yang mampu menenangkan si kecil.
Menerusi perkongsian di facebook, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi satu langkah mudah yang dapat menenangkan anak ketika berada di waktu kecemasan. Malah beliau juga berkongsi cerita anaknya yang terluka terkena kaca. Menangis tanpa henti dan pendarahan yang banyak, ini yang dilakukan kepada anaknya. Cepat-cepat kita bertindak seperti yang disyorkan oleh beliau.
Tangan anak sulung saya ni baru je lepas basah lencun dengan darah. Tadi masa dah selesai mandi dan keluar bilik air, dia duk selongkar barang kat dalam almari buku seorang diri. Entah macam mana jari telunjuk dia terhiris pada bahagian tepi cermin kaca dekat almari tu sampai terkoyak besar.
Darah merah mengalir keluar dari luka tu dah macam air, tak nak berhenti. Empat lima helai tisu kat tangan dia semuanya habis lencun dengan darah. Esakan dia mulanya perlahan tapi tak lama kemudian tiba-tiba dia bertempik nyaring. Saya tahu dia tengah sakit sangat-sangat sebab tangisan dia tu lain macam.
Terkejut jugak bila terpandang tapak tangan yang berlumuran darah tu. Cepat-cepat saya compress kuat-kuat luka kat jari dia tu dengan tisu bersih yang lain. Sambil tu saya peluk dia erat-erat.
Pelukan ni nampak macam remeh tapi sebenarnya pelukan dari kita mak ayah ni akan stimulate badan anak untuk rembeskan hormon endorphin.
Ads
Hormon tu berfungsi macam ubat tahan sakit lalu buatkan otot badan anak kita jadi lebih tenang dan melegakan fizikal dia yang tengah tersiksa tu. Lepas tu satu demi satu tisu saya tambah dan compress kat luka tu sebab darah masih lagi mengalir. Sempatlah tengok sepintas lalu. Memang agak besar kulit jari yang terkoyak tu.
Tak lama kemudian luka dah mula ada tanda nak berhenti berdarah. Cepat-cepat saya alirkan air bersih kat kawasan luka tu sebelum cover dengan kain perca bersih ni dan balut kuat-kuat.
Syukurlah saya perhatikan dah tak ada tanda pendarahan pada balutan tu.Tapi tak boleh nak happy lagi. Saya kena perhatikan jugak progress luka tu takut-takut ada tanda jangkitan kuman.
Ads
Boleh jadi kawasan luka tu akan jadi sangat-sangat sakit, kulit kat keliling tu bertukar warna kemerah-merahan atau bernanah. Tiba-tiba demam pun tanda yang tak bagus jugak. Harap-harap tak berlakulah macam tu.
Selain dari masalah jangkitan, kalau anggota badan anak kita terluka dan ada pulak masalah macam kat bawah ni, kena cepat bawak ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan rawatan yang lebih baik: 👉 Kalau luka tu terlampau dalam atau pun gap luka tu besar sangat 👉 Darah tak berhenti mengalir walaupun dah tekan dan balut luka tu kuat-kuat. 👉 Luka berlaku dekat bahagian muka 👉 Ada kotoran yang banyak di bahagian luka. Ni wajib kena bersihkan dengan teliti. 👉 Anggota tu jadi kebas sampaikan anak beritahu dia tak rasa apa-apa 👉 Atau pun luka tu disebabkan gigitan manusia atau binatang
Tolong #kongsikan pasal benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain jugak ya.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Ads
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Cuaca panas melanda negara sehingga April. Perubahan suhu yang melampau ini boleh menyebabkan terjadi strok haba, si kecil tidak terkecuali. Ibu ayah perlu memastikan anak minum air lebih untuk elak dehidrasi dan mengelakkan punca-punca terjadinya penyakit bawaan haba.
Menurut Dr Suhazeli Abdullah, perubahan cuaca ini perlu diberikan perhatian kerana dehidrasi boleh mengundang keadaan strok haba ekoran peningkatan suhu sekeliling sehingga melebihi 37°C di mana suhu badan boleh meningkat.
STROK HABA
Cuaca panas melampau mendedahkan kepada berlakunya dehidrasi dan strok haba. Peningkatan suhu sekelililing boleh memberi kesan kepada suhu badan. Boleh terjadi heat stress kemudian menjadi heat stroke atau strok haba jika suhu melebihi 41°C.
Stress boleh berlaku jika seseorang berada dalam lautan manusia.
TANDA-TANDA PENYAKIT BAWAAN HABA
Ibu bapa perlu memerhatikan tanda-tanda ini sekiranya berlaku pada anak atau ahli keluarga. Ia adalah petanda terjadinya penyakit bawaan haba.
Jangan berlengah, dapatkan rawatan segera!
Sekiranya anak atau ahli keluarga anda pengsan kerana mengalami strok haba di mana-mana, 7 langkah ini patut dilakukan;
Namun sekiranya ada simptom kelihatan sakit, keliru, muntah dan masalah kepada kesedaran diri, wajib dapatkan rawatan segera!
STROK HABA TIDAK SAMA DENGAN ANGIN AHMAR
JAUHI 5 SITUASI INI UNTUK MENGELAKKAN STROK HABA
Sebelum terjadinya penyakit bawaan haba, ibu bapa perlu mengawasi ahli keluarga daripada 5 situasi ini. Hadkan aktiviti luar dan tingkatkan pengambilan cecair. Pemilihan pakaian pula perlulah yang menggalakkan penyejatan peluh.
MINUM AIR SEJUK/ BERAIS MASA CUACA PANAS TIDAK BAHAYA
Ibu mana yang tak panik bila serangga kecil seperti lipas memasuki telinga anak kecil kita. Panik dibuatnya dan usaha nak keluarkannya juga pastinya mencabar. Maklumlah tangisan anak pastinya kuat ditambah lagi dengan rasa takut.
Sebenarnya bila berdepan dengan situasi yang semacam ini, ibu kenalah lebih tenang dan paling penting jangan panik. Kalau ibu panik, anak bertambahlah panik. Jadi kena kawal situasi.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M Sallih ini mama papa kena ikuti. Jangan korek-korek sendiri hingga keluar.
Seorang ibu datang ke klinik bersama anak berusia 9 tahun. Apabila saya periksa, masih ada seekor lipas yang masih hidup. Bergerak-gerak!
Mujur tidak luka ketika dikeluarkan. Untuk ibu bapa, ikuti tip ini jika berlaku kepada anak anda.
Lakukan 4 Perkara Ni
Pastikan baik ibu atau bapa bertenang sebelum bertindak atau melakukan apa-apa. Tarik nafas dalam-dalam. Kalau panik, dikhuatiri anak pun akan panik.
2. Sebaiknya jangan cuba mengeluarkan lipas atau serangga di dalam telinga dengan apa-apa peralatan. Bimbang memudaratkan.
3. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan mengambil minyak bayi dan minyak zaitun dan titiskan ke dalam telinga. Biarkan sahaja.
4. Kemudian bawalah ke klinik untuk rawatan doktor selanjutnya. Doktor lebih arif bagaimana untuk mengeluarkannya dengan cara selamat.
Anak pun pastinya tak takut!
Kredit: Dr Ezairy M Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ada ibu yang tertanya-tanya bila waktu yang sesuai untuk beli pam susu kan. Sebenarnya waktu yang sesuai ialah bergantung pada keadaan dan keperluan si ibu.
Mommies tidak perlu terburu-buru membeli pam semasa awal kelahiran. Dapatkan sebanyak info yang boleh sebelum membeli pam susu untuk mengelakkan pembaziran.
Sekiranya melahirkan bayi pramatang yang memerlukan mommies memerah susu secara berkala pada awal kelahiran, mungkin pam perlu dibeli sejurus selepas kelahiran. Sekiranya mommies perlu membuat stok susu sebelum kembali bekerja, keperluan menggunakan pam susu hanya bermula pada seawal 4 minggu selepas kelahiran sahaja.
Ini kerana sebulan pertama kelahiran adalah tempoh bagi mommies berlatih dan menyusukan bayi pada payudara tanpa had.
Penggunaan pam pada awal kelahiran juga kadang kala membawa kesan yang kurang diingini. Ia dapat menurunkan keyakinan ibu kerana tidak banyak susu dapat dikeluarkan dari payudara.
Kalau mommies berasa perlu membeli pam susu semasa hamil, pastikan ia tidak menjadi faktor penghalang penyusuan susu ibu pada payudara semasa tempoh berpantang.
Pam susu cuma alat membantu penyusuan susu ibu dalam keadaan-keadaan tertentu. Ia bukannya satu-satunya faktor kejayaan bagi terus menyusukan anak.
Kuantiti susu yang dikeluarkan melalui pam tidak menggambarkan jumlah susu yang berada di dalam payudara.
Ada mommies yang terlalu fokus memerah susu hingga terlupa penyusuan susu ibu pada payudara yang sepatutnya lebih diutamakan.
Pada awal kelahiran, pemerahan susu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Malah lebih baik menggunakan tangan kerana ia lebih efektif terutama bagi mengeluarkan kolostrum dan susu pada hari-hari awal kelahiran.
Jadi mommies kena gunakan pam susu sebaiknya. Elakkan ia menjadi senjata yang memakan tuan dan mensabotaj matlamat utama penyusuan susu ibu.
Jangan disebabkan teknik penggunaan pam yang tak betul, terus mommies ingat tak ada susu dan tak boleh nak menyusukan bayi. Walhal punca masalahnya mommies salah pilih pam atau mommies tak serasi dengan pam tersebut.
Penyusuan susu ibu bukan bermakna pemberian susu ibu semata-mata, tetapi hubungan kasih sayang unik atau ‘bonding’ antara ibu dan anak yang banyak berlaku pada payudara.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.